Sungguh. Tak semudah yang disangka. Saat kita sendirian, adakala kita terjatuh. Dan kala itu andai ada tangan yang menghulur untuk membantu aku bangun, aku pasti gagah berdiri.
Hari ini aku gagah berdiri setelah membaca emel daripada Madam Humaiyah. Kemudian daripada ibu angkatku di Pulau Kokos.
Aku pun aktifkan YM. Kala itu, aku menyapa dan disapa. Terima kasih tunangku, Abang Ryzal, Rashdan, Arin, dan Atiqah (bersamanya ibu, ayah, mamida dan pak haq).
Tangan-tangan ini menarikku berdiri. Lumrah yang harus aku lalui untuk sekian lamanya. Aku akan terus berdiri, berjalan dan berlari. Tapi aku tahu, aku pasti jatuh lagi.
TERKINI: METAFORA SANGAT KE MAKSUD 'TERJATUH' NI? TAK FAHAM? (24.3.2009)
14 ulasan:
alalala.. cian kat hang.. aku nk berYM ngan hang pong tak dan.. seb bek tengah menumpang kasih umah mak ko leh berYM (sambil berwakil si tiqah.. kuikui)
apa pong.. besa le.. dok jauh dr mak pak.. asik nk jatuh.. nak2 musim sejuk.. asik2 nk tergelincir.. wakakakkakaka.. pakaile boot yang getahnye baguih.. hoho
semoga ko terus tabah Yeh! *dialog citer Oshin.. huhuhu
mamida: Teringat waktu hang masuk UiTM kat ceruk mana dulu tu. Hehe.. Biasala naa. Bila lama tak dgr kabar atau takde sape tanya kabar kite, terase lonely sgt.Haha.
rindu ekkk..
err.. tapi aku cuma cakap, blaja bahasa dgn gigih yer nnti bole tgk drama mandarin kt 8tv tanpa subtitle..
ila: bukan yg tu maksudnya..
arin: lagi satu sahabat yg tak mengerti ni..hahaha..
masa kat ceruk dulu takde suasana IPT. buat aku bosan tahap gaban.. hoho.. time tu nak pi pekan bas cuma sejam skali.. apa punya turrr.. dah besa idop banda.. skali kena masuk kampung rasa mcm sengal... wakakkakaa
last2 kawin ngan orang utara gak.. shoping centre br nak membangun.. kuiuikui.. wehhh.. nak oder barang.. diskaun bley kaaa..
sapo la x paham metafora hang nih.. meh blaja bahasa ngan den.. kuikuikui
gua rase gua paham... sntiase lh brhubung dgn kami2 di sini.. Insyallah kite bangun bersama demi meneruskan perjuangan ini..
ye laa.. kan aku cuma ckp, 'blaja bahasa dgn gigih yer nnti bole tgk drama mandarin kt 8tv tanpa subtitle..' jer...tapi knp ada dlm list ucapan terima kasih.. =)
mamida: aiyaa..mmg hang sesuai dok kampung la. baru leh jadi fofular. Haha.Ooo.. faham metafora ni ye. Ngee..
kamyap: YES! 100% betul maksud metafora ni. Orang lain tak sampai maksud lg..
arin: Tgk tu! Memang hang tak faham la ni kenapa hang layak diberikan ucapan tq. Fikir-fikirkanlah..
Salam anakanda suhail,
memanglah kita ditempat orang apa pun kitalah tangani sendiri, tidak ada sesiapa yang akan membantu kita. Namun perlu ingat kita masih ada Allah dan rasulNya.
Sirah Rasullullah telah membuktikan dalam perjalanan dakwah ini banyak tribulasinya, semua ini sebagai ujian Allah kearah kematangan dan kemantapan untuk melayakkan diri sebagai seorang pendakwah.
Bagaimanalah agaknya halangan dan cabaran yang dihadapi Saad ibnu Waqas semasa mengembangkan syiar Islam disana dulu.
Banyaklah bermunajat kepada Allah agar memberi kekuatan dan paduan dalam usaha ini.Insya Allah.
Selamat belajar bahasa China dengan tekun dan sabar.
salam perjuangan...terjatuh, sebab Tuhan nak ajar satu lagi step baru untuk bangun...
mesti tiap-tiap kali jatuh,tak sama caranya, lain2...mungkin 'tersepak batu' atau 'org langgar' atau salah kite sendiri, 'mata letak kat lutut'..huhu..
n setiap cara nak bangun tu berbeza, tapi akan jadi mudah bila ada org nak hulur tangan 'tolong' tarik or 'tlg angkat kita bangun'..
kan? hmm..insyaAllah kami di sini sedia mghulur bantuan..=)
ayah: terima kasih atas ingatan dan dorongan. makin banyak belajar bahasa Cina. skrg dah mula ke kedai2 tawar menawar dlm bahasa cina. kelakar pun ada..hehe.
Syira: grup UG mesti faham..abg agak dah. metafora syira pun cantik. kena maksud. ok, doakan hati tak berbolak balik.
Wah nmpk gaya nnt abg suhail blk msia bole la bljr smula bhsa Cina dgn abg suhail. Dlu kt skolah, angan2 tahi ayam je.. Tau sepatah dua je..
Zaijian, min tian jian~
epah: tu mesti terhimbau kenangan sekolah rendah la tu. siap ada belajar sempoa. hehe.. boleh3, insyaAllah kita leh belajar sama.
Catat Ulasan