Ramai orang bukan Islam tak tahu apa itu Islam. Pernah dengar tentang Islam tapi hanya tahu orang Islam tak makan babi. Berikut adalah beberapa situasi yang pernah aku hadapi.
SATU
"Jom kita makan di kedai Thailand, makan ayam atau kambing"
- aku jawab, "tak apalah, saya ada kerja nak kena balik dulu!"
Dalam keadaan begitu, aku rasa jawapan itu paling sesuai. Aku tak mahu hilangkan mood mereka. Dan aku akan cuba cari kesempatan yang ada untuk beri mereka faham. Dan alhamdulillah, baru-baru ini aku telah jumpa peluang itu. Cikgu cakap dalam kelas, kami orang Malaysia tak boleh makan babi tapi ayam dan kambing boleh. Aku pun menyampuk. Aku cakap tak juga. Cara ayam dan kambing dipotong (sembelih) berbeza. Kami sebut nama Tuhan apabila potong ayam dan kambing. Jadi, kalau tak sebut begitu, tak boleh makan.
Dia faham. Pelajar lain pun faham. Dan jelas muka mereka nampak khusyuk mendengar penerangan aku. Nampak benar-benar ingin tahu.
DUA
"Mengapa perempuan Malaysia pakai tudung? Tak panas?"
- aku jawab, " bukan perempuan Malaysia saja, tapi perempuan Muslim sedunia"
Aku terangkan menggunakan konsep 'exclusivity'. Aku cakap perempuan ini dipandang tinggi oleh Islam. Mereka adalah eksklusif. Tubuh badan mereka adalah eksklusif untuk suaminya saja. Langsung ditanya lagi, kenapa pula ada yang siap tutup mulut? Aku jawab itu lebih eksklusif. Kami pun ketawa. Tapi jawapan itu membuatkan mereka mengangguk faham. Aku cakap lagi, ia tak panas sebenarnya. Belum cuba, belum tahu.
Joselyn (dalam gambar) kami suruh cuba pakai tudung. Aku cakap, "Wah, awak lebih cantik bertudung.." Dia tersenyum suka.
TIGA
"Kenapa kamu kena solat Jumaat? Memang wajib kah? Kenapa perempuan tak kena pergi?"
- aku jawab, " sama je macam orang Kristian dan Yahudi..."
Kristian memilih Ahad sebagai hari ibadah khusus yang melibatkan perkumpulan ramai. Yahudi memilih Sabtu. Dan Islam memilih Jumaat. Jadi, apa masalahnya? Mereka pun mengangguk faham. Aku tambah lagi, di sinilah kami dapat berjumpa sesama orang Islam. Waktu ini jugalah imam dapat memberi peringatan kepada kami untuk tempoh seminggu. Perempuan tak pergi sebab kalau semua pergi siapa pula nak jaga anak? Nak masak makan tengahari? Oh, ya tak ya juga.. Islam aku katakan sangat menjaga hal ehwal manusia. Sebab itulah perempuan diberi keringanan untuk tidak menunaikan solat Jumaat bagi tujuan tadi.
Mak Joselyn sangat berminat. Aku cakap, nanti ada masa aku cuba ceritakan sejarah agama Yahudi, Kristian dan Islam yang datangnya dari sumber yang sama tapi akhirnya terpecah akibat tidak percaya kepada nabi terakhir. Hingga kini, masih belum ada kesempatan.
p/s: Ada banyak lagi situasi lain
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...
16 ulasan:
sy pun kurang faham mcm mana boleh terpecah.. kristian meby faham sket..tp yahudi..mmg kabur2..
mmg comel joselyn pky tudung ;-)
salam,
kat malaysia, org bukan islam pandai skit bab2 hal org islam.. maybe sebab mereke bergaul seharian dan berjiran dgn org islam? :D
pernah ditanya soalan oleh seorang non muslim-korang tak lapa ke bila puasa? aku jawab kat dia, kitorg niat dulu masa sahur. niat berpuasa yg buat rasa tak lapa.
aku konfiden dia tak paham penerangan aku. hahaha.
ainshahajar: Syed Ali (jurudakwah Bahrain) ceritakan kita umpama dlm satu kapal. Yahudi tinggalkan kapal sbb dia xcaya adanya Isa. Org lain pun teruskan pelayaran. Kristian pula tinggalkan kapal sbb dia xcaya adanya Muhammad. Akhirnya yg sampai ke destinasi hanyalah Islam.
Paan Lee: salam, siap dah ada org bkn islam mulakan bicara dgn quotation drp nas Quran. bertuahnya mereka berjiran dgn kita.
twayblade: jawapan tu menarik. tmbh ustaz Mad (China), bila berniat kita akan diberikan kekuatan oleh Allah untuk tidak merasa panas (apabila bertudung). Samalah dgn puasa. hanya muslim dapat rasa kelebihan tu..
kesian sama kamu yg susah hendak berblogging lagi.. :(
seb bek ko dapat menepis suma dengan mudah.hehe.
two thumbs up :D
ustat. saya ada soalan. kenapa orang islam kat malaysia gaduh2. kenapa org islam kat malaysia suka buat maksiat? kenapa org islam kat malaysia tak nampak mcm org islam?
kenapa kat malaysia kalo org bukan islaqm nk belajar tentang islam, habis ditentang?
salam abh suhail..ha'ah, syed ali ade cite jugak kisah tu...uish, penting ni utk kuasai ilmu comparative religion ni...hr tu pesta buku, sempat beli buku MOST QUESTIONS ASKED BY THE NON-MUSLIM..sempat gak dgr sorg mu'allaf dr saba' islamic media ni cerita psl kehebatan sheikh ahmad deedat, last2 sangkut gak..terus beli cd tu. pihak saba' islamic media ade offer utk ikut FCR,kuliah perbndingn agama yg dorg buat...insyaAllah nnt nk pi..
Wktu d matrik UIA dl ada satu silibus khas utk stdnt2 x-skolah agama. Kami diajar ttg sjrh n fahaman agama lain. Mmg sgt bgus sbb kita bole tahu nature ssuatu agama 2.
Tp sygnya sbjek tu (Religions in Malaysia) hnya diajar skali je. La ni pn kalo nk tahu lbih ttg agma lain, kne ikut cls2 mcm syiera ckp.
p/s: Buku MOST QUESTIONS ASKED BY THE NON-MUSLIM ada mcm2 versi. E.g; asked by Hindu, Christian etc
Paan Lee: takpela.. lebih mencabar kan! Hehe..
mamida: dulu pernah belajar karate kan.. hehe
kimi: aku tahu kau tahu jawapannya. ngee..
Syahera: bagus ikut kuliah Saba itu. Abg dah ikuti kuliah tu waktu matrik bersama kawan2.
Epah: baru2 ni kawan aku ke HongKong, katanya ada perbincangan antara agama untuk tahu agama mana lebih baik..aku belum tahu apa ceritanya. mmm...
Wah...kne tau apa jwpn drp perbincangan 2.. Erm... Nnt update ya =)
Suka suka suka semua jawapan ko. Simple dan penuh hikmah. Nak tiru nanti kalau ada orang tanya aku :D
AM: silakan.. tp kau kan lebih logik dalam byk hal, gunakan kelogikan kau tu. aku selalu cemburu pada cara kau berfikir.
owh, siti baru sempat baca entri abang. Yang ini siti betul2 merasai sekarang. sbb baru pindah dan dapat housemet dari thai. semua soalan di atas, dia dah tanya pd siti. Alhamdulillah, dapat siti jawab. Tapi berdebar jugaklah. Tak penah di tanya begitu. Haish.
siti: i know u can do it! caiyok!
Catat Ulasan