30 Januari 2012

Sanggup korek hidung kawan? (100 pp)


Sahabat sejati ialah orang yang menyayangi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Begitu juga dengan menutup aib sahabatnya. 


Cuba bayangkan kita bertemu seorang sahabat. Kelihatan di celah giginya ada cebisan makanan. Atau tahi matanya masih melekat di tepi kelopak. Atau tahi hidungnya tergantung di celahan bulu hidung. Apa kita patut buat? Mungkin ada tak tegur takut memalukan dia. Tapi lebih baik dia malu depan kita seorang daripada dimalukan depan orang ramai sebab kita tak tegur. 


Contoh sahabat sejati ialah pasangan bercinta. Mereka sanggup menggunakan jari sendiri membuang cebisan makanan, tahi mata, dan tahi hidung pasangan, bukti kasih sayang. Betul tak?

p/s: Moga 'kasih sayang' waktu bercinta berkekalan hingga ke anak cucu

2 ulasan:

wawa berkata...

sahabat, teman di kala susah dan senang. orang yang sanggup menangis dan ketawa bersama kita. tempat mengadu dan bahu untuk menangis. berbahagialah mereka yang mempunyai tempat berbagi masalah yang bergelar sahabat. yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

p/s : antara sahabat terbaik adalah sahabat semasa di universiti. susah dan senang dikongsi bersama. menangis dan ketawa bersama. those were the good old days.

sahalfikri berkata...

Betul tu wawa, zaman universiti, ramai sahabat dapat kita jumpa. Dan akan lebih kita rasakan persahabatan itu setelah keluar universiti.. ada yang menerima kita seadanya dan ada juga yang bersahabat apabila kita berpangkat dan berstatus.. Yang sebenar-benarnya memang bagiku yang akan tegur keaiban kita seperti contoh dalam entri ini, tak ramai.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular