27 November 2006

Isteri itu anugerah bukan hakmilik

Kata-kata ini aku petik daripada ungkapan pelakon Rahim Razali dalam cerita yang akan ditayangkan 30 November ini bertajuk CINTA. Memang dalam TV3 selalu sangat dipromosi pasal CINTA. Bahkan topik perbincangan pun adalah berkenaan CINTA. Aku pun tertarik dengan filem ini sebab mengisahkan 5 jenis cinta yang berbeza. Dan aku pun nak menghayati maksud CINTA yang bakal dipersembahkan. Adakah sama dengan konsep aku?

Pagi tadi aku dengar motivasi pagi MHI pun pasal CINTA. Yang menarik ialah berkenaan CINTA atau NAFSU. Sebelum tu cuba perhatikan semula petikan kata Rahim Razali. Dalam skrip itu, bagi aku, terselit satu unsur ketuhanan. Atau lebih tepat (bak kata ustaz aku) ialah unsur Ilahiyyah.

Sebabnya isteri itu jika diandaikan hakmilik seseorang ia sama sifatnya dengan barang-barang lain yang dimiliki orang itu. Sebagai contoh, kalau kita ada sebidang tanah, kita bebas lakukan apa sahaja atas hakmilik kita itu. Nak tanam apapun takpe, atau nak bina bangunan, atau nak korek dalam-dalam, atau apa sahaja lah.

Jadi, andainya isteri itu hakmilik, kita bimbang kalau-kalau isteri itu bukan sekadar boleh dibelai, dimanja, disayangi, dirindui, diusap, dan sebagainya, bahkan boleh dipukul, diterajang, diniagakan, dipertontonkan, dilempang, dicucuh dengan rokok, dipaksa melakukan maksiat, dan sebagainya.

Yang berhak melakukan apa sahaja kepada isteri itu adalah pemiliknya. Siapa? ALLAH YANG MAHA ESA. Kalau DIA nak berikan kebaikan kepadanya boleh, nak berikan kemusnahan pun boleh. Itu baru betul.

Berbeza kalau dianggap ANUGERAH. Perkataan ANUGERAH itu sendiri membawa maksud agung. Jarang digunakan perkataan ini dalam kehidupan seharian melainkan pada waktu hari kebesaran raja. Kebiasaannya ia datang daripada orang yang besar darjatnya seperti Siti Nurhaliza dianugerahkan oleh Sultan Pahang dengan pingat yang membawa gelaran Datuk.

Apa yang dikaitkan dengan isteri itu adalah CINTA. Ia ANUGERAH yang datangnya daripada YANG MAHA AGUNG. Dan setiap ANUGERAH itu bersama-samanya AMANAH. Macam Datuk CT, memang seronok dan bangga dapat gelaran itu, tetapi harus diingat bahawa ianya adalah AMANAH untuk menjaga reputasi dirinya yang sudah berjasa dalam dunia seni.

Jadi, isteri itu jika dianggap AMANAH daripada ALLAH kepada si lelaki, dia pasti tidak akan sewenang-wenangnya diperlakukan. Akan dituruti syarat-syarat penganugerahan itu sebab kalau tidak, anugerah itu boleh ditarik balik sepertimana pingat Datuk boleh ditarik balik oleh Sultan.

Aku tertarik untuk melanjutkan lagi isu AMANAH ini kepada para perempuan yang sedang hangat berCINTA. Idea ni pun terbit selepas aku terdengar kata-kata penceramah motivasi pagi MHI. CINTA sebenar ialah yang menuju perkahwinan. Jangan terpedaya dengan CINTA lelaki yang cuba nak ambil kesempatan (mungkin kita tak tahu).

Acapkali aku dengar pasal perempuan yang menyerahkan mahkota diri sebagai bukti CINTA kepada lelaki. Wahai kaum Hawa, jagalah diri anda (nasihat ini untuk adik aku juga). Memang dalam diri manusia ada rasa ingin berCINTA tetapi kekadang kita tersilap memahami erti CINTA sebenar.

CINTA ditafsirkan melalui apa yang kita lihat dan diperlihatkan. Betul tak? Kita biasa disajikan dengan filem-filem cinta tak kira filem Malaysia, Indonesia, Filipina, Sepanyol, dan negara-negara Barat lain. Apakah bukti cinta yang dipertontonkan? Ya, cium-ciuman, dakapan manja, berdua-duaan, berpelukan dan sebagainya.

Maka, apabila terbit rasa 'semacam' pada seseorang, kita suka kat dia, dia suka kat kita, rasa rindulah, rasa sayang sangat dan sebagainya, lalu kita pun benarkanlah adegan-adegan dalam tv itu dilakukan sebagai tanda CINTA.

Stop! If you are in that position, please turn back. Sebabnya adegan-adegan itu untuk yang dah berkahwin je. Kalau belum, itu bukan tandanya CINTA, tapi itu tandanya NAFSU. Memang kalau kahwin pun NAFSU, tetapi tak terlarang.

Bila mereka ini tak patah balik dan mula hanyut dengan dunia CINTA...oppss silap, dunia NAFSU, penyesalan sesudah itu tak berguna lagi. Terutamanya apabila si lelaki meninggalkan si perempuan. One thing you have to remember girls, if u trespass the limit, u'll be shot. Maksud aku, bila mahkota diri tergadai, siapalah lagi diri anda.

Mungkin ada yang jawab, bukannya orang tahu. Memang betul, tapi u yourself will be in a great pressure, terpaksa simpan rahsia betul-betul, diri tertekan rasa hina, dan sebagainya. Betul.. apa yang aku cakap ni berdasarkan luahan rasa orang-orang yang terlanjur (disiarkan dalam Nona TV3 awal bulan haritu).

Bagi jantan parasit tu, mereka tak kehilangan apa-apa. Pernah dengar ke orang tanya, "kau ni teruna lagi?" Nak bezakan teruna dengan tidak pun secara fizikalnya sangat susah. Tetapi kalau orang bertanya, "kau ni ada dara lagi ke?" Yup, the answer is there..

Ini mengingatkan aku pada soalan yang diajukan pada aku, "kalau Suhail ditakdirkan dapat perempuan yang bukan lagi anak dara, camana?"

Pertama sekali aku fikir, soalan ini sendiri dah ada jawapannya. Jadi, aku pun jawab, "namanya pun kan takdir, apa boleh buat.. redha saja dengan ketentuan DIA." Lalu dia pun jawab ,"Alhamdulillah, masih ada orang macam ni."

Aku terperanjat dengan kenyataan balas dia dan langsung bertanya, "Kenapa? Susah sangat ke nak dapatkan anak dara?" Dia menjawab dengan menganggukkan kepala. What??? This is a big problem.. Allah dah beritahu pada kita, "
Sesungguhnya orang-orang itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertakwa)." [Al-Insaan(76) :27]

Itulah pasal aku sangat concern dengan kaum Hawa ni agar korang jaga diri bebaik. Jangan terperdaya dengan istilah CINTA. Ada orang dengan mudah mengadakan blind date hasil chatting dalam internet (memang namanya blind date sebab dalam adat Melayu tak pernah wujud istilah pertemuan buta...eh, entahlah aku sendiri tak dapat nak terjemah perkataan tu dengan betul sebab memang Melayu tak pernah ajar perkara ni) yang mungkin berakhir dengan satu perbuatan CINTA yang terlarang.

Satu tips baik untuk ibu bapa aku dapatkan daripada MHI hari ini ialah andaikata kita perasan anak kita mula menyukai seseorang, jangan terus melarang, tetapi cuba lakukan ini. Tulis rasa CINTA kita kepada si anak dalam surat. Tak perlu bercakap depan-depan kerana kesannya berbeza. Apabila ianya tertulis, si anak akan selalu membacanya dan menyimpannya dengan baik. Bahkan si anak saat dia ingin berasyik dengan si lelaki mungkin akan teringat pada ibu bapanya. This is called as the love competition. Ibubapa perlu bersaing dengan pasangan yang ingin menawan hati si anak.

Dulu aku pernah buat camni, waktu tu aku rindu sangat kat semua anggota keluarga (maklumla baru masuk asrama). Setiap surat ditujukan secara individual kepada ahli keluarga yang mana semua mereka menyimpannya sehingga ke hari ini. Bahkan mereka menangis apabila mengetahui isi CINTA aku kepada mereka. Phewwiiitt... tapi bezanya aku tak bersaing dengan sesiapa pun.

P/S : Cuba dengar lirik lagu yang aku embed ni - cinta sebenar menuju perkahwinan hingga akhir hayat

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular