02 Jun 2009

Beijing Bumi Pejuang Bahasa

Aku kini berada di Beijing. Berkemungkinan pulang ke Guangzhou pada 4 Jun 2009. Persidangan Melayu Antarabangsa sedang berlangsung di Beijing Foreign Studies University.
[Sila ke laman http://malay.cri.cn/781/2009/03/09/24s96096.htm# untuk maklumat lanjut]

Terima kasih aku ucapkan kepada penyumbang budiman yang telah memberikan bantuan dana kepada aku untuk mengikuti persidangan ini. Maaf aku tak dapat kongsikan dengan terperinci tentang pengalaman ini disebabkan kesuntukan masa dan akses internet yang terhad buat masa ini.

Apa yang penting, aku rasa cukup seronok dapat bertemu bukan sahaja warga China yang fasih berbahasa Melayu, bahkan warga Korea, Rusia, Brunei, Singapura, Thailand dan Malaysia. Kami umpama saudara sedarah sedaging apabila Bahasa Melayu menjadi asas komunikasi.

Bersyukur dapat berkenalan dengan tokoh pejuang bahasa Melayu yang memelihara kamus pertama Melayu dalam bahasa Cina yang diperintahkan Laksamana Cheng Ho untuk dibaca dan dikuasai oleh anak-anak kapalnya ratusan tahun sebelum pelayaran bermula.

Kini aku bercadang bertemu dengan tokoh pejuang Bahasa Melayu yang merupakan generasi Laksamana Cheng Ho ke-70 yang diperkenalkan kepada aku kelmarin. Masih banyak informasi yang hendak digali.

6 ulasan:

Aqhar berkata...

salam..seronok membaca pengalaman En. Suhail di sana..tidak semua org terpilih untuk mengalami pengalaman yg sama..teruskan usaha..

nadmin berkata...

Salam Suhail..

bulatkan azam dan teguhkan tekad..
(p/s: aku tak tau nak tulis apa..itu aja yang terkeluar buat masa ni..)

Sahalfikri berkata...

Abu Aqhar: salam. pengalaman setiap org berbeza dan pastinya beri manfaat kpd yg lain.. encik pun sama!

Nadmin: hari2 yg mendatang mbuka lebih byk ruang untuk aku berkongsi 'rahmat' DIA kepada semua :)

ahmadsaad52@gmail.com.my berkata...

Salam anakanda Suhail,

Syukur Alhamdulilllah cita-cita Suhail utk menyertai persidangan itu telah dimakbulkan Allah. Terima kasih kpd hamba Allah yg menyumbang semoga ibadah beliau diterima Allah dan dimurahkan rezeki.

Lihat saja bangsa lain berusaha mempelajari Bahasa Melayu dan memartabatkannya diarena antarabangsa. Sebaliknya dalam negara sendiri usaha utk memiggirkan bahasa ini galak dilakukan.

Apakah org Melayu malu utk memartabatkan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara serta sekali gus menjadi bahasa ilmu.

Apakah Melayu tidak hilang didunia itu benar? Inilah senario yang berlaku sekarang. Pejuang bahasa melayu ditangkap. Penggiat cergas memartabatkan bahasa melayu dikirimkan peluru.

Lihat saja dalam mycard tidak lagi tercatat bangsa melayu. Melayu akan terus "melayu" dan terkubur akirnya.

Sahalfikri berkata...

Salam ayah,

Betul kata ayah. Para pensyarah di sini langsung tidak malu apabila mereka tak pandai berbahasa Mandarin.

Di Beijing, Bahasa Melayu seolah-olah lingua franca yg dahulunya mjadi bahasa perdagangan di Melaka.

Di pusat membeli belah, ramai peniaga bercakap Melayu untuk berjual beli. Kami dah rasakan pengalaman ini.

Begitu juga di masjid-masjid terpapar tulisan Melayu.

Di luar pengetahuan kita, rupa2nya terdapat beberapa perkampungan Cina di China yg masih menuturkan Bahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu (spt mkn menggunakan tangan, dan berkain pelekat)

Melayu hebat tapi Melayu sendiri tak sedar (beberapa Melayu, bukan semua)..

3p4h berkata...

Wah, kalo mcm 2 la gayanya, bole la bcakap Melayu d Beijing.. He5.. Erm xsangka pengaruh Bhasa Melayu masih kuat d sna.

Abg Suhail, nk p sna! Hua....

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular