28 Februari 2009

Mari sebarkan rahmat Ilahi


Dalam kesempatan melayari internet di rumah konsulat, aku terserempak dengan komen dalam entri adik aku bertajuk 'Selamat Tinggal'.

Menjadi tanggungjawab aku menjelaskan konsep dakwah yang disalaherti oleh beberapa orang kebanyakan. Mungkin ada di kalangan pembaca blog ini juga tertanya-tanya kenapa aku (dihantar oleh GPTD) berdakwah di luar sedang di dalam masih belum selesai.

Berikut adalah jawapan aku:

1- EKSKLUSIF. Dr MAZA acapkali memperingatkan kita agar tidak menjadikan Islam sebagai agama eksklusif. Maksudnya, kita menghadkan pemahaman dan penyebaran pada batas tertentu. Aku setuju dengan saranannya.

Sewaktu aku di Bahrain, Dr Syed Ali juga sering memarahi kami. Beliau kata kita KEDEKUT. Rahmat yang diberikan Allah kita guna hanya untuk diri sendiri. Kita tak kongsi kepada lain. Kita hanya fikir kelompok kita.

Kita menjadi Muslim di Tanah Melayu ini bukankah dengan asbab kedatangan pedagang Muslim dari luar negara?

2- SELESAI. Tun Mahathir pun masih mengatakan perjuangan [Melayu] masih belum selesai. Bila agaknya akan selesai? 10 tahun lagi? 50 tahun lagi? Sedangkan memperjuangkan Melayu tak selesai, adakah kemelut masalah umat Islam boleh selesai?

Mari kita selami persoalan skeptikal ini [iaitu: Pergi luar negara buat apa sedangkan dalam negara pun tak selesai..] dalam sudut pandang yang lebih kecil. Pernahkah kita bertanya begini :

Buat apa berdakwah kat luar daripada negeri kita sedang negeri sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat negeri sendiri sedang daerah sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat daerah kita sedang kampung sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat kampung kita sedang jiran sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat jiran kita sedang keluarga sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat keluarga kita sedang diri sendiri pun tak selesai?

Jika pernah, aku nak tanyalah, bila pula agak-agaknya diri sendiri itu akan selesai? Andai mentaliti begini berleluasa, agak-agaknya bila pula Islam akan berkembang?

3- PENJAJAHAN. Benar kita masih dijajah. Bukan secara zahir tapi pemikiran. Sempadan geografi yang dicipta penjajah hasil perebutan kuasa telah melupakan kita tentang Khilafah Islamiyah yang cukup gah suatu ketika dulu.

Khilafah Uthmaniyyah yang terakhir membuktikan negara Islam itu tiada sempadan geografi dengan berpegang kepada seorang pemimpin dunia. Apakah kita merasakan tidak mungkin perkara ini berulang lagi?

Islam di China pernah berkembang pesat di Canton (kini dikenali sebagai Guangzhou) pada era Kublai Khan yang dibantu kerajaan Uthmaniyyah sewaktu Dinasti Yuan (1271-1368). Hubungan baik Dinasti Yuan dengan kerajaan Uthmaniyyah telah membenarkan ramai Muslim berhijrah ke sini. Akhirnya Muslim semakin dipercayai dan diberi jawatan tinggi dalam era Dinasti Ming. Rasa takut terhadap golongan Muslim kemudiannya menyebabkan penindasan dan halangan dikenakan ke atas Muslim dalam era Dinasti Qing. [ Baca fakta penuh ]

Maka, dasar Pecah dan Perintah akhirnya berjaya menundukkan golongan Muslim di China. Penduduk Muslim yang ramai di Canton dipecah-pecahkan penempatan mereka bagi mengelakkan kesatuan. Akibatnya kini Muslim di China sangat ketinggalan dalam pemahaman dan perkembangan Islam berbanding kita di Malaysia.

Bukankah Islam akan kembali hebat sebelum kiamat menjelma? Jika ya, apakah kita tak mahu terlibat sama dalam sejarah hidup ini membangkitkan semula kehebatan Islam? Jika tak mahu terlibat, benarlah kita ini EKSKLUSIF.

4- KUASA BESAR DUNIA. Tahukah anda China mensasarkan 2015 sebagai tahun negaranya menjadi kuasa besar dunia? Bukankah ini peluang kepada kita selaku Muslim mengambil kesempatan dalam sisa berbaki ini untuk melebarkan jaringan Islam? Tidak mahukah kuasa besar dunia ini nanti turut memberi kesan kepada keagungan Islam?

"Alah, mengarut jelah kau ni. Setakat setahun, apa yang boleh kau buat? Sorang pulak tu..Ahh"

Ini semangat menyerah kalah sebelum berlawan ke? Tidakkah bodoh burung yang kecil cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan menggunakan air yang diangkut menggunakan paruh? Atau berbaloi ke dakwah Nabi Nuh selama 950 tahun hanya dapat mengislamkan lebih kurang 80 orang?

Sekurang-kurangnya kita ada usaha walaupun sedikit. Puak-puak berfikiran beginilah juga yang menggagalkan usaha boikot baru-baru ini.

5- RAHMAT. Islam adalah satu cara hidup. Ia meliputi semua aspek kehidupan. Dari sudut pandang global, Malaysia adalah negara Islam idola dunia. Mengapa? Kerana kita telah banyak menyerapkan nilai Islam dalam sistem-sistem kehidupan duniawi.

Namun, tahukah anda Hong Kong dan Singapura sedang menjuarai sistem perbankan Islam? Malaysia mendapat tempat ketiga dalam dunia. Tahukah anda siapa pelopor kejuaraan mereka? Orang Islam. Dan mungkin mengejutkan anda, mereka adalah orang Malaysia.

Dr Aznan, ustaz aku di UIAM merupakan penasihat sistem perbankan Islam nombor 2 dunia selepas Dr Daud Bakar, mantan timbalan rektor UIAM. [Fakta ini diperoleh daripada sumber lisan pegawai tinggi BSKL dalam pertemuan di Bahrain sewaktu dia mengikuti Konvensyen Perbankan Islam Dunia].

Persoalannya kenapa mereka tak jadikan Malaysia nombor satu? Jawapannya mereka lebih pentingkan Islam itu ke hadapan berbanding populariti daerah geografi. Islam itu merentasi faktor geografi.

6- STATISTIK. Mengambil kira hujah-hujah di atas, persoalan seterusnya ialah berapa banyak persatuan Islam di Malaysia yang berdakwah di Malaysia? Beginilah, kita lihat berapa banyak persatuan belia di Malaysia. Lebih 400 persatuan belia (termasuk kelompok pecahan daripada induk) wujud di Malaysia mengajak masyarakat ke arah kebaikan. Masih tak cukup. Gejala sosial masih tak selesai.

Berapa pula daripada 400 itu yang berkhidmat untuk ke luar negara seperti GPTD? Mungkin tiada. Jika ada 10 pun, adakah akan memberi kesan kepada bertambah teruknya gejala sosial di Malaysia sedangkan latihan persediaan ke luar negara semuanya dibuat di dalam negara?

Inilah isu yang terpaksa aku hadapi sebelum ke Guangzhou. Hampir setahun aku cuba meyakinkan ramai masyarakat Malaysia tentang misi aku. Dan rata-rata penyumbang kepada usaha aku adalah daripada golongan profesional yang lebih mengerti maksud dakwah dalam sudut pandang global.

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling berbakti dan bertakwa di antara kamu. (Al-Hujurat: 13)


Moga Islam menjadi rahmat kepada seluruh alam dengan bertambahnya golongan celik dakwah di kalangan kita. Ameen..

10 ulasan:

Azym Azizi berkata...

Salam.
Abg, penerangan yg baik ttg usaha dakwah kita. Persoalan ini juga yg sebenarnya sering bermain di minda pejuang2 di dalam GPTD. Tak kira lama mahupun yg baru.

Insyaallah, akan dikongsikan bersama dgn rakan2 seperjuangan di sini.

Moga misi Rahmatan Lil 'Alamin tercapai! =)

Unknown berkata...

Salam perjuangan abg suhail!

Entri abg suhail sgt jelas n kukuh. Patut dibuat sbgi tazkirah harian semua terutama mereka yang bergelar da'ie supaya kita ni istiqamah dlm berdakwah, bukannya "dakwah on-demand".

P/s: Mana senior2 gptd yg dah byk pengalaman di negara org? Kami (junior) perlukan bimbingan...huhu

Sahalfikri berkata...

Azym: Sangat penting kita faham konsep dakwah global supaya kita tahu kedudukan kita. Sila sebarkan kepada teman-teman.

Abg juga doakan kalian terus dalam jalan dakwah ini.

matabisikanrahsia: grup sri lanka kena jaga elok. beri faham asas ini sebelum bertindak lebih jauh. barulah kita nampak apa matlamat hidup yang sebenar.

p/s: sangat ingin membimbing adik2

Ticer Syah berkata...

yang senior dah menghilangkan diri ke.. isk isk isk.. tak baik ooo.. lupa daratan.. apa daaa..

bila yg senior dah lupa daratan, mula la tangan aku menggatal nak mencemuh kat sini.. wakakakaka.. setakat ni tak tertaip lagi kat sini.. sori ek.. kuikui

3p4h berkata...

Alhamdulillah akhirnya tjawab psoalan mamida psl "knp la abg suhail p jauh2, pdahal dlm negara x slesai".

Syukur btul bl bc entri ni sbb ramai jga kwn2 tnya psl bnda ni. Akhirnya ada idea2 baru utk jwb psoalan camni.

TQvm abg suhail. Slmt d negeri org~

Wasunni Al-Kelantani berkata...

bro..dah sampai kat negara china dah yer..

eh..kau pi sana selain misi dakwah tu..kau sambung study ke kat sana??konfius skit aku sbb tak tau hujung pangkal misi dakwah ko kat sana..

free2 satu masa nanti..turun la berdakwah kat London ni..bleh tahan juga sosial umat2 melayu kat london ni..hehe

Sahalfikri berkata...

mamida: kasi aje ceramah kat senior2 kat sini..hehe

epah: ada byk lagi reason yg tak sempat nak tulis kat sini

salleh: hang kena tanya abg ju kat gptd kot.. mungkin kita leh buat join venture. hang kat sana leh terus buat dakwah..hehe

Unknown berkata...

Salam untuk suhail,
Bagi mereka yang tidak pernah ditarbiah dalam gerakan Islam mereka kurang faham kenapa perlu berdakwah keluar negara. Asasnya Rasulullah SAW menyuruh sampaikan walau pun satu ayat - maksudnya berdakwah. Selain itu sumbangan seorang muslim dalam perjuangan menegakkan syiar Islam tidak kira besar atau kecil. Contoh dalam hijrah Rasulullah SAW pengembala kambing itu ada peranan walau pun ia tidak secara langsung melindungi Rasul semasa berhijrah, tetapi dengan jumlah kambingnya yang banyak itu telah menutupi kesan jejak kaki Rasul semasa berjalan hijrah dan sembunyi di gua hira'. Bukan kah itu sumbangan beliau dalam menyebarkan Islam dan banyak lagi contoh. Hendaklah mereka itu berjinak-jinak dengan gerakan dakwah dan faham.

Teruskanlah usaha murni ini semoga diterima Allah sebagai satu usaha dakwah. Soal berjaya kah tidak bukan kerja kita. Itu kerja Allah.

daLyaanoon berkata...

Bro,
teruskan misi yang mulia ini.

Orang lain pertikai sebab tak mampu buat macam kalian!

Selamat pergi dan selamat pulang!

Sahalfikri berkata...

ayah: jarang dapat dengar ayah bercakap begini. terima kasih ayah atas sokongan dan dorongan. tanpa restu ibu ayah, suhail mungkin takkan sampai ke sini. moga segala kebaikan yang suhail lakukan membuatkan ibuayah turut mendapat ganjarannya.

dalyaanon: terima kasih byk2 sahabat, sokongan begini akan menguatkan kami yg berada di luar ini.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular