05 Mei 2009

Roti Malaysia lebih terjamin

Menunggu kereta hendak ke kota
Bersama teman di hujung pekan
Kenalah kita berjaga-jaga
Memilih makanan selamat dimakan

Kita kena mementingkan soal halal haram dalam pemakanan. Yang jelas itu mudahlah. Bagaimana dengan yang lain seperti kek? Baru-baru ini kawan aku diraikan dalam kelas kerana ulangtahun kelahirannya.

Jika anda menjadi orang yang diraikan, dalam suasana bukan negara Islam, dan dipelawa makan kek tersebut, apakah tindakan anda?

Kali ini aku ragu-ragu, jadi aku memilih untuk menghulurkan kek yang dihulurkan kepada aku kepada orang lain. Sebelum ini, aku juga pernah memakan kek sambutan hari ulangtahun kelahiran En Din (konsulat)...

Kenapa aku tanya fasal kek? Sebabnya boleh dikatakan di China, kebanyakan masakan mereka menggunakan bahan berasaskan arak dan babi. Mungkin kek tak terkecuali.


Rasa macam tak percaya kan? Memang aku sendiri terkejut. Pernah sekali kami menemui roti keping (macam Gardenia/Hi5/dll) yang mempunyai kandungan minyak babi. Itu pun setelah beberapa orang memakannya. Mujur aku tidak.

猪油
Inilah hanzi yang belum pernah aku kenali. Terima kasih kepada rakanku, bekas pelajar SMJKC, yang telah meneliti butir kandungan bahan pembuatan roti yang tertampal di plastik pembungkus.


Pada hari yang sama, kami ke pasar basah berdekatan. Cikgu kata mahu perkenalkan nama-nama bahan jualan di pasar. Buah-buahan dan sayur-sayuran tak menjadi masalah.

Tapi apabila masuk kawasan daging, aku terpaksa menahan nafas menghidu bau daging babi. Memang itulah daging kegemaran mereka kerana ia murah. Sebagai pelajar, mahu tak mahu kena juga kenal semuanya.

Seorang rakanku dari Malaysia terkena percikan darah sewaktu peniaga memotong daging dan tulang babi. Habis tudung dan stokinnya terpaksa dibuang.

Aku seterusnya ditugaskan bersama Abu untuk membantu cikgu memilih daging yang dia ingin beli. Sekali lagi terpaksa kami menghampiri daging haram itu.

Memandangkan kami Muslim, rakanku dari Korea mengesyorkan kami membeli daging lembu untuk cikgu. Kami setuju saja. Tapi pemotongan daging lembu dan babi sama saja tempatnya. Bukan saja bersentuhan antara daging-daging itu, bahkan semua peralatan yang digunakan adalah sama.

Beginilah situasi-situasi yang kadangkala terpaksa kami hadapi dengan cukup berhikmah. Bukan apa, reaksi kita akan secara spontan membuatkan rakan-rakan lain kehairanan dan bertanya. Waktu itulah, jawapan paling hikmah yang akan memberi kefahaman logik dalam diri mereka.

Apa agaknya jawapan paling berhikmah?

Maaf lewat kemaskini sebab masalah internet. Esok diundang makan dumpling sempena harijadi kawan Korea.. bagaimana ni?

5 ulasan:

Unknown berkata...

Salam anakanda Suhail,

Begitulah keadaannya bila kita berada di negra bukan Islam. Ayah masih ingat Pak Milatushamshi dulu semasa berkursus di Jepun juga pernah menghadapi keadaan yang sama. Roti seperti gardenia tetapi dalamnya siap dilapiskan daging babi. untuk selamat dia memilih sardin saja dan nasi.

Setakad tersentuh masih boleh dicuci dengan kaedah yg ditentukan oleh Islam. Tp jika termakan, jika tidak tahu Allah ampunkan. Sebaiknya berhati-hatilah. Kita sebagai umat Islam yg sybhat pun kena jauhkan apatah lagi yang haram.

eiffa akmal berkata...

slm...kat mana sekarang?

arin berkata...

mcm mana ek nk buat.. mungkin kena explain dgn baik knp kita kena tolak kek tu..

wah wah, pantun jer skg ek..

"negeri perak darul ridzuan
negeri berdaulat merdeka dan aman
tempat ujian dan jadi taruhan
pengukur kesetiaan serta kesabaran"

Sahalfikri berkata...

ayah: tadi kena makan gak sebab ada harijadi kawan ni, depa beli kek besar.. semua kena makan.tawakkal jela.

eiffa: oh, org govt masuk ni.. hang pantau blog ni ke?hehehe.. ada kat guangzhou, china. marilah ke sini buat trip sesame korang..

arin: memang kena explain tapi camana nak explain kasi diorg rasa Islam bukan jumud?

ko nak pantun ye, meh pendekar Melaka jawab:

"Kasihan sungguh rakyat Perak
Hidup tergantung tak terbela
Entah siapa pemimpin diarak
Jangan sampai dibenci pula"

ainShahajar berkata...

cakap tentang kek..haritu besday mak n adik..just berani beli kat al-azim bakery je.. (patot baik wat sendiri haha)..takot ade arak kn

sushi pun.....
lepas bace al-Islam yg baru2 kuar nih...tak makan dah..wlaupun ade tulis halal..soy sos dia peram..maybe ade alkohol

hu~~korban2

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular