25 November 2006

Cubalah toleh ke belakang



Biasanya aku solat Jumaat dekat dengan ofis tapi hari ini disebabkan cuti, aku dapat solat kat masjid yang baca khutbah (masjid kat ofis tu cukup syarat je sbb sblm khutbah dah ada ceramah, jadi pendek je khutbah dia). Apa yang nak dikongsi ialah pasal tajuknya, "Ke mana arah tuju remaja kita?"

Aku remaja tak? Hehe..rasanya macam remaja gak. Jadi, perhatian penuh aku berikan pada pak imam tuh. Pendek kata isi khutbah itu dibaca dengan cukup semangat dan boleh disimpulkan bahawa semuanya salah remaja sendiri. Ayat-ayat yang digunakan terlalu bersifat 'menuding jari'.

Pak Imam kata ,"Mereka lebih percaya dan ikut kata-kata kawan berbanding ibubapa mereka. Apa nak jadi dengan mereka."

Katanya lagi, " Masalah mat rempit, dadah dsb adalah disebabkan pengaruh hidup yang hedonistik daripada Barat."

Ada lagi, " Remaja tidak lagi mendekati masjid. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Ingatlah hadis Nabi bahawa sesiapa berkawan dengan penjual kasturi, maka wangilah dia dan sesiapa berkawan dengan tukang besi, maka dia juga terkena busuk baunya."

Macam-macam lagi ayat-ayat pedas yang sakit didengar walaupun ada kebenarannya tetapi pendekatan macam ini akan lebih menjauhkan remaja tu sendiri sebenarnya. Mengapa jari itu dituding kepada kami? Bukankah mereka juga pernah menjadi remaja? Tak perasankah yang ada 3 jari lagi menuding diri sendiri? Mengapa tidak satu pun terselit kesilapan pada ibu bapa juga?

Aku teringat pesan Rasulullah agar anak-anak itu dipukul pada usia 10 tahun sekiranya meninggalkan solat 5 waktu. Dan apabila mereka menjangkau remaja, hendaklah dilayan seperti kawan.

Bukan salah remaja 100% kalau dia lebihkan kawan berbanding keluarga (ibu dan ayah). Bahkan tak heran kan gitu? Betul tak kekadang tu kita rasa kawan lebih dekat dengan kita. Kiat leh share apapun dengan mereka. Tetapi tidak pada keluarga. Apa masalah sebenarnya?

Sebabnya ibu bapa tu juga yang melayan anaknya seperti 'tuan' dan 'hamba'. Mereka hanya kata 'boleh' dan 'tak boleh' untuk setiap perkara yang ingin dibuat oleh anak. Mana dia perbincangan? Mana dia tukar-tukar pendapat? Semua itu hanya berlaku dengan kawan. Kan Nabi dah pesan jadikan remaja tu macam kawan..

Aku bersyukur sebab ibu dan ayah aku memang layan anak-anaknya yang remaja macam kawan (ramai gak camni kann?). Itulah sebabnya aku kalau balik Melaka lebih puas hati lepak dengan famili berbanding keluar dengan kawan-kawan. Nenek kat Melaka pun 'rock' hehehe sebab kitorang bebas borak apa sahaja topik dan tiada rahsia antara kami. Semua kawan ibu ayah kenal sebab kami citer sume perkara yang berlaku. Aku minat si XXX atau si XXX minat aku dsb sume diceritakan.

Aku juga berkesempatan hidup dalam keluarga yang berlainan daripada keluarga di Melaka. Memang duduk di rumah itu sendiri rasa kurang selesa. Tiada gurau senda antara keluarga, tiada prihatin atas persekolahan anak-anak, tiada bual mesra ketika bersembang, waktu makan pun senyap sahaja, masing-masing buat hal sendiri. Jadi, tak hairanlah kalau kawan diutamakan.

Cuba tengok. Hadis Nabi pasal kawan itu penjual minyak wangi kita pun akan wangi. Kalau lah ibu bapa itu semacam penjual minyak wangi, pastinya juga anak-anak wangi. Tapi wangi camana pun kalau dia tak berkawan dengan anaknya, macamana nak wangi si anak? Kat luar tu memang kawan berlambak, ada wangi ada busuk ada masam ada hapak.

Kalaulah kawan paling rapat remaja adalah ibubapanya yang wangi itu, aku pun yakin anak-anak itu kalau keluar pun mencari orang yang wangi juga sebab dah terbiasa dengan bau wangi. Yelah kalau kita ni jenis pakai deodarant setiap hari (kan wangi), tetiba sehari tak pakai mesti rasa tak lengkap. Samalah juga..

Sebelum aku menulis lebih panjang, aku harap orang-orang dewasa ni kena masuk dalam kasut (macam entry aku aritu) anak remaja. Bukannya mereka tak pernah jadi remaja. Harapnya tak dituding jari selalu kat anak muda ni. Macamanala mereka nak dekati masjid kalau asyik dipandang serong. Macamana la mereka nak jadi baik kalau asyik dipersalah.

Sama macam penagih dadah keluar penjara, masyarakat kampung pandang serong kat dia, tak siapa terima dia. Jadi, yang menerima hanyalah kawan penagih juga. Salah ke dia kalau terjebak lagi? Hmm, janganlah kita rasa kita cukup selesa dan bahagia dengan kebaikan diri kita hari ini sebab kita belum diuji. Allah kata dalam al-Quran, " Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Al-Ankabut (29:2)]

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular