05 Mac 2009

Solat jangan tinggal

Sedang menunaikan solat Asar di atas katil

Minggu lalu kami singgah di satu restoran Muslim di Chan Xilu. Makanannya enak. Sempat juga aku rakamkan pembuatan La Mian (mee buatan tangan) tapi lain kali baru aku kongsikan gambarnya.

Sebab kali ini aku nak cerita pasal pengalaman menunaikan solat. Sangat susah untuk dapatkan tempat yang bersih di kawasan umum. Apatah lagi untuk mendapatkan air untuk berwudhu'.

Kebiasaannya kami akan singgah di masjid. Kalau tak, kami singgah di restoran Muslim kerana kebiasaan mereka ada ruang untuk bersolat.

Gambar di atas ialah tempat di mana kami dibawa peniaga restoran Muslim untuk menunaikan solat. Itu ialah rumahnya. Hanya itulah keluasan biliknya.

Laluan tangga yang curam menuju ke rumah peniaga restoran




Peniaga restoran yang menumpangkan kami solat Asar di rumahnya


Inilah peniaga tersebut. Kami bercakap macam ayam dengan itik walaupun salah seorang kami sudah boleh berbicara Mandarin. Sebabnya peniaga ini berasal dari Hunnan, logghatnya berbeza. Bahasa isyarat penyelamat kami. Maaf ya, namanya pun tak dapat diketahui.

Agak gayat juga menuruni tangga

Kami dibawa menuju ke rumahnya selepas menikmati juadah enak masakan Cina. Kami terpaksa melalui lorong-lorong sempit dan gelap. Kemudian menaiki tangga yang curam. Tiga tingkat kami naik. Di situ juga laluan anjing. Bau hancing biasa dihidu di kawasan begini.

Kami tanya berapa sewa rumahnya, dikhabarkan Y800 (RM400) sebulan. Wah, sangatlah kecil ruang yang ada. Di situlah tidur, baring, makan, minum, solat dan sebagainya.

Memang begitulah susahnya hidup kebanyakan orang Islam di sini. Soal kebersihan agak kurang diendahkan. Mungkin kerana kesibukan mencari sumber ekonomi bagi menampung keluarga.

Kesusahan orang Islam tampak jelas apabila kebanyakan pengemis mengenakan kopiah. Bila kita lewatinya, dia akan beri salam.Kami rasa kurang selesa dengan fenomena ini.Mungkin akan aku ceritakan nanti.

Laluan masuk yang sempit dan gelap menuju ke arah rumahnya



9 ulasan:

3p4h berkata...

Hujan emas di negeri org, hujan btu d negeri sndri, lg baik d negeri sndri..

~Mjur d msia x mcm 2, tp sedihnya brp kerat je yg solat wpun tmpt dsediakan.

Tanpa Nama berkata...

Salam Suhail..
Aku dan rakan2 seperti ingin menasyidkan lagu kalau tak sembahyang semasa di Modul Tentera..haha

kau fahamkan?

Adinda Amy Sensei berkata...

selamat berdakwah di jalan Allah..

WanYgBest berkata...

hmmm...kat sini, aku slalu rasa susah ble nak solat, ye la...compare ngan Mesia, klu nak solat, masjid, surau, musolla belambak...

kat sini, klu p jln2..fitting room slalu jd musolla aku..tp, ble baca entry ko nih, insap skejap...sekurang2nya, kat sini, bwh tangga pun bersih lgi utk solat...

terima kasih atas entry ini..

KiMi berkata...

RUGIIIIIIIIIIIII tak bawak BINIIIIIIIIIIIII...SETAU AKU SANA SEJUKKKK...kalo bawak bini jadi sejuk2 suammmm...betul tak Nadmin?

Nur Syarafina Abd Aziz berkata...

Salam, Abg suhail.. wah! dah sampai China rupanya.. SElamat BerJuang!! oh ya, bukan ke kt China Muslim ramai, knapa masih susah utk cri tmpt solat? Kt sini , eina rse lg mudah nak perform solah walau xde tmpat2 khas cam kt mlysia.. hmm.. mungkin bru lg kut.. xpe2 Kuatkan semngaT juAng mu!! Allahuakbar!!

Ticer Syah berkata...

apsal ko tak pakai haloscan punye mesg, mushkil den.. tp sini bes gak sbb leh nengok avatar.. hehe

Sahalfikri berkata...

epah: bukan mudah nak solat..mcm2 ujian. mungkin kita tak diuji spt org yg tak bersolat diuji. jadi, kita tak tahu kita di tahap mana.

nadmin: faham2.. sibuk pertahankan negara je.apala..haha.

amy: doakan.. byk dugaan di sini.

Sahalfikri berkata...

wan: sini kawasan sekitar tak terjamin.. ada 4 masjid tp jauh2. dpt menumpang rumah orang pun da baik.

kimi: tuuut..

syarafina: muslim china sgt ramai tp mereka tak setempat melainkan di daerah barat.. situ ok, sini kurang ok sikit.

mamida: setting haloscan takleh masuk kat template ni la. takpela kot.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular