17 April 2009

Menjadi Pemandu Pelancong - II


Sebelum ke Hong Kong, aku berbual sebentar dengan saudara Muslim ini.Dari sebelah kanan aku, Yahya, Hussin dan Idris. Menatap wajah mereka pun sudah terasa nur indahnya. Inilah beza Cina Muslim dan bukan Muslim yang selalu aku ceritakan sebelum ini.

Hussin, 57, berasal dari wilayah Gansu. Dia fasih berbahasa Arab. Walaupun dia hanya rakyat biasa, kehadirannya ke masjid di tanahairnya secara kerap membuatkan dia boleh bercakap Arab.

Mereka semua adalah peniaga ubat-ubatan tradisional Cina. Kedainya di bawah Muslim Hotel SZ. Mudah saja untuk berbual, berikan salam sebagai permulaan. Inilah hakikat persaudaraan kuat Muslim sejagat. Kemudian berkenalanlah..


Dimaklumkan kepada aku, sewaktu zaman 60-an dan 70-an umat Islam ramai dibunuh. Bahkan dijadikan hidangan makanan orang yang menzalimi mereka. Ini menyebabkan bilangan umat Islam berkurangan dan pengamal agama Islam menjadi semakin takut.

Namun, kini generasi muda yang memimpin sudah mula bertoleransi sekalipun tidak beragama. Agama bukan lagi dianggap sebagai ancaman. Dan ia adalah hak peribadi masing-masing. Akhirnya dapatlah didirikan masjid di beberapa tempat seperti di SZ.


Oklah kita teruskan perjalanan ke HK. Perkara pertama yang menarik perhatian aku ialah papan tanda ini 'DILARANG MELUDAH'. Mungkin ia perlu kerana memberi amaran kepada orang China yang sudah terbiasa mengamalkan aktiviti meludah di merata tempat. Ya, termasuklah dalam MTR (macam LRT). Siap ada yang bermain-main pula dengan air liur/kahak yang diludahkan dengan kaki. Eeiiyaakk!


Tengok ni, lantainya berkilat. Satu pemandangan yang sukar didapati di Guangzhou. Secebis kertas pun tiada. Bau hancing mustahil ada. Terasa tenang dan nyaman berada dalam negara ini.

Orang bercakap dalam telefon pun tidak terjerit-jerit. Di sini jugalah ramai yang berselisih dengan aku, harum saja bau. Mungkin inilah bezanya negara Komanwel bekas jajahan British. Kesedaran sivik agak tinggi.


Apakah kalian nampak apa yang aku nampak? Inilah bangunan tersergam indah di tengah-tengah kotaraya yang membuatkan aku terpegun. Aku seolah-olah berada di negara Islam. Kawasan sekitarnya pun penuh dengan warga Pakistan, India, Arab dan Indonesia yang majoritinya beragama Islam.


Masjid Jamie'dan Pusat Islam, Kowloon, HK. Kami tiba pada waktu Zohor. Azan pun berkumandang. Masjid yang terletak berdepan dengan hentian bas menarik perhatian bukan Muslim yang melewatinya. Masyarakat Muslim masing-masing bergegas ke masjid.


Tempat wudhu'nya sistematik dan selesa. Begitu juga ruang tandasnya. Selipar disediakan pun tersusun rapi. Solat berjemaah berimamkan warga Pakistan.Aku kira-kira secara kasar, adalah lebih kurang 300 ahli jemaah turut serta menunaikan solat Zohor. Nikmat yang tiada taranya.

Kami pun duduk seketika. Terasa rindu pada suasana begini. Rasa ingin lebih lama di sini. Dari jauh kelihatan karkun tabligh sedang mengadakan majlis fikir dalam bahasa Urdu. Seronok hati aku melihat kebebasan yang diamalkan di HK.

Aku harus pergi sekarang, para tetamu dah menunggu di luar. Sedang aku menuruni tangga, ternampak madrasah di lantai dua. Aku menjenguk ke dalam. Hati semakin tertarik dengan keadaan ini. Hampir 30 anak murid sedang khusyuk mendengar penerangan bab solat oleh ustaz mereka. Mereka juga mengikuti kelas hafaz Quran.


Tetamu pun ada tujuan lain. Kami teruskan perjalanan ke pulau pula. Tadi, kami di tanah besar HK. Di pulau inilah terdapat banyak tempat tarikan pelancong.Macam Pulau Pinang, kami menaiki feri untuk ke pulau.Bangunan pencakar langit lagi moden dan canggih.


Destinasi pertama ialah 'The Peak'. Puncak di mana kita dapat melihat seluruh HK. Untuk ke sana, kami menaiki bas dua tingkat yang tak berbumbung ini. Nyaman terasa ditiup angin sambil menunggu diri dibawa ke keretapi 'tram' untuk ke puncak.


Dalam perjalanan, kami terserempak dengan beberapa kelompok warga asing duduk bersidai di tepian jalan. Fenomena sama boleh dilihat di Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu. Ada yang membawa bekal untuk berkelah di hutan batu ini. Mungkin inilah caranya untuk berjumpa saudara senegara.


Inilah 'tram' yang dinaiki untuk sampai ke puncak. Maaf tiada gambar kami dalam 'tram' sebab kami tak berpeluang menaikinya. Terlalu ramai yang menunggu giliran, jadi kami ambil keputusan untuk naik teksi.


Setibanya di atas, kami tak dapat naik hingga ke bumbung bangunan tertinggi yang mengenakan bayaran lebih untuk melihat keadaan HK dari atas. Para tetamu sudah berpuas hati dengan pemandangan di tingkat dasar saja. Hari yang agak berkabus tidak memperlihatkan semua bangunan di HK.



Di dalam bangunan tempat melihat pemandangan tu, tiba-tiba aku terlihat kelibat Barrack Obama. Wah, ramainya orang nak bergambar dengan dia. Kenapa dia ada di sini? Oh, dia tak bergerak pun? Oh, dia patung lilin.. hehe.


Di sini pengangkutan awamnya cukup efektif. Tak cukup dengan bas dua tingkat, ada juga bas eletkrik menggunakan rel di tengah-tengah jalan (namanya aku tak pasti). Kami turun di stesen ini untuk menaiki MTR yang melintasi laut untuk kembali ke tanah besar HK.


Kami seterusnya ke Mongkok. Di sini terdapat pasar malam sepanjang 2 km yang menjual pelbagai barangan murah (boleh tawar). Keadaannya sama seperti Chow Kit dan Petaling Street. Kaum Hawa kan suka begini.. silakan!


Sesudah itu, kami bergegas ke tepi tanah besar untuk menghadap ke bangunan-bangunan pencakar langit di seberang pulau sana. Tepat jam 8 malam, pertunjukan cahaya dan bunyi dipersembahkan. Lampu pelbagai warna terpancar dari bangunan-bangunan tersebut mengikut rentak lagu yang dimainkan selama 15 minit.

Begitulah perjalanan yang menarik walau memenatkan. Sebagai pemandu pelancong, aku hanya mengikut apa yang diingini pelancong. Tapi jika diberi peluang untuk sendiri, aku mungkin ingin ke sana dan menghabiskan lebih banyak masa di masjid dan pusat Islam tersebut. Hatiku tenang berada di situ. Sangat tenang.

Teringin sangat buat program usahasama ABIM, Malaysia - Masjid Kowloon, HK.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum anakanda Suhail,

Sempat juga jadi pemandu pelancong, seronok tu dapat lihat tempat orang. Lebih-lebih lagi boleh memantau gerak kerja umat Islam disana.

Negara yg pernah dijajah sudah pasti berbeza dengan negara yg tak pernah, contoh Thai dengan Malaysia. Dalam banyak aspek sangat berbeza.

Jd berbahasa Chinalah tu. Insya Allah semoga bertambah mantap. Dinegara kita jika seseorang itu boleh berbahasa China terutama kalau beli sesuatu di kedai China tentu dapat harga istimewa dan layanan lebih baik.

Mengasai banyak bahasa itu suatu kekayaan yg bayak faedahnya. Selamat belajar dan berjaya dengan cemerlang.

Wassalam.

Ticer Syah berkata...

betul tu encik mad..hehe.. macam jiran sebelah den yang terer berbahasa lain.. upahnye berbeza.. beza dalam lima plo hengget.. wahh.. lengkali nak beli barang kat kedai cina leh ajak ko la soguy.. uikuikuikui

INSPIRASIHANA berkata...

jauh perjalanan luas pengalaman. caiyok!!

Sahalfikri berkata...

ayah: wsalam..betul apa yang ayah cakap. pendek kata, umat Islam di HK lebih baik pemahamannya tentang Islam berbanding di China kerana demokrasi yang diamalkan negara.

mamida: dia wat biz apa jiran kau tu? siap ada beza harga.. alaa, dgn cina malaysia pakai adam dah cukup..haha.

inspirasihana: eh, nabil nampak semakin berisi la..hehe

Paan Lee berkata...

Salam sahalfikri,

nampaknye perjalanan makin best... :P

Sahalfikri berkata...

PaanLee: maka, semakin sibuklah..

Paan Lee berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular