03 Mac 2009

Ada apa pada nama?




苏海

Inilah nama cina aku: SU HAI. Mujur tak jauh beza dari yang asal. SU adalah surname yang biasa bagi orang cina. HAI pula membawa maksud lautan yang terbentang luas.

苏哈
Sebelum itu aku diberi nama SU HA. Karakter hurufnya berbeza dan ia tidak bermaksud. Atas nasihat kawan, aku minta cikgu berikan nama yang memberi maksud baik.

Nama itu penting. Makna yang baik bisa mempengaruhi kita. Maka, lautan yang luas itu aku harapkan membawa maksud ilmu dan pengalaman yang banyak agar hidup ini dapat membawa aku kepadaNYA.

Baru-baru ini aku dan rakan-rakan Melayu lain mengadakan usrah. Kami bertaaruf (berkenalan) dan memperbaharui niat kedatangan masing-masing. Aku sangat bersyukur kerana tanpa diduga semua yang bersama aku ialah kelompok yang faham dakwah.

HPA menghantar lima pekerjanya ke sini menguasai Bahasa Mandarin selama 5 tahun demi mengembangkan potensi dakwah melalui ekonomi. Dua pelajar KIAS (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail) yang belajar di sini pun dari jurusan dakwah.Lain-lain individu juga dari latarbelakang agama yang baik.

Usaha dakwah dapat dijana dengan kerjasama daripada semua. Untuk informasi, aku sudah mencadangkan kami semua untuk mengadakan program dakwah di Pulau Ketam, Klang pada bulan Julai 2009. Jika semua turut serta, hampir 10 orang boleh bercakap Mandarin untuk beramal dengan masyarakat Cina di sana yang terpinggir.

Kepada warga USM Kubang Kerian, marilah sama-sama kita gembeling tenaga untuk berpadu menyebarkan dakwah. Mohon sesiapa yang berkenaan sila berhubung melalui emel muhdsuhail@gmail.com untuk kita rencanakan aktiviti di sana nanti.

Moga aku dapat ilmu dan pengalaman bertambah-tambah di sini..Ameen


3 ulasan:

Unknown berkata...

Salam anak ibu sayang,
Nama memang perlu dijaga supaya ada maksud yang baik, jangan macam ada setengah orang melayu sendiri namakan anak koming bin jendol kan ditertawakan orang, malulah anak tu bila dah remaja nanti.

Baguslah tu usrah diteruskan walau pun dimana berada. Mustahak Allah diingati ukhuwah dipereratkan.

Jagalah diri, kesihatan, nama dan maruah ditempat orang. Jangan lupa makan ubat. Banyak minum air masak.

Semoga sihat serta mengikuti kuliah dengan lancar dan sempurna. Salam kasih sayang ibu ayah.

Sahalfikri berkata...

Salam sayang juga untuk ibu ayah dan semua. Alhamdulillah usrah dekat sini pun ok. Minggu depan nak buat sambutan maulidurrasul sama konsulat.

Ubat mmg slalu lupa makan. Air masak ok stakat ni mudah dapat. Cuma botol air belum beli.

Belajar sini seronok ibu ayah. Tapi sangat sibuk sebab semuanya perkara baru. Kena menulis lagi susah. Apapun doa ibu ayah paling penting.

Suhail doakan ibu ayah dan keluarga kita sentiasa di bawah naungan rahmatNya dan diberkati hidup. Ameen..

Tanpa Nama berkata...

nama cina aku : AI SHA (ntah btul ke x ejaannya), maksudnya : pasir cinta.hui...=)

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular