header-photo

Empat pengajaran peristiwa 901 (81 pp)

Harusnya kita mengambil pengajaran daripada peristiwa 901.

  1. Jika mengikut hukum syariah, pertuduhan tanpa membawakan saksi dikira tidak kukuh untuk mensabitkan kesalahan jenayah liwat. Namun, kita tak ikut hukum ini, maka tiada hak untuk kita menuduh perbuatan liwat itu berlaku.
  2. Jika mengikut hukum dunia, sistem mahkamah haruslah dipatuhi. Apabila tidak dihukum bersalah, maka tersilaplah sesiapa yang percaya berlakunya perbuatan liwat, apatah lagi yang menyebarkannya.
  3. Bertaubatlah atas segala tohmahan yang pernah dilemparkan dengan label-label yang jijik kepada DSAI.
  4. Semua yang berlaku bukanlah kebetulan, melainkan semuanya takdir ketentuan Allah.
 

  p/s: Moga kita tidak tersilap dengan menghina seseorang yang baru didakwa sedangkan hukum Syariah dan Sivil berpegang pada prinsip 'seseorang itu tidak bersalah melainkan setelah dibuktikan bersalah'.

2 ulasan:

wawa berkata...

'presumed innocent until proven guilty'. kata-kata yang diguna pakai dalam sistem perundangan di seluruh dunia bagi memastikan setiap orang mendapat pembelaan yang sewajarnya. keputusan mahkamah telah pun diperolehi. tarikh 9 januari 2012 mungkin akan diabadikan dalam lipatan sejarah negara ini. atau mungkin juga tidak. sama-sama kita semak buku sejarah anak-anak kita 10 tahun akan datang.

Sahalfikri berkata...

Inilah kes liwat kedua dalam usaha menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang ditentang. Walaupun tak masuk buku sejarah, ia setidak-tidaknya tersimpan dalam sejarah yang ditulis dalam blog ramai orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...