24 Ogos 2009

Siri Ramadhan China: Kenyang betul

Hari pertama Ramadhan, aku sempat berbuka di masjid. Masjid Xiao Dong Ying ini letaknya terpencil. Melayu yang duduk sini 4 tahun pun tak tahu kewujudan masjid ini. Tengok sajalah kedudukannya di celahan rumah-rumah lama.

Aku dimaklumkan rakan, di sini juga ada iftar. Patutlah ada meja disediakan. Tidak seperti di Malaysia, kita lebih selesa duduk atas hamparan.

Wanita juga tak dipinggirkan. Ruangan bilik ini disediakan untuk kaum wanita yang hadir.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Sebaik saja azan dilaungkan, minuman dan kuih muih tersedia dijamah. Ya Rabbi, nikmatnya.. Ada Coke (orang Arab sedekah.. mereka memang suka air ini), air mineral, tamar, biskut, kuih samosa goreng (orang Pakistan sedekah).

Hanya 10 minit diperuntukkan untuk buka puasa. Kemudian, kami terus saja menunaikan solat Maghrib. Seronok sebab saf penuh sehingga melimpah ke luar dewan solat.

Lepas solat, jemaah keluar semula untuk makan nasi. Tengok ni sistem beratur tak diamalkan, habis badan dihimpit orang. Tapi, alhamdulillah makanan cukup untuk semua.

Berselera masing-masing makan. Di meja inilah tempat aku makan bersama rakan-rakan Cina yang baru dikenali. Aku saja yang bercakap sambil makan. Yang lain diam saja khusyuk makan.

Set nasi berlauk ayam goreng, daging masak halia dan sayur goreng ini disedekah oleh satu restoran milik pedagang Arab. Enak dan lazat sekali. Aku paling lewat habis. Tak kiralah aku bercakap atau diam, memang biasanya aku lambat.

Ini kali pertama aku lihat ramainya orang Cina boleh membaca al-Quran. Ramai daripada biasalah. Tapi lebih ramai lagi yang tak reti membaca. Sementara menunggu Isyak, tilawah quran dulu.

Aku didatangi rakanku dari Xinjiang, Abdul Rahman yang ingin berbual denganku. Quran terpaksa aku tutup. Dia tunjukkan gambar Mekah dan sangat ingin ke sana. Dia sudah tiada kerja. [Panjang kisah dia.. kalau siapa ikuti siri taklimat aku di Malaysia nanti, mungkin akan dapat dengar cerita dia]

Selepas azan berkumandang, sebelum Isyak didirikan, imam pasti memberi tazkirah Ramadhan dalam 10 minit. Masing-masing memberikan perhatian khususnya orang Cina kerana inilah satu-satunya sumber ilmu yang jarang diperolehi dalam hari-hari biasa.

Ramai kan? Yang berkulit putih.. berkulit hitam..

Di luar pun ada..

Ada lagi.. Aku hitung secara kasar.. dalam lingkungan 400 ahli jemaah pada malam ini. Semuanya solat 20 rakaat. Mereka juga ada tasbih rupanya. Tasbih setiap selang 2 rakaat tak sempat aku rekodkan. InsyaAllah lain kali.


Akan datang: Dia diusap-usap oleh makhluk tak dikenali



15 ulasan:

ainShahajar berkata...

kita pun macam ni jugakkan.. solat ramai2.. berbuka ramai2..

terpikir.. kita nampak bersatu.. tp tak boleh maju.. mungkin sebab kita ni berkelompok2?.. kelompok islam di sini.. tak bersatu dgn kelompok di sana

wallahualam

Najm berkata...

Slm bro..

Bila balik & berapa lama? Ada benda nak bincang

nadmin berkata...

aku tau..aku tau..ko dgn aku mmg makan lmbt..haha..dulu-dulu selalu berlumba tgk sapa yang habis lambat..hahaha..

p/s: dah lama tak bersahur dan berbuka dgn ko..

Sahalfikri berkata...

ainShahajar: satu perkara yg sy belajar dalam kembara dakwah begini.. kesatuan kita lebih nampak pada luaran. terutama pada syiar Islam.. mcm pemakaian, makan ramai2 camni, solat ramai2..

tp dalaman kita? pernah tak terfikir kenapa dalam ramai2 kita waktu begini, teman semeja pun kita tak kenal.. berat mulut untuk bersaudara.

Bertemu. Senyum. Berpisah.

sy juga menyimpulkan, untuk bersatu kita harus ada sikap PEDULI dlm diri masing2. insyaAllah..kita akan lebih kuat dan maju!

Allahu A'lam..

Sahalfikri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sahalfikri berkata...

Najm: 8 Sept tiba di KLIA (7 mlm).. berapa lama tak pasti lg sbb byk urusan nak disiapkan. antaranya mmg untuk berbincang dgn hang la..

Nadmin: Betul3 [Baca gaya Ipin]. Tapi biasanya kau yang kalah kan? Hehe.. dekat sini, aku malu sebab lambat. Orang dah siap kemas, lipat meja, sapu lantai, aku tak siap lagi..mm.

Sahalfikri berkata...

Nadmin: lupa lak.. betulla nanti sementara kau kat KL seminggu tu, bolela bersahur/berbuka dgn ko.. eh, silap dgn ko, fad dan anak.

p/s: tak bole da iktikaf sama2 di masjid KLCC

nadmin berkata...

suhail, boleh2...sekarang ni, aku kena jadi imam maghrib dekat surau MITI..seminggu 2 kali..jadi, time jd imam, aku kena berbuka dekat MITI..sebelum berbuka, ada sesi tazkirah..jadi, ko bleh jgak dtg sini cerita pengalaman ko..kita berbuka sekali..

kat rumah pun ko kena dtg jgak..

Sahalfikri berkata...

nadmin: kesempatan yang berharga tu beri tazkirah di MITI. cuma perlu pastikan jadual aku dgn GPTD pusat. mereka ada aturkan jadual untuk aku.

kat rumah insyaAllah bole.. dekat je dgn tmpat lepak aku di gombak tu.

gangga awana berkata...

gaya kau makan memang macamtu..hahaha..bolehlah buka puasa sama-sama nanti..errr..aku nak menyibuk buka rumah nadmin (boleh ke nadmin?)hahahaha

Sahalfikri berkata...

gangga awana: korang berdua ni mmang faham da la gaya aku tu. ntahla.. rasa xnikmat mkn laju2..hehe. nadmin, kalau malie nak nyibuk, maknanya bukan dia sorg.. tiga org tau! hahaha

nadmin berkata...

betul2..makan laju2 kurang feel..haha..
ok..set aje bila..aku boleh buat jamuan berbuka puasa

Sahalfikri berkata...

nadmin: jamuan? wah.. ramai dah baca ni. habislah ada yang nak serbu.. sdapnya masakan Melayu :)

Tanpa Nama berkata...

nadmin, akak pun nak join jugak =)

ainShahajar berkata...

betol gak tu.. sikap peduli tu tak ada.. kalo ade.. mesti masing2 rajin nak dtg.. sebab nak jumpa membe2 yang sama2 kat masjid.. mcm kat kg2

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular