Inilah keluarga angkat kami, para pelajar Melayu Malaysia. En Din dan Kak Ti bersama-sama anak-anaknya serta Uncle Man sudah menjadi seperti keluarga kami sendiri.
Sempena Maulidur Rasul, sambutan dengan bacaan selawat dan ceramah daripada Ustaz Mohamad telah diadakan di rumah En Din menjelang masuknya 12 Rabiul Awwal 1430H. Semua warga konsulat Malaysia hadir meraikan sambutan ini. Lebih bertuah, Consulate General juga turut serta.
Kami diperingatkan betapa kecintaan kita kepada Nabi Junjungan sangat penting. Kehidupan yang menyerupai cara hidup Nabi pasti membawa kita lebih hampir kepada Allah.
Kisah berkenaan syafaat Rasulullah disampaikan ustaz. Satu hadis panjang berkenaan 'perkenan' Nabi kepada kita dalam membantu kita masuk ke syurga dikupas dengan menarik. Kisah yang kali pertama aku dengar.
Siapa sangka di bumi asing kita juga bisa beroleh hidayah walaupun dalam kesempitan sumber dan limpahan nikmat yang boleh menyebabkan kita menyimpang jauh dari jalan DIA. Yang penting kita berusaha, pasti kita dapat.
Sesudah selesai acara, hidangan masakan Melayu disediakan. Bukan mudah nak dapat makan masakan Melayu di sini. Terasa bagaikan hari raya pula. Seronok dapat berbual dengan warga Malaysia lain.
3 ulasan:
aloha...
besnye makanan.. rumah itu mmg nampak kemalaysiaan.. hehe
nnti ko balik mesia leh la ngajo si adam cakap mandarin dei.. hoho..
dia dok ajo aku aje..
nunai -- susu lembu.. hehe
best!!
mamida: susu tu sebnarnya disebut niunai (eja=nunai).. mulut muncungkan ke depan bila sebut niu..hehe
ajar adam? mm.. silap2 dia lagi pandai.ngee.
Usratika: mestila best makan makanan selera kita. hehe..
Catat Ulasan