20 Jun 2009

What you give you get back

Sejak sekolah menengah dulu, aku selalu cakap sendiri. Hah, mesti korang ingat aku schizophrenia kan? Hahaha. Bukan. Aku suka toleh belakang kepada peristiwa yang melanda diri.

 

Bila aku perhatikan betul-betul dan kaitkan dengan apa yang aku tempuhi selepasnya, aku dapat rasakan sesuatu. Mungkin ramai juga orang yang dapat rasa begini.

 

Aku dapat rasakan hidup ini dalam aturan yang tetap. Allah dah siapkan jadi begini dan begitu. Untuk apa jadi begini, kita mungkin tak tahu waktu tu. Tapi selepas lama kemudian baru kita tahu sebabnya.

 

Baru-baru ini aku sangat marah dengan seorang individu. Dia membuatkan aku hilang percaya pada dia. Dia bukan calang-calang tokoh. Ya, mungkin ini kesilapan pertama dia terhadap aku, tapi kesilapan ini adalah diSENGAJAkan.

 

Tambahan pula, dia tidak merasa bersalah atas kesilapan dia. Bahkan dia mengambil enteng hal yang diamanahkan dengan JELAS menyatakan keMALASan dia mengambil kisah hal aku.

 

Aku maafkan dia tapi aku jadi hilang percaya kepada dia. Dan hari ini, aku rasa teringin menonton Wanita Hari Ini (WHI). Aku pun bermonolog saat menontonnya. Kan aku dah kata, ini aturan yang dirancang Allah.

 

“Nilaian (setelah mengenali seseorang) tu kalau tak kena dengan apa yang kita nilai, maka itu akan menimbulkan keraguan dan … menghilangkan kepercayaan”

 

Benar kata Ustaz Jazlan dalam segmen WHI bertajuk Hilang Kepercayaan. Penilaian awal aku terhadapnya memang sangat baik, namun akhirnya ia semakin pudar akibat aku semakin kenal dirinya.

 

Memang betul ustaz kata, untuk dapat kepercayaan, hendaklah beri kepercayaan. Ini adalah amanah. Memang aku sudah beri kepercayaan kepada dia sejak awal dulu. Tapi rupa-rupanya dalam diam, dia pernah beritahu yang dia tak percayakan sesiapa pun. Termasuklah aku.

 

“Jaga-jaga dengan Suhail tu. Dia dihantar..”

 

Maka, apakah wajar aku tak percayakan dia hari ini? Apa patut aku lakukan? Aku tak berdendam pun dengan dia, cuma apa yang berlaku membuatkan aku perlu lebih berhati-hati dengan dia.

 

What you give you get back. Kumpulan SCORPION yang kafir itu pun mengakui konsep erti hidup pada memberi (pinjam tagline Ustaz Hasrizal..hehe). Nak cinta, berikan cinta. Nak kepercayaan, berikan kepercayaan.

 

Atas nama Allah Yang Maha Agung lagi Berkuasa atas Makhluknya, aku tegaskan di sini aku hanya dididik oleh ABIM/GPTD untuk berkhidmat demi Allah semata-mata. Tak terlintas untuk menjadi popular. Apatah lagi untuk bertanding dalam arena politik. Atau sebagainya lah..

 

Jika Allah beri yang lain-lain itu, ia adalah bonus. Inilah pesan yang selalu sahaja diingatkan selama lebih 5 tahun aku berkecimpung dalam arena dakwah. Pantang usrah, pasti perkara niat dan ikhlas menjadi pemula bicara.

 

Tujuan aku berkongsi kisah ini sekadar memberi peringatan kepada kita semua bahawa setiap yang berlaku di sekeliling kita adalah dalam aturanNYA untuk mendidik kita menjadi lebih ikhlas dalam hidup. Marilah kita cari ilmu ikhlas. Aku tahu bukan mudah.

 

Moga Allah tetapkan niat aku dan lorongkan aku ke jalan yang diredhaiNYA.. Ameen.

 

 

 

 

4 ulasan:

ahmad berkata...

Salam anakanda Suhail,

Soal amanah teringat ayah pada kata-kata seorang ustaz juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah KBI suatu masa dulu. Bunyinya begini ' Soal amanah kita tidak boleh pandang pada lahirnya sama ada orangnya berkupiah, berserban besar, berjubah, berjanggut panjang dsbnya. Tetapi kita akan tahu apabila kita memberinya amanah meyimpan wang atau apa saja. Jika ini ia sudah laksanakan amanah itu maka bolehlah kita percaya'

Jadi itulah menjadi kayu ukur sebelum kita patut memberinya amanah.

Sahalfikri berkata...

ayah: oh, mudah juga nak uji orang itu amanah atau tidak ya. memang betullah cakap ustaz tu. duit selalu mengaburi mata pemegangnya..

Marliza Radzi berkata...

sabar eh. dia dengki tu.

*remehnya komen aku berbanding nasihat berguna dari ayah ko :P

Sahalfikri berkata...

AM: aku pun tak tahu apa motifnya..mmm

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular