Baru-baru ini kami meraikan sambutan hari ulangtahun empat orang rakan senegara yang lahir pada bulan April. Kebetulan pada waktu itu, kami dikunjungi pegawai atasan HPA Industries Sdn Bhd.
Kali ini aku nak cerita tentang pengalaman bersama warga HPA. Satu nama yang jarang aku dengar sebelum ini. Hanya selepas pemboikotan barangan USA dan Israel secara besar-besaran, baru aku kenal HPA. Itu pun tak cukup faham lagi..
Ingat lagi tak aku pernah menulis tentang RFC? Inilah alternatif yang ditawarkan HPA dalam memberikan yang terbaik untuk umat Islam. Bukan saja alternatif bagi KFC, bahkan penyediaannya yang serba halal dan terjamin memberi manfaat dengan tidak menggunakan sebarang bahan kimia pengawet dalam produknya.
Dalam kelas aku, ada dua pelajar yang ditaja HPA. Hanya anak kepada ahli HPA saja ditawarkan peluang ini. Mereka belajar di sini selama 5 tahun bagi menguasai bidang tertentu seperti Bahasa dan Kesusasteraan Mandarin, dan Perubatan Tradisional Cina (akan datang).
Sebagai orang biasa, kita lebih mudah menilai daripada apa yang kita lihat dari mata kasar. Kunjungan beberapa pegawai atasan HPA sangat memukau hati aku. Mereka bukan seperti para peniaga biasa.
Hubungan mereka dengan Tuhan Maha Pencipta nampak luarbiasa. Cukup dengan berbicara dengan mereka, hati kita turut merasai ketenangannya. Mereka hebat dalam bidang tersendiri, seperti rempah ratus dan herba, kejuruteraan, perubatan dsb. Namun, bacaan al-Mathurat tak tinggal. Solat Dhuha jadi kewajipan. Menjaga barakah dalam pemakanan dan tindakan jadi keutamaan.
Aku agak sinikal dengan banyak para peniaga. Mereka suka meninggi diri. Mereka suka menabur janji. Mereka suka menyatakan hanya dia terbaik. Lagak mereka adakala menyingkirkan orang biasa. Pemakaian pasti ala-ala orang kaya baru. Memandang rendah kepada orang yang 'tiada apa'.
Inilah pengalaman yang sangat aku hargai. Kita kadangkala tak sedar yang kita dah amalkan sekularisme dalam kehidupan. Kita asingkan agama daripada perniagaan. Kita sibuk mencari duit sedangkan hubungan dengan Tuhan makin jauh. Sampaikan duit itu berlubuk di hati kita, bukan di tangan kita.
Ada yang lebih teruk merasakan kalau kuat beragama seperti bercakap benar, bertolak ansur, bersabar dsb dalam berniaga tak akan membawa kita menjadi usahawan yang kaya raya. Kita akan ditindas katanya.
Tapi, aku sendiri ingin syorkan kepada diri aku untuk berguru dengan pengasas HPA ini yang nyata kaya-raya dengan perniagaan yang berlandaskan ajaran Islam. Bahkan Standard Operational Procedure (SOP) yang ditetapkan HPA benar-benar harus dicontohi.
Antaranya, semua pekerja diwajibkan bertudung (bagi perempuan), menunaikan Solat Dhuha, membaca al-Mathurat dan sentiasa berwudhu'.
Betul kata mentor aku, jika kita mencari akhirat, dunia akan datang kepada kita.. Ikhlaskanlah niat kita demi Allah Rabbul 'Izzati.
7 ulasan:
bagi sapa2 yang konpius pasal HPA.. meh sini cek nak habaq.. alaaa.. HPA tu yang kuarkan iklan kopi RADIX..mai secewen.. wakakakka..
tapi aku rasa Radix FC ni kena pertingkatkan lagi kualiti pemakanan dan juga kebersihan di restoran2 nya kalau mahu lebih banyak sambutan.. sbb tatkala ini (takat ni yang aku pernah beli kat alor star ngan sg petani aje) keadaan kebersihan di restoran depa ni di tahap sederhana.. masih belum boleh lawan KFC.. depa kena lebih hygienic lagi kalau nak tackle lebih ramai pelanggan.. and makanan kena sentiasa panas.. hoho.. kadangkala beli ayam dah sojuk w/pon br beli and makan kat situ.. sangat tensen dei makan chicken chop sejuk.. waakakaka..
hidup radix
cakap pasai perniagaan dan juga ketuhanan.. aku tingat pada arwah yang ada.. meniaga sampai lupa mak pak..citer masuk riban2 tiap2 bulan tapi bg kat mak pak rm50 ja sebulan.. ada ke patot.. wakakaka
aku pon penah jadi mcm tu.. tapi aku tak lupa mak pak.. cuma lupa nak study sampaikan dua sem aku dapat gred yang hampeh.. sangat sengal!
mamida: komen anda dibaca oleh mereka.. bagus ada komen begini. yelah standard kena jaga juga ek.
pasal kopi Radix pula, aku sekarang jadi ketagih.. sebabnya rasa herbanya memang membuatkan nescafe terduduk. cuba dulu baru tahu.. hang dah cuba?
pasal arwah yang ada tu.. tula bila ada duit byk, dugaan hebat.. kalau jenis faham dan amal agama, pasti mak pak tak lupa.. hang mungkin kategori ni.. (ameeenn...)
lupa nak study tu sbb bz cari duit ka? hah, itu problem gak.. tp xsteruk lupa mak pak la. doa2kanla saudaramu itu :)
Salam anakanda Suhail,
Ayah telah pun menjadi ahli serta menggunakan produk HPA sejak Suhail masih belajar di SMAP Labu dulu. Dr Ahmad Wahab yang memperkenalkan ayah dengan produk ini. Klinik beliau iaitu Klinik Hidayah satu-satunya klinik yang menyediakan ubatan altenatif HPA untuk pesakitnya.
Apa yang ayah tahu peroses penyediaan ubatan HPA pada awal dulu, iaitu sepanjang masa peroses ini berjalan ada seorang hafis Quran ditugaskan sentiasa membaca Al-Quran. Pengasasnya seorang lulusan dari UPM dalam bidang perhutanan berasal dari Perlis. Beliaulah yang meneruskan ramuan tradisi nenek moyangnya. Mungkin sekarang peroses ubatannya lebih canggih dengan R&D siap sekali kot.
Baru ini ayah, ibu n atiqah dah pergi makan kat RFC di Sahab Perdana Alor Setar. Bagus, ayam organik, minuman disediakan sendiri oleh HPA. Paling sedap kopi radik sejuk, cukup enak. Namun begitu ada beberapa aspek perlu dipertingkatkan seperti kebersihan dan makanan hendaklah sentiasa panas.
Sambutan sangat menggalakan termasuk yang bukan Islam. Sebaliknya sambutan kepada KFC agak kurang. Ini suasana di Alor Setar lah ditempat lain tak tahulah pula.
Tahniahlah kepada HPA kerana sudah menyediakan pilihan untuk umat Islam yang selama ini bertumpu kepada KFC. Dalam laman web HPA sesiapa yang nak jadi francais modal kira-kira 1.5 juta.
Tahniah HPA terus maju kearah menjana ekonomi umat Islam.
ahmad: ayah dah jadi ahli rupanya.. betul ayah, kalaulah kita ada modal 1.5 juta boleh buka satu kat melaka..hehe.
kawan suhail ckp kat perlis pun camtu, sambutan hangat.. skrg ni pun depa da buat mcm2 lagi restoran ala RFC.. teringin lak mencuba
tang kebersihan tu betul ayah, kena pertingkatkan. bukan saja RFC.. mana2 pun la. yela, itu pun da petanda kualiti sesuatu perkara.. : mungkin para pekerja mereka sedang dilatih demikian.
kualiti makanan kena jaga.. aku prefer makan yang hot n spicy sbb yg organik.. tak baper ummph la.. ada rasa mcm hanyir kadang2.. hoho.. bkn nk kondem. cuma harap orang HPA dapat amik perhatian benda2 mcm ni kalau nk terus maju
skarang ni depa leh maju sbb orang dok boikot kfc.. tp jgn take for granted bla tau orang msti pilih rfc instead of kfc.. aku ni kan ke kaki makan luar.. hehe..
lagi satu rege kena bg la sesuwei sket. mklum le skang ni kfc nye set jimat kalau satu set nasi ayam bserta air br rm 5.90.. haha.. rfc mahal bangat.. orang pk manyak kali gak kalau nk beli..
eh.. ko nye ruang komen ni dah jadi mcm ruang komen radix plak.. wakakkaa...
aku harap semester depan bla aku p makan kat radix fc tu.. chicken chop dia tak sejuk lagi.. aku dah komplen.. dia bg alasan.. orang ramai.. mana leh bg alasan mcm tu.. kfc even mcD pon orang ramai.. tp makanan still hangaaatt.. br bes makan.. hoho..
tp cucoq2 dia suma bes w.pon rm 2 sepinggan.. gulp!
salam..saya sgt2 kagum ngan HPA ni..dlm waktu singkat telah keluar banyak produk bermutu..tntg RFC..tak dpt nak komen apa2 sbb kat melaka tak ada..kalau ada duit berjuta2 nak juga menjadi franchisee RFC..amin..
mamida: apabila mamida sudah beri komen, dia pasti jujur..hehe.
azlin: depa ni dah lama gak bertapak cuma baru2 ni jadi gempar. marilah kita bantu mereka.
Catat Ulasan