10 Ogos 2009

Melukis watak pejuang


Sudah lama hobi waktu aku kecil-kecil tak diteruskan. Entah kenapa hari ini jari jemari rajin pula melakar watak di atas. Aku capai kertas kotor depan mata dan terus saja aku lukiskan watak ini. Siapa dia ini? Hanya aku saja yang tahu.

Melukis selalu membuatkan aku rasa senang. Dulu-dulu waktu kecil, ibulah penyokong utama aku untuk terus melukis. Aku masih ingat, ibu sanggup tunggu aku habis melukis dan mewarna selama lebih sejam dalam pertandingan melukis sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan.

Sekarang sambutan itu akan dibuat lagi di Melaka. Aku terdengar berita RTM pagi tadi. Aku percaya atas berkat sokongan ibu, ia mengajar aku erti kesabaran. Nak melukis perlukan kesabaran. Bukan seminit dua lukisan dapat dihasilkan.

Tapi, aku tahu lukisan aku belum cukup sempurna. Aku selalu tak puas hati dengan lukisan aku. Mujur ada ibu yang memuji. Buat aku rasa senang. Walau setiap kali menatap hasil karya aku, terasa macam nak buat lain.

Kali ini, aku mencuba pula dengan kemahiran Photoshop yang aku terokai sendiri. Tambahkan sedikit warna dan kesan khas, aku sedikit puas.

(Sila baca lagi untuk melihat hasilnya)



Inilah watak seorang politikus. Dia amat tabah dan cekal memperjuangkan bangsa Melayunya. Namun, dia tak pernah meludah kepada bangsa lain.

Cuma harapannya agar Melayu lebih kuat mengharung zaman. Melayu yang kuat agamanya. Melayu yang tinggi adab sopannya.Melayu yang selamat dari penjajahan luar.

Tapi sayang, dia sudah mati.

Adat kayu berdiri tegak
Tegak berdiri besar bertambah
Adat Melayu bersendi syarak
Syarak bersendi ke Kitabullah

Pahat mana yang kita pegang
Pahat besi bergagang kayu kayu
Adat mana yang kita pegang
Adat jati orang Melayu

Urat mana yang kita cencang
Urat kayu di tengah laman
Adat mana yang kita pegang
Adat Melayu zaman berzaman

8 ulasan:

Najm berkata...

Hanya jasad pejuang yang akan mati, namun semanagat dan perjuangannya akan terus hidup.

[Err... sapa ye dlm gambo tu? Cam Tun Razak je?]

Sahalfikri berkata...

Najm: Semangat perjuangan ini disambung oleh siapa? Hari hari yang dilalui bersama Melayu di sini banyak membuka mata. Sukarnya menjadi pejuang Melayu itu!

[Ish3.. mana boleh teka2.. adala..haha]

Ticer Syah berkata...

aku gak tak terer2 lagi main adobe..ekkeke

Unknown berkata...

Salam anak ibu,
cantik juga lukisan tu, ibu masih ingat suhail dapat no 3 pertandingan Hari Penternak dan Nelayan.

Teruskan hobi melukis itu, dari situ kita dapat merasakan kebesaran,keagungan,kebijaksanaan Yang Maha kuasa.

Sahalfikri berkata...

ayah: Suhail pun ingat pasal tu. Sebabnya kan suhail kecil sangat sampaikan hamper pun tak boleh nak pegang.. ingat kan? balik je rumah terus party, makan2 baranh dalam hamper yang lebih besar daripada suhail. Hehe..

Ibu perasan tak dalam 3 ke 4 tahun lepas kat EXPO air Keroh, kerajaan negeri buat iklan lukisan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan gambar yang serupa betul dgn lukisan suhail yang menang tu. Ada kereta lembu, kota A Famosa.. kalau betul patutnya dia bayar royalti. Hehe.

3p4h berkata...

Ha? gmbr apa yg abg suhail mksudkn? Gmbr msa menang lukis wktu skolah rndh dlu eh???

Najm berkata...

Betul la bang... nak mengaku pejuang Melayu Muslim pun rasa malu sebab rasa diri ini x sampai ke tahap yang boleh mengaku sedemikian...

Moga Allah redha terhadap usaha yang sedikit ini...

Sahalfikri berkata...

epah: gmba wktu sek ren la. drjah 4 ke 5.. gitula. betul, aku nmpk gambar tu sejibik.. hehe

najm: Ameen..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular