Hari ini adalah hari bersejarah bagiku. Pada 26 Ogos 2006, terukir senyuman riang dan bangga ibu dan ayah atas kejayaan anak mereka. Susah payah membesarkan anak dengan pelbagai kerenah yang terpaksa dihadapi, akhirnya lenyap tatkala segulung ijazah digenggam anak tersayang.
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan kepada manusia dengan perantaraan pena. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya (Al-'Alaq 96:1-5)
Suara nyaring berlagu bacaan surah ini merentap jiwaku. Dalam berpakaian jubah serba hijau bersulam emas, diri ini terasa betapa ayat itu cukup bermakna pada hari ini.
Sudah biasa ayat ini diperdengar dan dibaca. Namun, hari ini tak serupa biasa. Benar, suatu hari dulu aku tidak mengetahui apa yang kini aku ketahui. Benar, segala-galanya diajarkan DIA melalui mata pena, iaitu tulisan. Tulisan di papan putih, layar LCD, buku-buku, dan ceraian kertas.
Terima kasih Tuhan. Ya Allah, Engkau telah anugerahkanku akal fikiran, ibu ayah yang sangat memahami, adik-beradik yang tetap memberi sokongan, teman-teman seperjuangan yang selalu mendokong perjalanan hidupku, udara nyaman membekal oksigen untukku bernafas, makanan berkhasiat memberiku tenaga, daya ingatan membantuku dalam imtihan, dan...
Ya Rabb, aku tak mampu meletakkan noktah pada ayat itu. Dan sepatutnya tidak wujud perkataan 'dan' di akhir kalimah. Kerana aku tak bisa membongkar segala pemberianmu untuk dicatitkan oleh mata pena. Hadiah yang kau berikan cukup bermakna bagiku. Tidak termampu ku bilang dengan apapun alat. Hingga nyawaku dicabut pun, aku tetap takkan habis menyebut setiap belaian kasihmu...
Katakanlah : Kalau sekiranya lautan menjadi dakwat untuk menulis kalimah-kalimah (nikmat) Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak lautan itu pula. (Al-Kahfi 18:109)
Aku cinta padaMU...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan