28 September 2006

Ramadhan yang tercalar

Day 5


:: Tak banyak perkara baru berlaku :: Berbuka di Burger King bagi memenuhi permintaan sahabat yang sangat berharap (sebab dah terbeli kupon promosi - habis makan dia rasa tak puas plak - apa da..) :: Tak dapat solat tarawih di masjid seperti biasa :: Pulang rumah lewat sebab banyak kerja urgent di pejabat yang perlu diselesaikan :: Betul kan cakap aku, nak ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah pasal Ridwan terpaksa bohong pada emaknya yang dia tak cintakan isterinya Qaseh, supaya mereka tak berpindah ke Canada (seronok betul bila Seri panggil Qaseh ibu!) ::

Hari ini Ramadhanku tercalar akibat salah lidah tak berjaga-jaga dalam berkata-kata. Maafkan aku, sahabat. Tak terlintas niat pun mengguris perasaanmu. Cara, gaya, perkataan yang kupilih untuk menterjemahkan maksud tersirat rupanya tidak secocok tujuannya. Maafkan aku, sahabat. Riang tawamu setiap hari tiba-tiba hilang seketika. Senyuman dan keceriaan di raut wajah tidak lagi dalam pandangan. Kata-kataku tidak lagi dibalas leretan panjang kata-katamu. Bercakap tidak lagi bersua. Bersuara umpama terpaksa. Tapi tidak kepada yang lain. Kau ceria, riang, ramah, kelakar.. tetapi hanya untuk yang lain. Itulah tandanya hatimu sangat tercalar dek ketajaman lidahku. Tiada apa yang dapat kukatakan lagi selain memohon maaf atas kesilapanku. Tiada harga yang dapat kubayar atas persahabatan yang terjalin selama ini. Aku tak pasti entah sampai bila kita dapat bertemu. Entah esok, entah lusa diri ini terpaksa pergi jauh. Jauh.. kala orang gembira, seronok, ceria melupakan diriku yang telah tiada. Maka, inilah harinya aku ingin kau tahu bahawa aku sayangkan persahabatan yang terjalin. Ya, seperti yang selalu kulafazkan dalam gurauan. Itulah hakikatnya, wahai sahabatku.

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular