header-photo

Melayu yang mekar di China: Bahasa dan Budaya (Entri 4)

Inilah Cina Melayu. Kalaulah boleh dikatakan begitu. Bukan apa, mereka ini belajar Bahasa Melayu di Beijing. Berbangsa Cina totok namun berbicara Melayu dan berbudaya Melayu.

 

Memang benar bahasa pasti secara sedar atau tidak membawa budayanya sekali ke dalam jiwa penuturnya. Masakan berani aku cakap begitu kalau aku tak pernah melihatnya.

 

Bukan kali ini saja. Sebelum-sebelum ini aku juga punya ramai teman yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa percakapan harian di rumah. Kali ini apabila aku bertemu dengan Cina Melayu, ia mengukuhkan hipotesis aku.

 

"..tidak salah untuk kuasai Bahasa Inggeris tapi jangan sampai menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan di rumah," kata Prof Wu Zong Yu dalam membentangkan kertas kerjanya bertajuk Kedegilan Dalam Memperjuangkan Bahasa Melayu.

 

Orang Cina dikenali sebagai orang yang kasar. Kelembutannya dalam berbicara atau bertindak tak setinggi nilainya Melayu. Contoh :

 

(1) Anda dicampakkan duit baki bersama tiket yang dibeli oleh jurujual

Reaksi Melayu : Kurang ajar betul dia ni!

- ini tidak salah bagi orang Cina

 

(2) Bercakap dengan kuat dan terjerit-jerit

Reaksi Melayu : Ish, cakap macam lah orang tu jauh sangat.. Bingit telinga aku!

- ini normal bagi orang Cina

 

(3) Bertanya kepada kita tanpa senyum atau nada keras

Reaksi Melayu : Sombongnya dia..

- ini takkan mengguris hati orang Cina

 

Maka, apabila aku bertemu dengan Cina Melayu, aku jadi terpegun melihat mereka jadi Melayu. Cakapnya sopan. Bertindak juga sopan. Siap ada malu-malu kucing lagi. Hehehe.

 

Kata mereka, Bahasa Melayu dan budayanya sangat indah. Mereka sangat suka pelajarinya. Jadi, tidak hairanlah Prof Wu sangat gigih perjuangkan Bahasa Melayu sedangkan dia tiada kaitan langsung dengan darah atau keris Melayu (kenapa keris? Ngee..) Bahkan bumi Malaysia tak pernah dipijaknya.

 

Kita orang Melayu, darah Melayu, keris Melayu, dilahirkan di Tanah Melayu/Malaysia.. zenmeyang (bagaimana)?

 

9 ulasan:

ahmad berkata...

Salam anakanda Suhail

Ketika melawat Muzium Mahsuri hari rabu lepas ayah terbaca satu banner pada sebuah rumah yg mempmerkan diorama Mahsuri tertulis

Tonggak Melayu:

KESETIAAN DAN KEPERWIRAAN
Tiada erti saban tahun merdeka dilaung bahasa budaya malu disanjung

sebelum itu ayah menonton tayangan video kisah Mahsuri dalam bahasa Mandarin, kebetulan pelawat terdiri dari pelajar bangsa China. Jadi disini tiada ada jati melayu yang dipamerkan itu. Kenapa mesti dalam bahasa lain tidak bahasa Melayu.Untuk bahasa lain adakan sarikatanya.

Nampaknya di China dan orang China sendiri mempraktikkannya bahasa dan budaya.

Sahalfikri berkata...

Ayah: Pernah sekali melawat Hong Kong. Ada pertunjukan bunyi dan laser. Pertunjukan tu disediakan penerangan dalam Bahasa Kantonis. Walaupun mereka tahu ramai pelancong asing hadir, mereka tetap gunakan bahasa mereka tanpa terjemahan. Lagi dahsyat kan? Begitulah cara mengekalkan jatidiri mereka.

neem berkata...

salam

teringin nak g sana sekali. Pernah tgk dalam Jejak Rasul bagaimana mereka belajar BM.

Sahalfikri berkata...

neem: salam kembali. marilah ke sini belajar Mandarin pulak.. :)

ainShahajar berkata...

oo...bile bace ni baru tahu..sopan gak bangsa melayu kite ek..

sume kasar mcm tu ke kat sane,arab pun kasar kn

Sahalfikri berkata...

ainShahajar: majoriti mereka kasar tapi tak dinafikan ada yang lemah lembut dan bersopan.. hebatnya melayu, mereka yang tulus Melayu majoritinya lemah lembut tapi tak dinafikan ada yang kasar.

Melayu sangat sinonim dengan Islam.. lihatlah pada Nabi, baginda sangat lemah lembut.. itulah idola Melayu.

Arab rata-rata kasar tapi Islam jadikan mereka lemah lembut. Jika kita benar-benar Melayu, kita juga begitu..

Rin berkata...

suhail, blog ini dpt award..sudi2la terima..

aku skrg di arennaz.blogspot.com

Sahalfikri berkata...

Rin: tq 4 d award.. ko n AM bagi award yg sama tp masalahnya aku takleh nak edit layout. jadi, award korang akan dimasukkan lambaaaaat lagi. anyway, tq..

keRAna AKu SAP berkata...

salam
sya saparina..adik2 pertukaran pelajar UM-BFSU =)
bla bc entry sal org cina, dan berhemah dan sopan nyer org melayu...
mmg x dinafikan org melayu mmg kaya ngan adat dengan sopan santuh serta keramahan di mana pon orang melayu berada....saya bangga ngan identiti melayu

NOTE: teringat bertengkar menawar harga di SILK STREET

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...