25 Mac 2009

Oh Sayang..

Sebagai warga Malaysia, aku sayangkan Malaysia. Di mana pun aku berada, pasti aku mencari berita berkenaan Malaysia.

Jadi, aku biasanya buka laman-laman web berikut:

1) Berita Harian
2) TV3
3) Tvantara
4) Blog Che Det
5) Blog DSAI

Aku bimbang dengan masa depan negara. Banyak kisah-kisah berikut:

  1. Rasuah membabitkan pemimpin-pemimpin kita.
  2. Media cetak bersifat pembangkang disekat (Harakah dan Suara KeADILan).
  3. Media elektronik juga disekat (Malaysiakini, Malaysiainsider, Siasah, Merdeka Review)
  4. Pilihanraya kecil di beberapa negeri akan berlangsung.
  5. Penarikan diri hakim mendengar kes Zamry dan Sivakumar.[dan banyak lagi...]



Sejak aku terlibat dalam politik kampus, aku sikit sebanyak faham dengan permainan politik kepartian. Antara konsep yang perlu difahami ialah:

  1. Kalau A dakwa B koyakkan poster atau rosakkan banner A, ia mungkin benar dan mungkin A sendiri yang buat [Teknik: Politik Simpati]
  2. Kalau A mengata tanpa bukti tentang B, ia mungkin sedang mengatakan tentang dirinya [Teknik: Penyamaran]
  3. Kalau A bercakap tanpa bertindak, ia sengaja mengaburi mata penyokong [Teknik: Mulut manis]
  4. Kalau A suruh jangan percaya B, janganlah kita juga percaya A 100% tanpa beri peluang B bercakap [Teknik: Tuding Jari]
  5. Kalau A atau B sangat membara berbicara, ia mungkin kerana sengaja ingin bakar semangat. Jadi ia mungkin ada banyak kuah daripada lauk [Teknik: Retorik]


Semua yang aku gariskan bukan berpandukan kepada buku tapi pengalaman. Ia bukan untuk politik kepartian semata-mata, ia juga berlaku dalam politik hidup seharian.

Fikir-fikirkanlah..aku masih berharap pada UMNO

9 ulasan:

Ticer Syah berkata...

aku pon kadang2 still berharap pada umno.. tp rasuah dalam area tu dah merebak luas. tatau sapa yg betul dan sapa yang salah.

pakat masing2 nak selamatkan malaysia.. tp until now takde perubahan nak2 bila kuasa melibatkan duit. so pathetic ek.

dsai still tak tunai janji.. alasan demi alasan dikemukakan.. orang naik bosan..(aku le bosan skali sbb area skola aku suma kaki umno)

KJ menang lagi.. katanya politik wang.. tapi tak kena tangkap mcm ali rustam --kitanya KM dei..

too bad when money is everything and everything is money. takde dah ketulenan dan keikhlasan dalam membela orang2 yang takde duit ni..

takde orang kah nak membela nasib orang2 ni yang ada iras2 obama... kuikuikui..

the world is coming to an end weh!

Sahalfikri berkata...

mamida: mm.. obama mungkin boleh diharap. tapi ada 'hantu' kat belakang dia yang pasti membisikkan 'kejahatan' untuk dunia. sama ke dgn Malaysia?

Ticer Syah berkata...

tu pasal la... world is coming to an end. hoho

3p4h berkata...

Percaturan yang mereka lakukan memang meresahkan...

Bila mana abg suhail ckp psl konsep politik yg perlu dfahami 2, mmg aku sndri rasai wktu PRK aritu. Dan sekarang terbukti, betapa retorik, hipokritnya 'mereka'.

Sedih bl org yg fhm agama wat cam 2.

3p4h berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Salam anakanda suhail,
Pernah ada orang kata politik itu kotor, ada pula orang yang kata politik tak kotor tp orang yang berpolitik tu kotor.
Suasana politik kita di Malaysia hari ini kacau bilau puncanya pemimpin berebut untuk jadi pemimpin kerana ada matlamat peribadi.
Apakah mereka tidak ingat maksud hadis Nabi "siapa-siapa yang menjadi pemimpin pada umat Islam tiba-tiba mati dalam keadaan menipu mereka maka tempatnya dalam neraka"
Menjadi pemimpin adalah suatu amanah yang perlu diurus dengan betul kerana setiap pemimpin akan ditanya kelak atas kepimpinannya.
Didunia ni boleh lah temberang itu dan ini tuggu diakhirat nanti jawablah depan Yang Maha Berkuasa.
Bagi yang mahu berfikir akan bertanya kemanakah arahnya negara kita ini. Setiap pemimpin yang naik dengan perancangan masing-masing, tidak ada kesinambungan dari yang sebelumnya. Apa nak jadi??? Itulah sebabnya kita lihat selalu beubah-ubah.
Lihatlah kita dapat PM baru ni, bagaimana pula gaya pemerintahannya.

Sahalfikri berkata...

epah: mm.. kau sedang lalui zman yang pernah aku lalui. lepas ni, kau pun akan jatuh..hahaha. tapi aku tabik kat kau sbb kau senang bangun, cuma kena dgr ckp ibu la selalu ..hehe.

ayah: tak mahu masuk politik ke? kat kedah ok kot.. :)

3p4h berkata...

Alhamdulillah... Mujur Allah beri kekuatan utk bangun semula! Bersyukur kpd Allah...

Oh, kata Ibu dengar sahaja,
cerita hanya kita berdua...
Pagi yg gelap kini sudah terang....
Aku adikmu jd kau abg...
(Hujan)

~Nak final xm ni, doa2kn adikmu d sni =)

Sahalfikri berkata...

epah: semoga diberkati exam kali ini. moga Allah berikan yang terbaik buat adikku.. minta yang terbaik tau!

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular