08 April 2009

Budaya pemakanan orang Arab



'Xianzai xiuxi'

(Sekarang rehat)


Setiap kali kelas, pasti ada rehat 10 minit. Waktu inilah aku ambil kesempatan ambil gambar. Memang di situlah tempat duduk aku dalam kelas. Tapi bukan sebelah perempuan Equador tu tau. Dengan seorang lelaki lain yang keluar ke tandas.(Tangan sedang melambai laoshi untuk tengok kamera)


Pada waktu inilah, kesempatan bercakap sesama kami dalam bahasa Mandarin digunakan. Tadi kami sedang berbincang untuk aktiviti makan-makan bersama laoshi di Beijing Lu (Jalan Beijing). Makan di kedai mamak Penang.


Beginilah keadaan selepas kelas. Semua pelajar akan berkumpul di tengah-tengah kawasan yang diapit dua bangunan pejabat dan kelas. Masing-masing menunggu kawan untuk makan tengahari bersama. Aku dan rakan-rakan Melayu dijemput Tahaa untuk menikmati masakan ayahnya...




Tahaa berasal dari Tunisia. Dia sangat peramah dan selamba. Sementara ayahnya berada di sini, dia mengajak kami makan tengahari bersama di apartment yang disewanya. Memandangkan aku boleh bercakap Arab (sikit-sikit lah), aku dilayan cukup istimewa.

Oh, rupa-rupanya ada dua lagi kawan lain yang dijemputnya. Seorang namanya Essam (dalam KP dia, nama: Muktasim Billah) berasal dari UAE. Dan seorang lagi bernama 'Irad yang berasal dari Arab Saudi. Seronok rasanya dapat bercakap bahasa syurga.

Sekarang aku tunjukkan apa yang kami makan. Baru semalam aku beritahu kawan aku, Abu, yang cara pemakanan orang Arab ini semacam. Hah, tengoklah.

Mula-mula kami dijamu dengan spagetti fruit de mer. Sebagai tetamu, kami dijamu sepinggan sedangkan mereka berkongsi sepinggan dua orang. Tahaa berkongsi dengan 'Irad. Ayahnya berkongsi dengan Essam.



"Eh, ada lagi ke?"
Terperanjat kawan aku, Arshad. Apa tidaknya, meja yang dah dikemas rupa-rupanya untuk menu kedua. Arshad geleng kepala sambil tersenyum.


"This is the main meal we used to eat everyday. We eat hubzu.. bread. Like chinese, they eat rice everyday and we eat bread everyday.."
Essam menerangkan rutin pemakanan Arab kepada Arshad dan Abu yang cuba mencari ruang-ruang kosong dalam perut mereka.

"What is the name of this food?"
"Ojaa fruit de mer.."
Sedapnya. Adakala aku juga hairan dengan diriku yang tiba-tiba boleh makan banyak. Hehe. Sepatutnya seorang makan sebuku (sesuai ke penjodoh bilangan ni?) roti Perancis tapi mereka belah dua untuk dimakan separuh saja seorang.


Kasihan juga tengok Abu yang kata dia dah penat mengunyah. Perut pun dah tak boleh masuk dah. Aku cakap makan saja. Kita kena habiskan agar tuan rumah yang menjamu senang hati.

Penutupnya, kami dihidang dengan epal dan air jus oren. Petua aku dalam makan, jangan minum air dulu agar perut tak kenyang sangat. Jadi, bolehlah makan lagi.Yalah, rupa-rupanya Tahaa terlupa sesuatu. Dia kata kami wajib makan manisan Tunisia pula. Baik.






Inilah beberapa manisan yang aku makan. Boleh dikatakan semua jenis aku makan. Abu dan Arshad tak makan lagi sebab mereka sedang makan epal.

"Suhail, dah tak boleh ni.. aku kenyang sangat.."
Tahaa semacam faham maksud mereka. Dia kata orang Arab kalau jamu tetamu kena habiskan makan. Kan aku dah cakap.

Tiba-tiba ayahnya yang kurang fasih berbahasa Inggeris bertanya pada Tahaa, "Siapa yang tak makan epal lagi ni?". Sambil tu ayahnya menuding jari pada aku. Wah, ayahnya perhatikan kami makan. Siap suruh aku makan. Sungguh-sungguh betul. Aku jawab, "Ba'din".

Selepas makan epal, barulah air jus tadi aku teguk. Dan kami pun berbual. Isu agama dan dakwah. Seronok perbualan kami. Nanti aku kongsikan dalam entri lain.

Tiba-tiba ayahnya datang ke meja bersama 3 tangkai kurma. Ayahnya cakap setiap seorang kena makan 3 biji kurma. Aku ketawa melihat situasi ini. Ayahnya sendiri pun ketawa sebab dia tahu perut kami kecil. Tapi itulah kepuasan dia menjamu kan.

Sambil itu kami berbual lagi. Banyak perkara menarik untuk dikongsi. Ayah dia mencari satu lagi manisan. Sekali lagi kami dijamu dengan manisan yang seakan-akan kacang tumbuk (kecil-kecil dulu aku suka makan).

Rupa-rupanya itulah penutup majlis yang sebenar. Hehe. Maaf sebab gambar kurma dan kacang tumbuk tu tak dapat dirakam kerana aku sudah tersandar di sofa empuk.

Sewaktu menulis entri ini, aku masih kenyang (10.15 malam)

18 ulasan:

Paan Lee berkata...

salam, mana ada panjang entry ni, tak la... boleh dibaca..

sy tertarikla, kamu boleh ckp bahasa arab? wow, sekarang sy tgh belaja jugak skit2 tapi bukan bahasa arab komunikasi, hanya bahasa arab untuk tafsir al-Qur'an.

dlm banyak2 makanan, tertarik sekali dgn manisan di gambar yg ke5. tersusun cantik bende kecik2 tu. mesti sedap... :D

Paan Lee berkata...

oh lupe, maaf sebab tak sedar yg itu bapa kamu.. sory! :D

Sahalfikri berkata...

Paan Lee: jarang tulis panjang..jadi, yg ni kira panjang la. sebenarnya mula2 ingat nk tulis terus ttg apa yg dibualkan tp nak kena buat homework.. xsmpat.

Ticer Syah berkata...

aku pikir ko nk letak gambo makanan arab itew.. ekekke

Sahalfikri berkata...

mamida: kan ada dah makan arab tu.. spaghetti dan ojaa.. (cuma sebutan dalam france sbb tunisia dijajah france)

gangga awana berkata...

hahaha..bro..minah equador tu cun tak....hahaha

Sahalfikri berkata...

gangga awana: weh, dah ada anak tu kasi jaga.. jgn gatal2 dah (aku faham ko tp org lain yg bc ni tak faham.. hehe)

Unknown berkata...

salam anak ibu,

Itu lah dikatakan rezeki dimana-mana pun ada. Lihat tiba-tiba saja ada orang ajak makan. Alhamdulillah.

Manisan tu macam yang Suhail bawa balik dari Bahrain. Sedapppp teringin pula ibu.... hehehe

Suhail memang boleh makan banyak kerana dah biasa dengan budaya makan orang arab, cuma tak besar-besar macam orang Arab. hahaha

rin berkata...

ibu suhail: betul betul batul tu makcik.. "Suhail memang boleh makan banyak kerana dah biasa dengan budaya makan orang arab, cuma tak besar-besar macam orang Arab. hahaha"


suhail, bila nk anta poskad nih..

Sahalfikri berkata...

ibu: suhail cakap kat tahaa kalau dr kecil suhail mkn camni, rasanya suhail besar mcm depa.. ketawa semua..

ada masa tertentu je boleh makan byk.. tp tak tahu masanya bila.hahaha.

rin: kau nak highlight point 'makan' ke point 'saiz'..eee.. nak poskad ke? oo, tak pnah lg aku terjumpa poskad.. bagi address ko kat emel aku. kalau jumpa insyaAllah aku pos..

3p4h berkata...

Wah... Byk btul abg suhail mkn.. Ish5... Mmg budaya pak arab mkn cam 2 kn? Mujur abg suhail da pnh ada pnglmn dgn pak2 arab sblm ni.

p/s: Menunggu giliran plak..

Ummu Mukhlis berkata...

heee..makan lagi..

ingt plak kisah abg suhail mkn kt Bahrain yg penuh dgn makann pelik2 tapi kene jgk habiskan...huhu..

strategi dakwah gak tu..menyenangkan hati org lain..mcm kisah Rasulullah s.a.w dgn wanita yg bagi limau masam tu..ingt??

tapi, time bace entri ni, tgh kenyang to the max, maka, bila habis je bace entri ni, terus sakit pale dan tidur terus..(kerana kekenyangan tgk cara korg kenyang..)

jemput komen di blog...tgk la ape da jd kt adik abg sorg ni......uhuk..

Azym Azizi berkata...

terasa lapar perutku...hehe

Sahalfikri berkata...

epah: eleh..ckp org mkn byk.. korang nak tahu, adik aku sorang ni lagi kuat makan. bkn kata mkn dgn org arab, dgn keluarga sendiri pun dia tukang abiskan.. hahaha.

Syira: hah, lupa nak cerita kat sini pasal otak kambing kat bahrain yg abg makan tu.. abg tanya kat tahaa dll ttg otak kambing. diorg ckp itulah paling sedap.. patutlah!

eh, jd apa ni? satgi abg komen..

Azym: tula...mkn byk sikit, kasi berisi.hehe..

3p4h berkata...

Hahaha.. Sejak dok kt Kuantan ni da kurang mkn.. Xpe, t blk umh nk mkn aje..He5...

Sahalfikri berkata...

epah: ko dah pnah blk umah kedah ke? hahaha

Unknown berkata...

teringat pengalaman kat sri lanka..
pelbagai mknan dihadangkan dan mmg tak boleh menolak...utk jaga hati tuan rumah..
hasilnya, berjaya naikkn berat bdn beberp kilo dlm 2 minggu...hehe

Sahalfikri berkata...

mata_bisikanrahsia: cayalah awe..pengalaman abg ke kokos 2 bulan berjaya menaikkan berat badan sebanyak 7 kg. ok tak? hahaha..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular