12 Januari 2012

Sedekah yang memanggil aku (98 pp)


Hari ini di pejabat, usai solat Zohor kelihatan sejadah terhampar dan sesetengah jemaah meletakkan duit di atasnya. Selepas Asar pula, imam memaklumkan kutipan tabung surau dimulakan hari ini untuk menampung kos aktiviti surau. Imam juga mengingatkan 'tidak akan susut duit kita kalau kita infaq ke jalan Allah'.

Benar, terkadang kita terlupa akan hakikat peringatan itu. Saat duit dalam dompet tidak sampai sepuluh ringgit, keikhlasan menderma mungkin goyah. Apatah lagi jika memikirkan tentang keperluan masa depan. Sebab itulah, seringgit biasanya menjadi pilihan untuk sedapkan hati yang was-was dengan peringatan itu.


Tadi, selepas menunaikan solat Maghrib, nazir masjid pula mengingatkan bahawa hari ini kutipan terakhir bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kg. Pasir, Hulu Klang. Selepas itu, dalam ceramah Prof. Awang, beliau bercerita mengenai saudagar Cina yang memiliki 3 gedung jed hanya tinggal di flat berlantaikan simen, dan menginfaqkan duitnya untuk percetakan quran bagi edaran seluruh China.


p/s: Semua yang berlaku sehari ini bukanlah kebetulan, melainkan Allah ingin mengingatkan aku untuk infaqkan duit yang ada ke jalan Allah. Kerana rezeki itu sudah pasti, hanya kita yang belum yakin.

2 ulasan:

wawa berkata...

rezeki masing-masing sudah ada zat yang mengatur. ingatlah bahawa di dalam setiap sen yang kita perolehi ada hak orang lain. insyaAllah dengan mempermudahkan jalan orang lain, ALLAH akan permudahkan jalan kita di dunia dan moga-moga di akhirat juga.

p/s : selalu mengingatkan diri bahawa dengan menyenangkan hati orang lain mungkin ada bahagian dalam doa mereka untuk kita.

Sahalfikri berkata...

Kisah Aisyah yang meninggalkan seketul daging yang dipesan Nabi utk diagihkan kepada ramai cukup mendatangkan kesan dalam diri.

Boleh baca kehebatan sedekah di sini http://books.google.com.my/books?id=l9d6xx9l7NAC&pg=PA11&lpg=PA11&dq=nabi+hadis+daging+disedekahkan+itulah+milik+kita+aisyah&source=bl&ots=ZZ9m0spN82&sig=x5i8BIAahBsbhrR3n1q_4rAU2TI&hl=en&sa=X&ei=NUUQT4GrEYbJrAffqLz1AQ&ved=0CDMQ6AEwAg#v=onepage&q=nabi%20hadis%20daging%20disedekahkan%20itulah%20milik%20kita%20aisyah&f=false

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular