11 Jun 2009

Melayu yang mekar di China: Budaya Membaca (Entri 3)

Sudah lama aku tak dapat meneruskan budaya membaca seperti yang telah diterapkan sewaktu aktif dengan PKPIM-ABIM di Malaysia. Ini disebabkan sukar untuk dapatkan bahan bacaan berbahasa Melayu atau Inggeris di Guangzhou.

 

Tapi tidak di Beijing. Kerana itulah aku beli 5 buah buku (seperti dalam gambar). Walaupun buku-buku ini berkualiti rendah, isinya yang lebih penting. Harga RM7 bagi setiap buku yang dijual membuatkan aku 'murah hati'.

 

Setiap kali aku melintas terowong bawah tanah di depan BFSU, pasti aku singgah di longgokan buku murah ini. Hajat di hati ingin beli lagi, tapi aku bimbang tiada ruang untuk aku bawa balik ke Guangzhou.

 

Teringat kenangan sewaktu di Jakarta. Buku-buku murah dijual di tepi jalan dengan kualiti yang baik. Bila saja aku menatap banyaknya buku-buku seperti ini, aku selalu mengharapkan diri ini kaya agar lebih banyak buku dapat dibeli.

 

Kekayaan itu perlu bukan untuk itu saja, bahkan tempat untuk meletakkan buku juga perlu ada. Juga untuk mengangkut buku-buku dari satu tempat ke satu tempat.

 

Aahh, tak apalah, yang penting kita kaya ilmu, pengalaman dan budi. Jika kekayaan materi dibekalkan Tuhan, itu adalah bonus untuk mengkayakan lagi ilmu, pengalaman dan budi.

 

Datuk saudara aku disarankan untuk banyak membaca bagi elakkan nyanyuk. Benarlah kata doktor itu. Datukku itu dah tua tapi tak nyanyuk. Cuma masalahnya dia kini sangat bersemangat menentang kezaliman/ketidakadilan sehingga dia terlupa kudratnya lemah untuk turun berdemonstrasi menentang PPSMI.Hehe..

 

Jika ada sesiapa yang ingin menderma buku kepada aku, silakanlah. Aku dahagakan buku..

 

9 ulasan:

Unknown berkata...

Dua buku itu aku dah baca PERCUMA dalam BM! haha. Opis punya.

Sahalfikri berkata...

Anuar: Buku Obama dan satu lagi apa? Wah, kalaulah aku juga dapat PERCUMA..mmmm...

sham berkata...

Aku dahagakan buku juga..

nadmin berkata...

men are from mars itu aku dah baca..ko akan lebih memahami wanita selepas membacanya..

sekarang ni aku lebih banyak membaca tentang kehamilan..dan penjagaan bayi..ko boleh pinjam bila balik ke Malaysia nanti..

Unknown berkata...

Suhail,
Satu lagi, Sophies World. Aku ada buku itu dalam tiga bahasa, termasuk bahasa Indonesia. Baca percuma, tapi tidaklah dapat percuma. huhu

Sahalfikri berkata...

Sham: mungkin musim kemarau kot..tu yg dahaga :)

Rantong: ish, nak iklan la plak!

Nadmin: tapi kan aku rasa macam aku berasal dari Mars cuma selalu gak ke Venus.. taklah seteruk contoh2 dlm buku tu. ngeee..

Anuar: Oh, hanya baca PERCUMA.. tak dapat jadikan koleksi la tu. Tapi rak kat rumah kau tu pun dah penuh..hehe

ila nursalida berkata...

gile murah kalau buku2 tu rege rm7...kalau kat sini buku2 camtu mau berpuluh2 hargenye..berpeluh2 lah nak beli

Marliza Radzi berkata...

men are from mars tu takyah percaya sangat. generalization lebih. hehehe.

wow. sophie's world. buku yang sukar. let me know if you like it. aku tak pernah bring myself to read it sebab kesukarannya.

Sahalfikri berkata...

ila: jangan jeles..hehe

AM: dr dulu lg aku mmg kenal ko ni anti-generalization.. maka, aku akan sokong kenyataan ko.. mmg baca dlm tu, rasa keterukan orang Mars dan Venus.

belum mula menjelajah sophie's world..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular