18 November 2006

Jom masuk dalam kasut



Aku percaya ramai kita di Malaysia pernah tengok iklan Petronas ni. Bagi siapa yang tak sempat tengok, sket aku cite. Dipaparkan oleh Yasmin tentang kisah ayah yang tua yang sakit terpaksa dibawa pulang ke rumah. Sewaktu makan, ayahnya tertumpah air ke karpet yang cantik. Adakalanya tertumpah kuah. Sekali tu, ayahnya ter'kencet' (terbuang air besar apabila terketut). Setiap kali begini, menantunya asyik merungut. Sampai satu hari, diasingkan tempat makan si ayah dengan keluarganya. Makan pun guna pinggan plastik setaraf kucingnya yang diberikan makanan. Keinsafan terbit di hati si anak apabila anak-anaknya sedang bermain di meja kecil dengan gaya olok-olok siapkan makanan. Apabila ditanya sedang buat apa, anaknya jawab :

"Nanti bila along dah besar, ayah dan emak duduk di luar. Along dan adik makan di dalam."

Si adik pun menyampuk, "Ayah jangan lupa pakai lampin tau.."

Hah, dah terkena baru faham perasaan ayahnya. Beginilah kita lumrah manusia, jarang memikirkan untuk berada dalam keadaan orang lain. Bila dah kena kat kita baru rasa menyesal. Dalam iklan ni,alhamdulillah tak terlewat untuknya menyesal kerana sempat minta maaf pada ayah atas kesalahannya.

Bagaimana kalau si ayah mati dalam keadaan kita tak dimaafkannya? Bukankah hidup kita ni sia-sia sebab dosa dengan manusia perlu diminta maaf daripada manusia. Kalau dengan Allah, bila-bila masa boleh. Tapi dengan manusia, kalau dia dah mati, anaknya pun tak boleh nak maafkan kita. (I've wrote an entry about this before)

Moralnya mudah je. Orang putih kata we have to put ourselves into others shoes. Maknanya kita kena letakkan diri kita berada di tempatnya. Bukan soal ayah emak je. Termasuk banyak perkara.

Contoh, tengok orang kaya, kita kata dia sombong dan berlagak. Jadi kutuklah dia etc. Tapi cuba kita letak diri kita dalam keadaan dia, adakah kita pun akan jadi begitu bila kita kaya macam dia?

Kalau nampak orang susah dan kita hidup ok (taklah senang sangat). Letakkan diri kita seperti dia saat kita makan mewah. Adakah kita akan membazir makanan jika kita menjadi seperti mereka?

Atau kalau kita asyik menyalahkan orang politik yang amal rasuah dan banyak bercakap tapi tak berbuat. Masukkan diri kita dalam keadaan dia, adakah kita juga akan jadi begitu saat kita mula berjawatan tinggi dan berpangkat bahkan punya posisi politik yang hebat?

Aku rasa kalau kita selalu letakkan diri kita dalam kasut orang lain, kita akan lebih waspada dengan apa yang kita cakap atau lakukan. Kita akan lebih prihatin. Kita akan lebih bertanggungjawab. Kita akan rendah diri. Kita akan menjadi orang yang disayangi.

Love is always there but to get it u have to give it

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular