10 April 2009

Kisah Tahaa

Tahaa, Essam dan I'rad. Masing-masing aku tanyakan tentang diri mereka. Tahaa yang berumur 24 tahun fasih berbahasa Inggeris, Perancis dan Arab. Essam yang berumur 23 tahun pula nampaknya sangat peramah dan rendah diri. I'rad yang berumur 21 tahun rupa-rupanya sudah mempunyai anak berumur setahun.

Jadi, kami pun berbual tentang KAHWIN. Tahukah anda, jika ingin berkahwin dengan wanita Arab Saudi, anda perlukan belanja hampir RM100,000. Atau murah sedikit jika dengan warga Tunisia iaitu RM50,000. Atau yang lebih murah, RM30,000 jika berkahwin dengan warga UAE.

Tak hairanlah begitu. Mereka ni semua orang kaya. Setakat RM100,000 tu masih rendah. Namun, tetap ada orang susah. Mereka itu pastinya berkahwin mengikut kadar kemampuan mereka.


I'rad cerita yang dia kahwin waktu umur 19 tahun. Itu adalah biasa bagi orang Arab. Perempuan yang dinikahi pun tak dikenalinya. Maklumlah mereka berjilbab menutup sebahagian muka. Yang nampak hanya mata. Usai bernikah, barulah dikatakan 'berkenalan'.

Tahaa kata, "kalau tak cantik macamana?". Hahaha, kami ketawa saja. Tak jawab pun. Lalu aku pun tanya pada Tahaa bila dia mahu kahwin, dia jawab lambat lagi. Ayah dia senyum saja. Sepatutnya dia juga kahwin sudah tapi dia tak suka wanita Tunisia. Katanya mereka kafir.


Apa??? Kafir? Maksud dia.. mereka Islam pada nama tapi hakikatnya mereka sama seperti kafir. Wah, dahsyat betul Tahaa ni. Tanpa aku bertanya lanjut, dia terus bercerita.

"Kalau boleh, kau carikan aku perempuan Melayu. Aku tak sukalah orang kafir."
"Eh, kan bagus kalau kau boleh ajak dia masuk Islam atau betulkan dia kembali kepada Islam"

Cadangan aku tadi disokong ayahnya yang terangguk-angguk mendengar perbualan kami. Tahaa pun jawab dengan satu cerita. Dia sudah kenal ramai perempuan katanya. Baru-baru ini dia bercakap dengan seorang perempuan bukan Islam.

"Kamu ini kafir, kamu sedar tak kamu akan ke neraka.."

Terperanjat aku dengar kata-kata dia kepada perempuan tu. Itu sebenarnya kata-kata terakhirnya. Permulaannya dia cakap kepada perempuan tu untuk masuk Islam. Dia kata ramai tokoh barat yang sudah memeluk Islam kerana mereka sudah kaji dan sedar kebenaran Islam.

Antaranya Albert Enstein yang dinafikan Barat memeluk Islam. Lagi, Cat Steven yang telah mendedahkan tentang Islam kepada Michael Jackson yang kini sudah pun memeluk agama Islam.

"Kamu ni cantik, pandai, moden.. kamu seharusnya fikir tentang semua ini. Tugas saya hanya sampaikan kepada kamu kebenaran.. Jika kamu tak mahu berfikir untuk memeluk Islam, kamu akan kekal kafir.."

Dan ayat di atas disambung dengan pengakhir ayat yang aku ceritakan tadi. Wah, satu kisah 'live' tentang dakwah cara Tahaa. Sudahlah perempuan itu baru saja berkawan dengan dia. Dia sudah bercakap soal Islam secara 'direct to the point'. Siapa berani?

Bercakap soal dakwah. Ia sangat luas. Boleh jadi ada yang tak setuju dengan cara Tahaa. Tapi tak mustahil dengan caranya perempuan tu balik ke rumah dan sering berfikir lalu mencari kebenaran atas apa yang disampaikan. Seperti perlunya Saidina Umar dalam sejarah kita.

Pengalaman aku bersama pak-pak Arab di mana pun, perkataan dakwah seolah-olah sebati dalam jiwa. Mereka faham dakwah itu kewajipan setiap individu Muslim. Walau kita tak berparti Islam. Walau kita tak berpersatuan Islam. Walau kita tak bergelar ustaz/ustazah...


Caranya itu pasti berbeza mengikut kemampuan setiap individu. Di Malaysia? Rata-rata masyarakat faham DAKWAH ialah TABLIGH. Pengalaman aku mencari dana baru-baru ini menemukan aku kepada premis tadi.

DAKWAH difahami sebagai satu cara kerja yang dibuat oleh gerakan TABLIGH dalam mengajak orang ke masjid. Mudahnya begitulah. Pakaian mesti ala TABLIGH. Bercakap mesti cara mereka. Dsb..

