Biasanya aku tak mengendahkan Utusan Melayu (akhbar jawi) yang disisipkan dalam Utusan Malaysia pada hari Jumaat. Tapi, minggu lepas aku terpanggil untuk membacanya. Bukan itu sahaja, aku juga mencuba nasib dalam teka silang kata.
Am, Kak Nor, Su, Abang Man.. terima kasih kerana memerah otak bersamaku. Am, terima kasih kerana menyusahkan diri menghantarkan kepadaku akhbar itu. Pak Mimi, terima kasih kerana meminjamkan kereta untukku. MAV 2310, terima kasih kerana membawaku ke Jalan Chan Sow Lin, menghantar peraduan itu.
Demi meringankan bebanan ibu ayah, aku bertawakkal setelah berusaha memasuki peraduan itu. Harapan tinggi agar kejayaan diperolehi kupanjatkan kepada Tuhan yang Satu.
Setelah bergegas ke pejabat Utusan, aku memecut untuk ke Gombak. Janji untuk bertemu sahabat pada jam 4 petang tetapi aku sudah terlambat 5 minit. Sambil menunggang, mulutku asyik membaca bismillahi tawakkaltu 'allah la hawla wala quwwata illa billah.. dengan ingatan dan harapan agar berjaya.
Teringat doa menaiki kenderaan yang tak dibaca lagi, terus aku melafazkannya. Dalam kekalutan, aku menyelit ke kiri dan ke kanan seperti biasa. Dalam benak fikiran, teringatkan kawan yang lama menunggu. Kasihan dia. Aku tak tepati janji. Apa nak jadi ni?
Tiba di satu selekoh, aku pun memotong satu kereta. Tanpa disedari, jalan itu berlumpur. Roda motosikal aku pun tersasar. Aku terhuyung hayang cuba mengawal motosikal. Kaki kiriku sudah menjejak tanah cuba menahan daripada jatuh. Posisi badan dan motosikalku dah senget 30 darjah. Sempat aku menoleh ke kereta tadi yang sangat dekat denganku.
Aku rasa mungkin aku akan jatuh. Namun, tak semena-mena aku terasa modenasku ini seolah-olah dipegang orang dari belakang. Motosikalku ditegakkan ke kedudukan asal. Bahkan, motosikal terus meluru ke hadapan dalam keadaan stabil semula. Logik fikiranku pasti tersungkur tapi...
Aku tak reti nak gambarkan macamana tetapi apa yang aku rasa, aku di'bantu' sebenarnya. Terus aku teringat pada doa-doa yang aku baca sewaktu menunggang motosikal. Terima kasih Tuhan.. KAU telah selamatkan aku..
Nabi pernah ingatkan kita bahawa doa itu senjata bagi orang-orang mukmin. Senjata ini sering saja kita faham sebagai alat penindasan, alat menunjukkan kuasa, alat untuk berperang dan seumpamanya.
Sebab itu ramai ibubapa tak setuju anak-anak mereka dilatih dalam program PLKN guna senjata. Namun, setelah dilaksanakan, ramai pula yang menyokong.
Sebabnya mereka mula memahami erti senjata yang satu lagi. Senjata juga adalah pelindung. Kalau kerajaan Singapura diserang, rakyat mereka masing-masing boleh mengendalikan senjata bagi melindungi diri mereka. Itulah yang kerajaan kita cuba terapkan juga.
Islam pun tak pernah mengajar kita menggunakan senjata untuk menindas atau berperang melainkan setelah ditindas atau diperangi. Maknanya jelas kan yang senjata itu juga adalah pelindung.
Dan memang terbukti dalam apa yang aku alami, bahawa doa itu senjata yang melindungi aku daripada ditimpa kemalangan. Memang aku dapat rasakan keajaiban yang berlaku yang tak mungkin dapat dilupakan.
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Rasulullah) tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah 2:186)
Betullah kata Raihan dalam lagunya, Mengemis Kasih :
"Bila selangkah ku rapat padaMU, seribu langkah KAU rapat padaku. Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatMU di bumi"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan