Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.
Sudah lama aku bercadang ingin bertemu Sang Pejuang Bahasa ini. Bukan calang-calang orangnya. Bahasa Melayu menurutnya saling berkait rapat dengan agama Islam. Jika benar katanya itu, pasti jugalah dia Sang Pejuang Agama.
Tanpa diduga, aku dikhabarkan tentang kedatangan Sang Pejuang ini ke Guangzhou. Sudah 2 tahun dia dihantar UM ke Universiti Pengajian Asing Beijing dalam Kursi Pengajian Melayu..
Girangnya hati ini tak dapat digambarkan. Aku tak sabar-sabar menanti hari yang dijanjikan. Ustaz Mad telah menetapkan satu hari khusus untuk kami berusrah dan berdiskusi bersamanya.
"Assalamualaikum," dia menyapa kami yang baru selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah.
"Prof, inilah Suhail yang saya ceritakan dulu. Dia dari PKPIM...," Ustaz Mad memperkenalkan aku kepadanya.
Oh, Suhail. Kali terakhir kita berjumpa sewaktu Konvensyen Mahasiswa Nasional di Johor Baharu kan?"
"Ya, betul!"
Bertambah zouk di hati menyambut ketibaannya. Tak aku sangka ingatannya sangat kuat terhadap aku sedangkan pertemuan kami hanya seketika dalam beberapa majlis dua tiga tahun yang lalu.
Usrah pun dimulakan. Prof Dr Awang Sariyan memulakan bicara. Kata-katanya yang tersusun indah cukup memukau jiwa aku. Sekalipun, dia bukanlah seorang ustaz, garapan idea yang tersimpul daripada kajian bahasa dan budaya Melayu benar-benar mengukuhkan bahawa Melayu seharusnya faham tanggungjawab DAKWAH.
Islam ditakdirkan menaikkan bangsa Melayu. Melayu adalah bangsa kedua terbesar menganut Islam selepas Arab. Ini adalah takdir yang perlu diakui dan dimanfaatkan.
Sejarah membuktikan bahawa tamadun terdahulu tiada penerapan RUPA dan JIWA. Bermula dari Tamadun Barat, ia beralih kepada paksi Romawi. Di alam Melayu, peralihan juga berlaku dari paksi Buddha kepada Islam.
Tamadun berteraskan agama universal bukan regional ini telah membuktikan kegemilangannya pada suatu ketika dahulu. Ciri universal inilah meletakkan teras penerapan RUPA dan JIWA.
Prof juga pernah maklumkan kepada Dato Rais Yatim untuk belanjakan berapa banyak duit sekalipun asalkan kitab-kitab Melayu lama dapat dikembalikan ke tangan kita. Untuk dikaji, diteliti dan dimanfaatkan. Kerana asal semuanya berteraskan RUPA dan JIWA.
Contohnya kitab Sulalatus Salihin karya Tun Sri Lanang. Kitab dongeng yang menegur sinis para pemimpin tentang nilai-nilai peradaban Islam.
Pernah diceritakan Sultan Mahmud memerintahkan Syeikh Yusuf untuk datang ke istana mengajarnya. Namun, Syeikh Yusuf menegaskan bahawa anak murid yang seharusnya mencari guru. Maka Sultan Mahmud pun pergi menuntut dengan Syeikh Yusuf.
Masalah adab di negara kita juga kian meruncing. Kata Prof lagi, ini disebabkan sejarah dipinggirkan. Kisah Sultan Mahmud tadi pastinya jarang sekali didengar umum. Ini semua banyak tertulis dalam kitab-kitab Melayu lama (kitab kuning).
Semangat juang Prof yang begitu tinggi telah menyeretnya bertemu mantan PM kita. Perjumpaan dengan Pak Lah bertujuan meminta Bahasa Melayu dimartabatkan demi kepentingan agama Islam. Pak Lah agak optimis namun tiada apa yang dilakukan.
Lagi.. Gurindam 12 Raja Ali Haji. Juga menunjukkan betapa Islam itu sebati dengan jiwa Melayu. Namun, generasi hari ini tidak didedahkan dengan karya-karya demikian. Yang sebati dengan jiwa mereka hari ini lebih kepada penerapan RUPA tanpa JIWA.
"Kesinambungan perjuangan ulama dan takdir Islam berkembang di Tanah melayu pasti ada sebabnya.."
Begitulah Prof mengakhiri usrah. Melayu itu terkenal dengan budi pekertinya yang lahir dari kandungan Islam yang sejati. Namun, sejarah terpadam dan makin dikikis apabila Melayu hanya tinggal nama.. (bahasa pun sudah tidak dipertahan).
Ruginya kita apabila takdir tercipta untuk kegemilangan kita tanpa kita sedari. Kita hanya perlu tekan punat HIJAU saja. Maka, segalanya akan kembali Cemerlang, Gemilang, Terbilang!
p/s: Aku dijemput untuk hadiri PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU anjuran universiti Prof di Beijing pada 31 Mei – 1 Jun 2009. Namun kos penerbangan dan yuran sebanyak RM2000 mungkin membantutkan hasrat aku untuk berjumpa dengan lebih ramai pejuang agama di Beijing.

10 ulasan:
butang HIJAU? PAS kah? eheheh
mamida: Hmm, interpretasi politik!
Assalamualikum anakanda Suhail,
Beruntunglah Suhail dapt bertemu dan berbincang dengan tokoh ilmuan itu. Memang banyak karya-karya sastera melayu yg mengisahkan soal keIslaman dirantau ini( pernah semasa ayah belajar utk HSC dulu umpama Hukum kanun Melaka adalah berkisar hukum islam).
Prof. Awang Sariyan sememangnya seorang pejuang bahasa yg tidak asing lagi ditanah air kita. Jemputan ke Beijing sangat baik tu tp apakan daya masalah kos agak tinggi. Mungkin masa akan dtg ada peluang lagi.Insya Allah
Memang bangsa sudah tidak dicatat dalam mykad. Ini pula bahasa hendak dilenyapkan. Suatu hari nanti mykad catat bangsa malaysia, agama pun tak ada apatah lagi bahasa. Siapa punya angkara ni?
ahmad: ayah, waktu suhail berbual santai dengan Prof, dia marah betul dgn pemimpin negara yg tak mempertahankan bahasa Melayu.. dia dicop mempermainkan agama sebagai usaha utk perjuangkan bahasa.
sedangkan mmg bahasa Melayu sgt berteraskan agama. nampak sgt sekularism dah merasuk diri mereka.
dia ckp lagi, A Samad Said bukan org sembarangan. A Samad Said ialah orang berlatarbelakang keturunan agamawan yang bagus. Dan A Samad Said takkan berjuang tanpa dalil yang kuat..
risau memikirkan nasib generasi akan datang..
salam brother suhail,
betul tak kalau sy kata bahasa melayu dan bahasa alquran saling berkait?
perkataan2 arab yg kita gunapakai dlm bahasa melayu dh cukup membuktikan kaitan itu,
orang melayu usahlah berkata pasal pejuangan bahasa, budaya dan agama kalau orang melayus endiri tak bersatu memperjuangkannya bersama2.
ada pihak yg nak ada yg taknak, saya tetap percaya perpaduan dan kesatuan dlm org2 melayu sgt penting. tolak tepila kepentingan politik dan perbezaan pendapat. kita sembah Tuhan yang sama.
tiap2 hari sy berdoa bilalah org melayu di malaysia nak sedarkan diri? sejarah memang dh dilupekan.
harap2 melayu bersatula, barulah semangat berjuang tu boleh diterjemahkan dlm satu bentuk tenaga yg kuat dan besar kesannya.
:D wslm. :D
sekadar pendapat, salah sila tegurkan, sy budak baru belaja :P
Salah cakap, salam pada semua kat sini.. :)
Paan Lee: betul apa yg kamu cakap tu. Prof pun cakap begitu. banyak sangat pengaruh Islam dalam Melayu. hanya yang sedar akan rasa ruginya kita skrg ni..
salam'alaik.. wah, prof awang sariyan!! pernah mengkaji psl beliau sebelum aktif dlm dunia penulisan ni..
mantap. ulasan prof memang tepat. tamadun kita dulu ada jiwa dan rupa. ciri2 tamadun islam sudah cukup komprehensif. hanya kita yang perku mengkaji semula nilai2 peradaban yg kian luntur.
terkedu dgn ulasan profr yg terakhir. sebab tgh fikir benda yg sama..kenapa tanah melayu yg Allah pilih utk Islam berkembang sekaligus menaikkan nama negara yang hampir tidak kelihatan dlm peta dunia ini diangkat sebagai negara islam. pasti ada rencana Tuhan yg kita tak ketahui..
yang tinggal, kita para pengkaji..(pengkaji tamadun dunia especially, hu2) untuk berusaha mengembalikan kegemilangan Islam dan Melayu..
Bahasa memainkan peranan yang besar dalam beragama.Agama Islam diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa yang paling luas kosa kata dan perbendaharaan. Kata kerja "jalasa" dan "qa'ada" bagi yang tidak memahami bahasa Arab secara mendalam akan menterjemahnya sebagai duduk. Namun, orang yang mengetahui dan memahami bahasa Arab akan mengatakan bahawa "qa'ada" adalah duduk selepas berdiri; manakala 'jalasa' adalah duduk secara mutlak tanpa dikaitkan sama ada selepas baring atau selepas berdiri.
Kata nama "khairun' mempunyai makna yang begitu banyak.
Huruf "min" dalam bahasa Arab mempunyai banyak maksud. Antaranya permulaan bagi waktu, tempat, sebahagian,penjelasan dan sebagainya.
Ini adalah ciri khas pada bahasa Arab yang menyebabkan bahasa Arab dipilih untuk menjadikan bahasa media bagi Al-Qur'an, As-Sunnah dan Islam.
Sehingakan bahasa merupakan salah satu hujjah dalam pengkanunan hukum-hukum Islam. Huruf 'ba' dalam "wamsahu BI ru'usikum" boleh menyebabkan penafsiran yang berbeza tentang makna menyapu kepala dalam wudhu'. Sesetengah ulama mengarakan "ba' bermaksud sebahagian. Jadi, yang perlu disapu adalah sebahagian kepala. Manakala sebahagian ulama menyatakan ia bermaksud keseluruhan.Jadi, yang mereka mengatakan wajib disapu kepala.
Bagaimanakah mereka membuat tafsir yang berbeza sedanga hurufnya adalah huruf yang sama iatu huruf "ba"?
Sebenarnya mereka berhujjah dengan syair-syair lama yang mereka warisi daripada generasi ke generasi. Setiap generasi akan meriwayatkan secara lisan syair-syair kepada generasi berikut.
Mereka bertutur dalam bahasa Arab yang asli sehinggakan ia menjadi hujjah dalam Islam.Namun, apabila berlaku percampuran dengan bangsa-bangsa bukan Arab, maka bahasa Arab - selepas percampuran -tidak absah dalam penghujjahan.
Walaupun begitu, setiap bait-bait syair diriwayatkan dengan susur galur perawi-perawi syair sehingga ia dibukukan. Apabila pembukuan syair-syair selesai, maka mereka dapat mengekalkan Bahasa Arab yang asal yang boleh dijadikan hujjah dalam Islam.
Mereka dapat membezakan antara bahasa Arab asli dengan bahasa Arab yang dicedok dari bahasa asing berdasarkan syair-syair tersebut. Setiap perkataan yang didapati dalam syair-syair Arab dengan sanad yang sahih, maka ia dijadikan hujjah Islam. Manakala, bahasa Arab yang dicedok daripada bahasa lain tidak absah dalam penghujjahan Syariah.Kerana itu, beberapa penghujjahan tidak dapat diterima kerana ia tidak mempunyai asal dalam bahasa Arab. Contohnya perbahasan 'istiwa'
Dalam masa yang sama, bahasa ini menerima dan mengalami perkembangan yang besar. Internet dalam bahasa Arab "al-internet",
Kenapa saya menceritakan kelebihan Bahasa Arab? Adakah kerana saya peminat bahasa Arab? Adakah kerana saya wajib memahami bahasa Arab? Atau kerana saya orang Islam?
Semua jawapan di atas, saya katakan "YA"
Namun, dalam konteks bahasa Melayu, pejuang-pejuang bahasa Melayu perlu mengambil proses yang dilalui oleh bahasa Arab. Proses merekodkan bahasa asal kepada Bahasa Melayu perlu disegerakan.
Sebagaimana bait-bait syair Ali, As-syaifie, Imruu Qais, Al-Kalbi,Farazdaq dan penyair-penyair yang lain dikumpulkan dalam buku-buku yang dipanggil "Diwan", maka pantun, gurindam, syair, sajak, seloka juga perlu dibukukan. Bukan yang yang diamkasudkan di sini pantun moden, tetapi yang menjadi asal kepada Baasa Melayu.
Bagaimana kita mengetahui bahasa Melayu yang asli? Saya tidak pasti. Mungkin boleh ditanya kepada Prof Awang Sariyan dan pejuang bahasa yang lain.
Bahasa Arab diriwayatkan dengan sanad. Dan ini merupakan keistimewaan umat Arab yang tidak adapada umat melalui. Sampai sekarang saya tidak tahu siapa yang mengatakan "pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, udi yang baik dibawa mati" tetapi dalam bahasa Arab kita boleh mencari siapa yang menyebutkannya dengan sanad.
Ataupun, dengan mencari dan membuat penelitian terhadap manuskrip-manuskrip Melayu. Seterusnya menyebarluaskan dan mensyarahkan manuskrip-manuskrip tersebut. Ini merupakan perkara yang paling diabaikan di Alam Melayu sedangkan di negara-negara Arab ia masih diteruskan.
Kenapa proses ini perlu dilakukan? Kerana ini akan menjaga bahasa asal kepada bahasa Melayu. Setelah kita dapat menjamin keabsahan bahasa melayu, maka kita perlu menyebarkan bahasa Melayu sehingga semua orang dapat memahami bahasa Melayu dengan baik.
Kemudian, barulah kita membuat penambahan ke dalam bahasa Melayu daripada bahasa-bahasa lain. Di samping menjaga bahasa asal, kita terus hidup dengan zaman kita.
Saya tidak menentang belajar sesuatu dengan bahasa Inggeris tetapi saya menolak cara pelaksanaan.Kita masih tidak dapat menjaga bahasa kita, bagaimana kita boleh menerima bahasa lain untuk anak-anak kita? Pelaksanaan yang tergesa-esa akan menyebabkan kita hilang bahasa, budaya dan mungkin agama. Wallahu 'alam
Bahasa jiwa Bangsa
Maaf. Saya tidak menyemak kembali tulisan saya. Banyak kesilapan ejaan. Sudah lama tidak menulis dalam bahasa Melayu.
Catat Ulasan