Minggu lepas aku diminta oleh Ustaz Mad untuk mengikutnya ke Hong Kong. Dia mahu mendedahkan aku dengan keadaan Hong Kong yang jelas berbeza. Bersama kami, beberapa anak muridnya yang mengikuti kuliah agamanya di Masjid Taman Tun Abdul Razak, KL.
Sebagai seorang pelajar Bahasa Mandarin, kedatangan aku juga bertujuan membantu komunikasi para tetamu dengan warga China. Alhamdulillah, aku sudah boleh bercakap sikit-sikit. Inilah juga medan latihan untuk aku.
Sebelum ke HK, kami ke Shenzhen (SZ) dahulu dengan menaiki keretapi laju (200 km/j). Jarak dari Guangzhou (GZ) ke SZ sejauh 135 km. Dengan menaiki keretapi ini, perjalanan hanya mengambil masa sejam berbanding 2 1/2 jam jika menaiki kereta.
Dalam peta ini, GZ terletak pada tag A, SZ pada tag 1 dan HK pada tag C. SZ masih berada dalam China. Sehari kami habiskan masa di sini. Sebagai 'pemandu pelancong' baru, aku diminta membawa para tetamu ustaz ke Windows Of The World (WOW).
WOW adalah tempat pelancongan terkenal di SZ. Ia mempamerkan beberapa miniatur keajaiban dunia dan kehebatan senibina bangunan seluruh dunia. Malangnya KLCC tiada (barangkali WOW ini sudah lama dibina sebelum KLCC).
Seterusnya kami pulang untuk menikmati masakan Muslim. Tak susah juga mencari restoran Muslim di sini. Di depan restoran pun tertera 'Makanan Malaysia'. Chefnya, Mansor, berketurunan Pakistan tapi boleh bercakap Melayu kerana pernah mendiami Singapura lebih 10 tahun.
Esoknya kami akan ke HK. Jadi, para tetamu mahu menjenguk pusat membeli belah yang terkenal di sempadan ini. Tugas komunikasi aku pun bermula. Waktu inilah yang aku suka sebab dapat bercakap dan bergurau dengan orang Cina.
"Ni shi wo de pengyou" (Kamu ni kawan saya)
"Eh.. shenme shihou wo shi ni de pengyou?" (Bila pula saya jadi kawan kamu?)
"Xianzai!"
Haha. Masing-masing ketawa. Peniaga ini pada mulanya bercakap Inggeris tapi apabila ditanya dalam bahasa Inggeris, dia tak faham. Jadi, aku pun bercakap Mandarin. Dia terkejut dan puji konon aku bercakap dengan bagus (sedangkan aku masih gagap). Ceh!
Aku cakap harga yang dia letak mahal, nak murah lagi. Dia cakap oklah tu. Aku cakap tak. Sebab itulah dia tiba-tiba dakwa aku jadi kawan dia. Memang ini teknik memujuk mereka. Dan aku belajar pula teknik balas memujuk dengan cara ini:
"Ni piao liang aa.."
Dia pun tersenyum dan membalasnya dengan kata ,"Ni ye piao liang." Hahaha. Kami ketawa lagi. Dan bla bla bla (nak cerita semua karang panjang sangat).Pendek kata, akhirnya dapat juga murah.
Selepas penat membeli belah, kami pun pulang ke hotel. Satu-satunya hotel di SZ yang menyediakan masjid di tingkat paling atas. Setiap Jumaat diadakan solat Jumaat. Imamnya pun fasih berbahasa Arab. Bukan kecil ruangnya, besar juga.
Keesokannya kami ke HK. Wah, tak sabar rasanya nak ceritakan keseronokan ke HK. Suasananya sangat berbeza jika dibandingkan dengan GZ dan SZ. Sebaik saja kaki melangkah ke bumi HK, terasa tenang sekali.
Suasana damai yang mengasyikkan. Sebuah bangunan tersergam indah di tengah-tengah bandar telah memukau pandangan mata dan hati aku. Maka, bertambahlah sehari lagi aku bersama para tetamu berjalan-jalan sambil berbincang soal agama, dakwah dan politik Malaysia.