TABLIGH adalah salah satu gerakan berunsurkan dakwah. Jika dakwah hanya ditetapkan dengan ciri tabligh, maka seorang yang bertali leher dan berkot tanpa kopiah atau songkok, yang memberi ceramah tentang agama kepada ratusan atau ribuan manusia tidaklah terpalit atas perbuatannya sebagai kerja DAKWAH.

Kasihan rasanya apabila faham sempit begini berlaku. Lima bulan lepas, aku beri ceramah kepada mahasiswa di Kelantan. Satu soalan provokasi aku kemukakan untuk melihat bagaimana pemikiran mereka yang berpendidikan tinggi.

"Baik, adik-adik.. antara semua ini, yang mana satukah benar-benar boleh dikatakan sebagai gerakan dakwah terbaik.."

Aku paparkan gambar tokoh gerakan (1) Tabligh, (2) PAS, (3) ABIM (4) Ikhwanul Muslimin, (5) JIM. Majoriti menjawab Tabligh. Dan hanya seorang saja yang jawab begini.

"Saya konfius la abang.. saya rasa semuanya sama melakukan kerja dakwah dan tiada yang terbaik"

Mengapa majoriti memilih jawapan tadi? Salah siapa? Apa patut kita lakukan?

Buat pengetahuan anda, para mahasiswa tadi bertegang leher untuk mempertahankan pendapat masing-masing khususnya seorang yang menggelarkan kami sebagai penceramah 'no class' memandangkan pemakaian kami berkemeja dan tidak berkopiah juga tidak retorik.

15 ulasan:

sham berkata...

mmg sgt direct to the point Tahaa itu. kagum!

jane berkata...

salam sahalfikri,

ko balik kawin org malaysia, lah!!ya!! dapat dekat 4 orang tu...

syahiera berkata...

sgt setuju..mentaliti ramai masih sempit..terutama dlm hal2 agama.

Ummu Mukhlis berkata...

sukanya topik ni.....btw, abg suhail jgk yg bnyk tlg syira bukak mnda psl dakwah ni..

humm...bagaimana ya utk memberi kefahaman bahawa DAKWAH adalah tanggungjawab SEMUA??

teringat satu kisah, seorang adik ni, dia aktif dgn satu gerakan dakwah ni. Dan apabila kami ingin mengajak beliau menjadi fasi dalam program di kolej, beliau menolak..atas alasan, beliau takut beliau akan terbawa masuk modul2 dan apa2 shj perkara brkaitan gerakan yang diikutinya dlm prgram anjuran pihak kolej..

syira faham dlm gerakan ada KERAHSIAAN..tapi, malangnya, adik2 yg join gerakan tu sudah didoktrinkan yg mereka hanya boleh mmpraktikkan semua ilmu yg dipelajari dlm aktiviti anjuran jemaah mereka shj..kalau mcm tu, adakah mereka hanya bergelar da'ie ketika beraktiviti sesama mereka shj??

bagaimana pula kalau mereka ditakdirkan Allah dicampakkan ke bumi asing, lalu tugas dakwah mereka ke mana??

arghhh...byk lagi nk kongsi..

kisah halaqah cinta kami yang tak kemana pun akhirnya...

sesuai ke cerita kat cni?? huhu...cm tak je..nnt la bila2 email.

semalam, alhamdulillah dpt jmpa adik2 UG.

Buat pengetahuan abg suhail, 5 org dr UG berjaya memegang taklifan dlm kepimpinan PKPIM dan PERKIM. Dhiyauddin jd Presiden PERKIM..yg lain2 tak ingt. Alhamdulillah..

Sahalfikri berkata...

sham: aku suka layout blog kau. cantik.. bahaya gak tengok perangai Tahaa yang direct tu. dalam kelas semalam dia berbalah tentang halal haram.. risau org lain salah faham nanti.mm.. apapun hebat la dia. Berani!

jane: ish3.. ada duit sbyak tu bolehlah 4 orang.. saya? hahaha..

syahiera: kerjaya apapun kita tetap boleh buat dakwah kann..

Sahalfikri berkata...

Syira: ni fenomena satu lagi.. dah elok dah buat kerja dakwah tapi terkongkong dalam batasan kelompok dakwahnya saja. pun susah juga..

tapi bagi abg ini proses kematangan natural yang sedang dia lalui. sbg sahabat, kita beri dia faham tp kalau dia tak nak faham takpe, sbb hakikatnya dia akan faham juga satu hari nanti..

hebat adik2 UG ni. abg masih tak tahu medium apa terbaik utk kekalkan hubungan kita dalam berbincang dan tukar pendapat.. cuba fikir2kan sesama adik2 UG lain supaya kita keep in touch secara rutin.

Paan Lee berkata...

Salam, sahalfikri ni pemikiran dia sama ngn sy la...

hurm. sy selalu kene kutuk sebab sy tak pakai songkon, kopiah, jubah, n etc... n bile ckp hal agama je, asik dilabel kafir, murtad, liberal, go to hell n mcm2 lagi...

perlukah memakai serba serbi pakaian yg kononya lambang org2 lain baru boleh berdakwah?

sakitnye hati tapi kene sabar sebab cara dakwah ssy nampak pelik. okay, sy terima hakikat tu, pelik! tapi sy takkan putus asa sebab pemikiran muslim kene tune skit.

kita sudah biasa dgn kebiasaan dan takut pd bende yg tak biasa dan bende yg kita taktau. bila lain skit je org ni, die singkirkan kita.

maaflah, sy kurang percaya badan2 dakwah bebas yg bergerak dlm kumpulan. komitmen dlm berdakwah adalah setiap masa bukan terikat pd aktiviti berkumpulan, atau jadual waktu dan sebagainya.

maaflah kiranya sy berdakwah cara lain, sebab sy sendiri tak suka panggil aktiviti yg sy lakukan sebagai berdakwah sebab sy terkilan sikap dan pemikiran rakyat kita yg kononnya dh maju tapi tak terbuka.

bukannya suruh membuka minda sehingga hilang pertimbangan tapi cubelah ubah sikit je.

kesal, kesal...

ainShahajar berkata...

Try wat dakwah sikit2..walaupon nampak remeh..penting sebenarnye

"weh..ko dah semayang blom"

"ketat sgt la weh"

sikit2..lama2 jadi sebati

tapi..diri kene sedia ditegur gak..

Sahalfikri berkata...

Paan Lee: baguslah usaha kamu tu, kita berpemikiran sama. alhamdulillah konsep asas tu dah betul. cuma pasal berkumpulan ni ada baiknya juga. sangat susah untuk kita kekal dalam keadaan 'sedar' apabila kita sendiri. maka, apabila berkelompok, kita juga akan sering ditegur dan tersentak apabila diperingat. tapi tak dinafikan ada sesetengah individu yang cukup kuat walau berdiri seorang. mungkin kamu antara golongan demikian..

masalah berkelompok ni ialah taksub. jika faham konsep sebenar perlunya kelompok ia akan menjadi lebih enak.

kelompok ni umpama pusat latihan (mcm askar, polis etc), kita bincang tentang masalah yg dihadapi, kita fikir solusi, kita rancang perjalanan dakwah etc..

Habis tu, kita sendiri yang kena keluar melaksanakan apa yang seharus kita buat dari hari ke hari.. gitulah ringkasnya.

Jadi, ada kala bila turun ke medan perang ni, kita terlalai/leka etc disebabkan lingkungan begitu. Maka, apabila ada pertemuan dgn ahli kelompok, kita akan tersedar kembali.

Maklumlah manusia itu imannya turun naik. Tapi, apapun saya juga tabik pada sesiapa yg mampu melakukan dakwah sendirian dengan istiqamah.

Saya pernah jumpa beberapa individu begini.. adakalanya semangat mereka lebih kuat dan benar drp yg berkelompok.

Moga Allah rahmati kita semua.

Sahalfikri berkata...

Orange Rose: betul tu, mudah saja.. mualakan dengan diri sendiri. contoh, kita mula kekalkan kebersihan diri.. kekemasan bilik etc (dakwah kepada diri sendiri) mula2 bg yg tak biasa akan rasa terpaksa.. tp lama2 akan rasa nikmatnya

kemudian, barulah kita ajak kawan terdekat.. bukan ajak pergi ceramah semata-mata.. mcm Orang Rose kata tadi.. kita boleh ajak kemas bilik, basuh tangan sebelum makan, berpakaian longgar, berhenti main bola sebelum maghrib.. mcm2 lagi..

inilah permulaannya.. yg penting kena mula. ckp lebih pun tak guna kann.. hehe.

Paan Lee berkata...

oh, how i wish i were that kind of people- bergerak secara individu, sgt kuat berbangding gerakan berkelompok,, sedia juga ditegur dan sedia menegur, tapi dgn batasan, cara dan teknik yg berbeza bagi kumpulan target yg berbeza.

bukan semua jenis dakwah sesuai untuk semua. perlu mengenali kumpulan target dgn tepat baru boleh memilih teknik dakwah yg betul2 berkesan.

cara tahaa tu sy respek, kekuatan diri dia sgt meyakinkan. tapi sy tak rasa sy mampu begitu di malaysia. tak psl2 kene sepak.. org malaysia kan 'sopan2' orgnya. :D

Sahalfikri berkata...

Paan Lee: yup, u r right.. it's basic principle - to know the audience. Memang sgt tak sesuai pendekatan Tahaa di Malaysia.. kita kan kuat adab kesopanannye..ngee

Ummu Mukhlis berkata...

ngee..betul tu abg suhail..kite kan penuh dgn budaya timur..

teringt plak kisah kt AR...(singkatannya..) selalu kite cite psl2 ni..kan??

wahh? sham iic tu sape bro?? tak kenalkan kat syira pown...

KiMi berkata...

apo la yang engkau buat kat sana tu suhail?
baik balik sini buat JID ke, order 26A ker.....

Sahalfikri berkata...

kimi: kau enjoy ye buat JID dan O26A tu? aku enjoy dengan kerja aku sekarang..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular