Ini ikan gelek burit. Di sini setiap hari pasti makan ikan. Kalau kita di Malaysia nak makan ikan-ikan laut dalam ini mahal harganya. Di sini setiap kali keluar memancing pasti dapat ikan seperti ini. Besar ikan-ikannya. Siapa pakar tang ikan mesti tahu kita panggil apa ikan ini. Cuba teka..
Kali ini aku mahu cerita tentang kerja aku. Setiap hari pada jam 8.30 - 10.30 pagi aku ditugaskan mengajar orang tua membaca al-Quran. Macam pernah aku ceritakan pada entri lepas.
Jarak rumah tempat aku menginap ke markaz tempat aku mengajar ialah 600 meter. Setiap hari aku pasti berjalan kaki ulang alik 3 kali. Sekalipun aku makan banyak, aku rasa rutin ini dapat mengekalkan bentuk fizikal badan aku.Hehe.
Aku punya 7 anak murid dan 2 saja yang boleh membaca dan menulis. Ini gambar aku sedang mendengar bacaan Iqra' Nek Azrin. Bacaannya semakin lancar. Walaupun buta huruf, kebanyakan mereka kini dah mula mengenali huruf-huruf dengan baik. Cuma sebutan masih belum lancar.
Di sini nama panggilan berlainan dengan nama sebenar. Nek Azrin contohnya. Azrin itu nama cucunya. Jadi sesiapa yang sudah ada cucu, dipanggil dengan nama Nek kepada nama cucunya. Kalau hanya ada anak belum bercucu, dipanggil Pak kepada nama anaknya. Contoh: Pak Azrin. Begitu juga dengan maknya.
Jadi, di sini aku tak tahu nama sebenar mereka. Memang panggilannya kena begitu. Cuma sesiapa yang belum berkahwin saja dipanggil namanya yang betul. Bila dia kahwin nanti, namanya dipanggil Pak [nama anaknya] pula.
Nama anak/cucu yang dikaitkan itu mestilah nama anak sulong. Itu saja. Mudah kan? Tapi itu yang membuatkan aku sangat susah nak ingat nama mereka. Sebabnya sini tiada panggilan datuk.
Nek Azrin tadi adalah panggilan bagi datuk kepada Azrin dan nenek kepada Azrin. Ini yang aku keliru. Terutamanya bila orang sini berbual-bual mengenai seseorang.
Selepas sesi pagi berakhir, aku lanjutkan pengajaran Fardhu Ain pada jam 1.30 petang hingga 3.30 petang. Walaupun aku pegang rotan dan dibenarkan merotan, aku masih tak mahu merotan. Sebabnya aku tak reti buat macam itu sekalipun kepada budak-budak. Cukuplah aku menaikkan suara saja.
Pada malam hari, bermula jam 6.30 malam hingga 7.30 malam, aku mengajar tajwid kepada anak-anak. Jumlah mereka seramai 8 orang. Mereka mudah faham dan ingat. Seminggu ini aku dah ajar 4 hukum tajwid. Yang paling seronok, bila aku soal, berlumba-lumba mereka angkat tangan nak menjawab.
Selesai isyak, aku luangkan setengah jam mengajar bapak-bapak pula makhraj huruf dan tajwid. Sesi ini banyak ketawa. Maklumlah orang tua dah ramai tiada gigi. Jadi, bila diminta sebut betul-betul, lidahnya tergeliat lah.
Inilah rutin harian aku. Cuma hari Sabtu dan Ahad saja yang tiada kelas petang. Untuk aku berehat. Tapi, ada ura-ura mereka nak beri aku cuti 3 hari untuk bercuti dengan mereka di satu pulau. Tengoklah nanti.
2 ulasan:
itu panggilan biasa bro,kalau di malaysia pun cenggitu..contoh nenek saya nama rokiah,nama anak pertama dia saniah,jiran2 panggil mak senah(saniah) hahahaha...sama la dengan istri den,anak pertama den aisya,jiran2 sebelah umah panggil dengan gelaran umi aisya,mak aisya...ayah aisya...ikut keadaan jugala..panggilan sedemikian berlaku pada jiran tetangga yg sudah akrab dengan kita..seperti saudara keakraban itu,maka ia jadi kebiasaan..disebabkan penduduk pulau koos tak ramai maka tahap kejiranan dan kekraban itu sangat tinggi maka mereka senang menyebut gelaran nek atau pak itu dengan nama anak sulung mereka
ini namanya ikan kuhapu/kerapu keluarga barracuda gak
Catat Ulasan