header-photo

Andai aku mati esok

Malam ini aku tergerak mengunjungi blog orang. Dalam pengembaraan blog, aku terjumpa blog Muhammad 'Ammar Zulkifli. Kenal siapa dia? Aku juga tak kenal pada mulanya. Tapi setelah aku membaca entrinya, rupa-rupanya dia ialah mangsa kemalangan yang dilaporkan Berita Harian pada 14 Jun 2009.

Setelah membaca mengenainya, aku rasa terharu dengan siapa dirinya. Dalam blog saudaranya (mizjana) ini, kisah mengenainya dipaparkan. Aku cemburu dengan semangat dakwah yang sebati dalam dirinya. Hari-hari yang dilaluinya menjadikan setiap saat itu demi DIA yang Maha Esa.

Tahniah diucapkan kepada keluarganya yang telah dianugerahkan seorang anak yang jiwa mudanya telah sedar akan tanggungjawabnya sedang ramai seusianya masih berseronok menikmati zaman muda. Pemergiannya dalam keadaan jiwa yang subur dengan ruh Islam sangat membuatkan aku rasa kerdil.

Aku tak tahu entah esok aku mati. Atau lusa. Atau tulat. Atau bila? Sengaja Allah rahsiakan supaya DIA dapat tahu siapakah antara hamba-hambaNYA yang benar-benar bertaqwa kepadaNYA.

Ya Allah, hidup aku belum cukup untuk aku kemukakan kepadaMU akan bukti-bukti usahaku menyebarkan rahmatMU..

Ya Allah, aku masih bersenang lenang dalam melayani kehendak nafsuku..

Ya Allah, jadikanlah aku pejuang agamaMU..

Ya Allah, aku ingin matinya aku penuh dengan kepuasan melunaskan tanggungjawab yang KAU amanahkan..


Kepada semua yang mengenaliku, ampunilah dosa-dosaku yang lalu. Aku cemburu kepada Ammar yang kata dan tindakannya terasa manis oleh orang sekelilingnya. Moga aku diberi kekuatan untuk mencontohi mujahid Ammar.

6 ulasan:

ainShahajar berkata...

lepas 5 hari..umi dia menulis..

baiknya amar...

tanda akhir zaman kan...yg baik2 di panggil lbh awal

Syahirah Jamel berkata...

salam ziarah abg suhail...

syira pun memang tgh memikirkan halzzzyg sama dengan apa yg abg fikir..

bacalah entri terbaru...baru kehilangan sahabat baik di sekolah dulu.....

Syahirah Jamel berkata...

alamak silap eja.."hal" bukan "halzz:"

arin berkata...

klu aku meninggal entri akan terhenti stakat aku hidup jer la kot.. xde sapa pegang password..hmm..

Sahalfikri berkata...

ainShahajar: mujur ibunya tahu username dan password. boleh ibunya teruskan blognya..

SyahirahJamel: abg dah bc..sabar ya, syira kebelakangan diuji dengan pemergian seorang demi seorang insan rapat.

Arin: samalah dgn aku..jadi aku rasa nanti nak beritahu username dan password kpd seseorg kot.

Sahalfikri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...