"Mmm.. harap-harap aku terlanggar bahu Jackie Chan nanti.. " Hehe.
18 ulasan:
bestnye jalan2! bagusla kalau dpt ebrtembung jackie chan, kim salam lah kat die. :P
Paan Lee: bertambah best apabila berjalan dengan misi demi agama.. syoknye HK..
Subhanallah... Seronok tul abg Suhail smpai ke sana. Da wish hari lahir ayah n wedding anniversary ibu ayah? 14/04/09! Hehhee...
p/s: Cpt tul abg suhail fasih bhs Cina
ei..ei..syoknyer Suhail dpt gak Hong Kong. Kim salam kat Stephen Chow & Leon Lai Ming..Gigi Cheung ok gak...huhuhuh
Opps..lupa bg nama lak Kak Lin tau..
epah: tak dpt wish la..online call xde free dan credit phone abes. terpaksa wish melalui blog je..
p/s: ala.. bukannya fasih lagi la. sikit-sikit je.
kak lin: lain kali kaklin ambil kotak 'Name/URL' baru leh tulis nama dan alamat blog.. automatik dpt sy kenal siapakah gerangan puteri raja ini..hahaha.
harap2 kau dapat jumpa jackie chan..hehe..
aku kat london ni pernah terserempak dgn heroin film harry potter...hehe..
Salam anakanda Suhail,
Baguslah dah belajar tu dipraktiskan supaya mudah fasih dan ingat untuk selamanya. Kaedah lihat, dengar, sebut ulang-ulang sangat berkesan.
Teruskan semoga bertambah fasih dan tahniah pencapaian peperiksaan yang cukup meransangkan. kata pepatah arab 'man jadda wa jadda'
terima kasih atas ucapan tersebut. Ayah baru tiba dari melaka pagi ini.
waaa..besnye HK.. dasat2.. ko tak pi ke disneyworld dia.. ehh.. HK ada disney ka? wakakakkaka
dok sana mmg akan lagi cepat kita cakap bahasa sana.. maklumle, pada time ni, kita kena cekap bercakap for sake of survival.. ehehe
kalau stakat guna linguaphone tapi takde reason nak use the language tak guna gak (aku la ni.. beriya2 beli linguaphone..) wakakakaka waste my money jaaa
weh. jaket moto pompuan ada kaaa... baper hengget.. ko YM sama aku la. hehehe
wah sonoknye.. tapi pe makna "Xianzai!" dan "Ni piao liang aa.." yang korang gelak same2 tu..sgt2 nk tahu ni:-) hehe
wasunni: cerita ni dah ada penghujungnya tapi belum sambung.. nantikan aku dpt jumpa jackie chan ke tak? hehe..
ayah: syukur dapat kenal ustaz tu sebab dengan cara ini lebih mudah dan cepat dapat bercakap dengan fasih.
mamacute: cek tak bawa org muda la.. depa bukan nak p disneyland. cek pun tak beriya pun teringin nak ke sana. dpt lepak dlm 'bangunan' tu pun dah cukup.
Eh, jaket hang apa saiz? Cek cadangkan kumpul duit la jejalan n shopping sini. Ngee..
Ibriz: Xianzai = sekarang.. Ni piao liang tu..mm, tak mau cakap la. tanya adam (anak mamida)..hehe.
cepat2 sambung citer kau kat hong kong..hehe..
aku dah kurus.. saiz M sudah.. kekekek.. :p
pastikan santek dan elegen.. kuikuikui
wasunni: dah sambung pun..
mamida: aiyaa.. manyak susah lo. hang ni demand tinggi aaa..
wah suhail dah pandai cakap Mandarin!
AM: Wei shen me. Wo keyi shuo yi dian dian aa.. hehe
apa nama hotel yg ada masjid tu? mcm mana kalau nak pi jln kat shenzen tu. berminat nie tp ingat nak dpt info lbh lanjut.
salam...sy bercadang nk kw ghougzou thn depan..tiket dh beli...cuma skrg ni nk dptkan khidmat pemandu pelancong yg boleh guide kami sepanjang kami di sana...ada contact tak? kalo ada boleh sms sy, cikgu amer 019-45486006...tq
Catat Ulasan