10 Ogos 2009

Aku putus asa

Sebaik saja aku balik Guangzhou, aku rasa putus asa. Mungkin juga disebabkan terbiasa bersama rakan-rakan di Korea. Aku rindukan masa-masa bersama teman-teman seperjuangan.

Bila bersama teman-teman, terasa seronok sangat. Dapat berbincang, berbual hal serius dan santai, dapat bergurau senda, dapat terus bersemangat.

"Eh, elektrik takde ke?" aku bercakap sendiri.

Baru aku berangan nak rehat secukupnya sekembalinya aku dari Korea. Nak malaskan diri atas tilam empuk. Tapi apakan daya, tenaga elektrik tak ada. Dihentikan pembekal tenaga kerana penyewa lalu tak membayarnya.

Bahang. Itulah rasa yang kurang selesa sebaik tiba di Guangzhou. Duduk dalam rumah walau 5 minit cukup membuatkan diri basah berpeluh.

Sudahlah aku seorang. Sendiri. Tiada lagi teman-teman. Tambah pula keadaan rumah begini, aku jadi putus asa. Esoknya aku perlu jumpa tuan rumah. Tapi susah aku nak terangkan perkara-perkara yang aku tak belajar perkataannya. Tuan rumah hanya tahu berbahasa Cina.

Aduh, dugaan betul. Entah kenapa tiba-tiba terasa nak balik Malaysia. Rasa malas sangat. Terpaksa aku menumpang tidur di rumah orang. Aku bingung. Marah kepada diri sendiri.



3 ulasan:

Ticer Syah berkata...

sabo la suhail.. ko ni tengah stress sbb takde teman nak berbual bicara.. sabarlah.. tunggu la satu hari lagi..teman ko akan sampai..time tu ko berbicaralah sepuas-puasnye sehinggakan ko tak sedar siang dan malam sedang terus berlalu..

pergh.. puitis tak hengat ayat aku ni..wakakakka..

balik malaysia nanti jangan lupa habaq naa..aku nak kirim lagi..ekekekeke..

3p4h berkata...

Huaa.... Mamida berpuitis di sini... Chaiyok2 abg suhail! Kita truskn perjuangn!

Fasobrun Jameel~ =)

Sahalfikri berkata...

Mamida: Ni cakap berdasarkan pengalaman nampak. Betullah rasanya. Moga2 dipermudahkan segalanya..

Epah: Biasalah epah kan, jatuh bangun ni. Yang penting, kita sedar kita jatuh. Jadi, bolehlah kita bangun. [Hah, mak ida.. ni lg puitis ooo]

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular