header-photo

Aku suka kedai gunting rambut MAJU

Beginilah rambut aku tiga hari lalu. Setelah sebulan setengah di sini, aku tak potong rambut pun. Sebabnya takut dipotong dengan stail yang aku tak gemar. Yalah, kosa kata belum banyak kan.

Lagipun bila rambut panjang dalam musim sejuk, aku rasa selesa. Lebih-lebih lagi bila rambut dah tutup separuh telinga. Hehe. Kepala dan telinga tak sejuk. Sekarang ni pun masih sejuk lagi. Tapi tak sesejuk awal-awal aku sampai sini.

Tapi, disebabkan ramai dah tegur rambut aku panjang, tak sedap lah nak terus simpan begitu. Aku pun mencari kedai gunting rambut. Risau juga. Sebabnya minggu lepas kawan aku yang dah satu semester belajar di sini pun (dah pandai cakap Mandarin), rambutnya dipotong tak elok...

Mungkin dia ke kedai gunting rambut murah. Aku sebenarnya tak berniat gunting rambut lagi. Sekadar berjalan-jalan dengan anak konsulat tengok-tengok salun gunting rambut.

"Wo yao qian wo de toufa, duoshao qian?" "San shi ba kuai"

Lepas dia cakap harganya RMB38 (RM19). aku pun berfikir nak ke tak nak. Tapi inilah salun termurah pernah aku jumpa. Ish, semuanya perempuan pekerja dia. Nanti jadi stail perempuan pula. Selepas didesak anak konsulat tu, aku pun pergi sajalah.

"Wo yao ni qian wo de toufa hen piaoliang aa.."

Siap cakap kasi potong cantik ek. Dia pun jawab, ya. Wah, dah cuci rambut baru dia potong. Eh, ada lelaki lah. Entah dari mana keluar. Ada dua orang. Dah siap dia cuci lagi.

Dan hasilnya beginilah. Mmm.. camana? Puas hati?


Ibu, tak nampak macam budak sekolah ke? Hahaha.

22 ulasan:

Paan Lee berkata...

salam, kan tambah manis bersenyum menunjuk gambar pada mak kamu? :D

Sahalfikri berkata...

Paan Lee: betul2.. tapi muka gitu sebab tak berapa suka stail potongannya. Hehe. (Sengaja tak tunjukkan pandangan sisi.. ada 'kureng' sikit)

Sahalfikri berkata...

Mmm.. dah tukar gambar. Tq 4 d advice..

ahmad berkata...

Salam anak ibu sayang,Suhail

Ibu sempat tengok sekejap gambar tu tp dah hilang pula, mana pergi? memang pun wajah mcm budak sekolah, comel je, berisi sikit banyak makan kot. he he he

Sahalfikri berkata...

ibu: ada gambar tu. ibu kena klik pada butang 'Baca Lagi'.. cuba sekali lagi. Mungkin lambat kot..

aiyaa.. comel kah? da besar ni takleh comel. Hahaha. Berisi ke? Baguslah kan.. Ngee

ahmad berkata...

Suhail,anak ibu,

Dah beberapa kali klik xkeluar gambar pun.semalam sekali klik dah keluar gambar.

Rambut tu pendek ok lah, tp mcm berserabut sikit bhgn atas tu, x sama rata. memang stail sana kot.

Kalau ada mesin trim sendiri lg cantik, boleh juga ambil upah gunting rambut kwn2. Ngeeee

Ibu ayah mendoakan semoga berjaya menjawab soalan peperiksaan Bahasa China.

3p4h berkata...

Hahaha... Ak kat cni pn cam 2. Malas nk potong rmbut. Asal p mn2 kdai ptong rmbut, msti tak menepati citarasa.

Cara plg sng, tggu abg suhail blk umh, br potong! mcm sblm2 ni. He5..

Tak pn trim tepi sndri gna mesin. Abg suhail bli la mesin. Ptong sndri. He5.

p/s: Kat sna xkisah eh rmbut pnjg?

Sahalfikri berkata...

Ibu: tulah ingat nak kena beli mesin sendiri la trim.. senang sikit. puas hati.

Epah: habis tu aku tak balik setahun ni, kau tak nak gunting rambut la? haha..

Kat sini bebas. Pakai apapun takpe.. stail apa rambut pun takpe.. cikgu depa pun stylo aaa..

MohdShazni berkata...

rambut blakang ok lg?? hehe

Paan Lee berkata...

Salam, sahalfikri, sy ingin menjemput anda mengkomen satu post sy mengenai muslim fashion di malaysia yg selalu kita nampak-entry number 2.

harap anda berkesempatan :D

Sahalfikri berkata...

terima kasih atas jemputan. maaf jarang berkesempatan menulis komen dalam blog yang dibaca..

ahmad berkata...

salam,abang suhail.atiqah pelawat ke45,000.kena bagi hadiah ne he..he..he

Sahalfikri berkata...

atiqa: pukul berapa atiqah masuk? hah, abg tahu tau sape nombor 45,000.. cepat sahkan! kalau betul, ok.. tunggu hadiah tahun depan sampai. hehe..

redanna berkata...

suhail, hg agak2 comel lah rambut pendek. sbb bila panjang nampak serabai. kira ok lah tu!! hehe

Sahalfikri berkata...

redanna: alamak sorang lg guna perkataan comel..hahaha. tapi mmg elok kemas sikit kan. Tq.Ngee..

3p4h berkata...

Bagaimana agknya kalo xpotong rmbut setahun... Hahaha

Marliza Radzi berkata...

suhail yang saya kenali memang macam budak sekolahpun. kemas je. hehe.

Sahalfikri berkata...

epah: macam orang utan kot.. hang kan rambut pun tumbuh kat dagu dan pipi..hehe


Marliza Radzi: tu kalau sikat tepi.. cuba sikat depan, hah, macam apa? ish tamau ckp la (bhaya kimi ada..)

INSPIRASIHANA berkata...

suhail...lama tak dengaq cerita...hehe..tengok2 dah lain rupanya....(",)
njampak lain ler...dengan gaya rambut tersendiri...hehe..sibuk sangat ye...

jemput ke blog akak yang baru di http://hannakids.blogspot.com utk ceritakan pengalaman membesarkan anak sahaja...di blog lama masih fokus artikel semasa dan wanita..selamat berjuang walau di mana berada

Sahalfikri berkata...

inspirasihana: kak, saya da singgah blog baru tu tp belum boleh praktiskan pesanan akak..hehe

INSPIRASIHANA berkata...

Hehe..memangler...cuma nanti bagitau bakal zaujah (",)

Sahalfikri berkata...

inspirasihana: jeng3.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...