10 September 2009

Mencari malam al-Qadr

Hajat aku mencari malam al-Qadr di akhir Ramadhan biasanya dilunaskan dengan beriktikaf di masjid. Aku ceritakan pada dia tentang kehebatan Ramadhan pada malam yang dikatakan lebih baik daripada 1000 bulan.

Dia terpegun dan ingin berusaha lakukan ibadah di malam-malam terakhir. Walaupun baru memeluk Islam, hatinya sangat kuat ingin beribadah. Rumahku di sana sudah dijadikan pusat agama. Cadangan untuk bangunkan malam-malam akhir di sana terpaksa dibatalkan kerana aku perlu pulang ke Malaysia.

Moga Allah beri kekuatan kepada mereka yang aku benarkan menginap di rumahku itu untuk membimbing saudara baru ini dan terus menerus mewujudkan persekitaran cintakan agama.



Selepas aku makan-makan di Cyberjaya bersama Hammad, kami cuba beriktikaf di masjid sekitar Putrajaya. Terkejut aku dengan layanan kerajaan terhadap jemaah yang ingin ke Masjid Putra. Langsung tak menggalakkan penghidupan malam-malam terakhir. Semua jalan ditutup untuk ke masjid. Siapa tahu rasionalnya, tolong jawab!

Langsung aku diajak Hammad ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin. Masjid baru ini lengang. Lalu kami masuk bertanyakan pengawal yang sedang bermain dam tentang kebenaran beriktikaf di masjid. Dia benarkan. Alhamdulillah.


Tidak seperti masjid kegemaranku (Masjid KLCC), masjid baru ini tiada jemaah yang menghidupkan malam-malam akhir. Barangkali ia masih sangat baru.

Moga Allah temukan kita dengan malam al-Qadr.. Ameen.

4 ulasan:

3p4h berkata...

Zaman skrg manusia berlumba-lumba membuat masjid, tapi buat utk apa?

Utk tatapan manusia semata, mungkin? Itulah sbbnya bila mna ada msjid, tp xda org. Siap dikunci lg. Haish..

Alasan? Takut pencuri masuk ambil brg msjid.

Ksian kt musafir yg tiada tmpt bteduh~

Mungkin itu rasionalnya =)

syira_UG berkata...

haha abg epah, stuju2...teringat plak trick abg suhail slamatkan kasut crocks kami kt klcc mlm jumaat lpas..tak pnah terfikir plak..

tapi, ape2pun, dlm hal ni kene tawakkal la..Allah kan ada utk jaga barang kita..

syira_UG berkata...

haha abg epah, stuju2...teringat plak trick abg suhail slamatkan kasut crocks kami kt klcc mlm jumaat lpas..tak pnah terfikir plak..

tapi, ape2pun, dlm hal ni kene tawakkal la..Allah kan ada utk jaga barang kita..

Sahalfikri berkata...

3p4h: Masjid besi tu nmpk tak berapa relevan diwujudkan kerana agak dekat dgn Masjid Putra.Walaubagaimanapun, kita harus imarahkannya kerana ia sudah pun siap.

syiraUG: Tawakkal yg tinggi sgt perlu slp kita puas berusaha.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular