header-photo

Ustaz jiwa muda - aktif dan lucu

IMG_8008
Restoran 'Kimbab Chonggu'adalah satu-satunya restoran Korea yang menghidangkan makanan laut dan berasaskan sayur yang sesuai untuk selera halal umat Islam. Jika ke sini, tanya orang di mana restoran ini.

IMG_8013
Makanan ini adalah side dishes untuk setiap menu yang dipesan. Kami memesan nasi berlauk sotong pedas yang dipanggil 'Ojingo Topap'.

IMG_8014
Ini sup. Sedap dihirup. Slurrrppppp...

IMG_8017
Berselera kan Ojingo Topap ni? Biasanya juga selepas habis makan, air kopi akan diberikan secara percuma. Tapi restoran ini tak sediakan pula. Tak apalah.

IMG_8028
Sesudah makan, kami teruskan perjalanan ke Daegu. Macam biasa, naik tren. Di sini masyarakatnya beradab. Tidak berebut. Beratur dengan penuh disiplin. Awas, jangan sesekali terlambat. Tren juga menepati masa seperti masyarakatnya. Hanya 3-4 minit saja berhenti mengambil dan menurunkan penumpang.

IMG_8044
Kami pun tiba di masjid Daegu. Inilah masjid yang tersergam indah dalam kawasan perumahan yang agak padat. Teksi yang bawa kami pada asalnya berlagak kata tahu tempat ini tapi kami sesat sekejap. Selepas bertanyakan orang lain, dapat juga sampai. Alhamdulillah..

IMG_8059
Ustaz Ziaul Haq, berketurunan Pashtun, berasal dari Pakistan menjadi imam utama di sini. Dalam usia 33 tahun, dia telah banyak membawa perubahan kepada komuniti sini. Dia telah berjaya mendirikan sekolah belajar Bahasa Inggeris dan Arab secara percuma.

Tindakan dia telah memulihkan persepsi masyarakat Korea yang awalnya menentang penubuhan masjid 5 tahun dulu. Masyarakat berdekatan telah merasakan rahmat adanya masjid. Ramai yang hadir ke sekolah.

Ustaz ini juga adalah pelakon untuk drama dokumentari tentang Ibnu Masud yang pernah mencatatkan pengembaraannya ke Korea. Dokumentari itu terbitan syarikat televisyen kerajaan.

Bukan itu saja, ustaz sedang usahakan untuk adakan program Sambutan Kemerdekaan Korea, Pakistan dan Indonesia yang kebetulan berlaku dalam bulan yang sama (Ogos). Sambutan akan dibuat di salah sebuah taman rekreasi terbesar di Daegu.

IMG_8064
Inilah ruangan solat yang sangat bersih dan nyaman. Masjid ini adalah satu-satunya masjid yang didirikan atas duit yang dikumpulkan bersama ahli qariah. Tidak seperti masjid-masjid sebelum ini yang mendapat bantuan dana dari negara-negara Arab.

IMG_8092
Kami dijamu makan malam dengan masakan Uzbekistan. Di sini ustaz banyak dibantu oleh pemuda Uzbek yang merupakan pelajar Masters dan PhD di universiti berdekatan. Ustaz ni kan, dia sering buatkan kami tak kering gusi. Beginilah ustaz yang menjadi tarikan pemuda.

IMG_8098
Seterusnya, kami ke Musholla Al-Amin, yang didirikan oleh masyarakat Indonesia. Terdapat 6,000 warga Indonesia di sini dan 400 daripadanya adalah pelajar manakala selebihnya pekerja di sektor perkilangan. Di tingkat bawah, ada restoran Bali Indah, kepunyaan warga Korea yang berkahwin dengan warga Indonesia. Jadi, makanan di sini halal-halal belaka.

IMG_8100
Macam biasalah, aku pasti rajin melayan mereka dengan bercakap Indonesia. Entahlah lidah ini kalau bercakap dengan mereka, pasti tertukar nada dan kata. Hehe..

IMG_8118
Diringkaskan cerita, kami pun keesokan harinya dihantar ustaz ke subway berdekatan untuk meneruskan perjalanan ke Busan. Bandar terakhir yang akan kami kunjungi sebelum pulang semula ke Seoul. Ustaz kan, kereta dia buatan Jepun, masyarakat Korea pandang dia semacam saja. Sebab di Korea, mereka diajar untuk membenci Jepun atas sebab sejarah lampau.

Maaflah, terpaksa diringkaskan cerita. Aku tak cukup masa untuk kemaskini. Banyak cerita tapi peluang blogging agak singkat. Dah balik China nanti, lagilah susah.

13 ulasan:

keRAna AKu SAP berkata...

salam
hehhe..org 1 coment
Ojingo Topap cam sedap jer....
com pau qi ting sedap gak( rndu bei wai la plak)

teruskan berdakwah...

keRAna AKu SAP berkata...

salam
hehhe..org 1 coment
Ojingo Topap cam sedap jer....
com pau qi ting sedap gak( rndu bei wai la plak)

teruskan berdakwah...

Sahalfikri berkata...

sAp: com pau qi ting tu yg ayam goreng kacang tu ek? mmg sedap kalau yg tu.. fuh, lama x mkn ayam.nyummm3!

L A T I F A H S U L E I M A N berkata...

wah..suhail di korea plk ye? eh dalam talam tu, apa makanannya? dr jauh nampak mcm nasi..Tp makan tak serentak ke?nampak ade 1 sudu je for each talam..Gilir2 eh pakai sudu?

Suhail, kakpah dapat dah emel suhail..lame dulu..tp takdan nak reply..suhai dah salah org nih..fasal ini bukan kakpah yg suhail jump di bahrain..tp kakpah yg yg 1 batch suhail di uiam dolu...

atiqa berkata...

salam..
WAH!!!!sedapnya mknan tu.. abg suhail tak mnta rsepi ke??uuhuhh...

alahai!!!sempat ke nk nek tren tu???
tak rmai org ke???ye la,kn kna beratur, msa plak 4 min..ish2!!!kalo kat mlysia berebut2 mnusia nk nek..
hmmm....

abg suhail ckp indon???msti org indon tu ske..hehhehe...

abg suhail!!!pic yg last ni kan dh mcm org pelarian je..hahahaha...
kelakar je tgk mka kwn2 abg suhail tu..huhuhu

Anuar Manshor berkata...

Bro, kau berselera makan makanan Korea atau terpaksa makan? Di sini pun aku boleh tidak berselera dengan makanan Korea yang orang kata "makanan anjing" itu. huh!

*Makanan anjing. Aku terpengaruh dengan filem Korea.

Aku seronok apabila banyak lagi pendakwah yang survival mendirikan ruang solat dengan menggunakan dana sendiri.

ahmad berkata...

salam anakanda suhail,
ayah teringat semasa belajar kat belia bimbingan alor setar dulu pernah juga berebut naik keretapi untuk dapatkan tempat bagi kawan balik kg.

nampaknya sedap je makanan korea tu.
yang satu lagi tu makanan pakistan la, tp apa pula yg terlambak kat spra tu, roti ka.

sesat dalam perjalanan memang bagus, belajar dari keselipan. Semoga dengan itu lebih mahir dalam perjalanan.

Teruskan kerja dakwah yang mulia itu. Salam

Sahalfikri berkata...

latifah: oo, mg tersilap org rupanya.ok3, da kenal da.

atiqa: sempat naik tren sbb pintu kan banyak. org pun tak ramai sangat naik melainkan kat stesen pertama sebelum bergerak.

anuarmanshor: aku sangat berselera makan makanan korea. sbb aku gemarkan sayur. aku ni senang kira. insyaAllah banyak makanan yang aku berselera makan. wlp orang lain ramai tak boleh telan.

ayah: mmg org uzbek/pakistan makan roti letak atas sapra. mujur sapra bersih. ada yg letak atas meja je. lagi teruk.

Mazarina berkata...

bestnyerr makan

Sahalfikri berkata...

Mazarina: Alhamdulillah, nikmat dari Tuhan pencipta makanan.

Ayi berkata...

MasyaAllah,, hebat sekali berdakwah dan bersilaturahmi ke negara lain,,
Semoga ilmu yang dituliskan bermanfaat buat saudara-saudara yang lain,,

O iya, sekedar saran untuk ralat,
Kimbap Chongguk cuma restoran Korea biasa yang terkenal dengan nasi gulung (kimpap)nya,,
Menunya sendiri bermacam-macam,,
Ada yang halal, ada juga yang tidak,,
Jadi walaupun pesan makanan di Kimpab Chongguk harus dipastikan apa mengandung daging atau tidak,,

Saiful Izwan berkata...

Salam,

Terima kasih perkenalkan masjid di Daegu. InsyaAllah kena pergi ni bila ada masa. Saya dari Ulsan, Korea. Salam kenal.

Sahalfikri berkata...

Ayi: Terima kasih atas informasinya. Saat saya ke sana dahulu, Korea masih asing bagi saya. Namun, teman saya berikan pesan supaya makan makanan laut sahaja. Sekarang saya fikir sudah banyak pilihan makanan halal mungkin.

Saiful Izwan: Salam perkenalan juga. Pergilah masjid di Daegu itu, imamnya waktu itu sangat mesra. Dan memang biasanya ke mana pun saya pergi, masjid adalah tempat berkumpulnya orang2 yang baik dan peramah. Berjalanlah atas nama Tuhan Yang Menciptakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...