Pesalah punk ditahan oleh polis Syariah di Acheh |
Menyentuh isu kebebasan media, baru-baru ini tindakan
mahkamah dibuat oleh NGO membantah program televisyen yang menyergah pasangan
berdua-duaan di tempat umum, di Pakistan. Penerimaan usaha menjadi ‘polis
moral’ di sana berbeza dengan di Acheh. Barangkali di Pakistan, media sudah
melampau. Tapi di Acheh memang mereka diberi kuasa.
Isu yang dilihat di Pakistan ialah media seolah-olah sengaja membuat sensasi dan seterusnya menaikkan rating penonton. Maklumlah,
zaman kini perkara sensasi, lebih-lebih lagi program realiti, sangat menarik
perhatian khalayak.
Dulu bekas mufti Perlis pernah menyelar perbuatan tajassus.
Adakah ini juga tajassus? Cuma di Acheh, aku kurang pasti adakah mereka ikut sistem Hisbah.
BACA: Kitaabul Hisbah (English)
BACA: For Many in Pakistan, a Television Show Goes Too Far
BACA: It’s true, trash TV sells
p/s: Berwaspadalah dengan kuasa kerana takut disalahguna. Perubahan dibuat menggunakan kuasa semata-mata tiada baiknya selain seiring dengan pendidikan. Islam pentingkan mendidik bukan menghukum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan