25 Januari 2012

Seni mendidik anak (100 pp)

Cover kotak yang aku buat berjaya mengelakkan anakku daripada bermain dengan butang TV
Mendidik anak adalah satu seni. Bermula daripada anak pertamalah, pasangan suami isteri baru pelajari seni ini. Sudah tentu ia bagaikan ujikaji. Buku dan pengalaman orang tua biasanya jadi rujukan. Namun, adakala dalam tak sedar, kita terikut emosi. Maka, kesabaranlah kata kunci dalam mengenal seni ini. 

Anakku menyibuk tengok orang lain main iPad tapi awas jangan melarang dia
Sebagai contoh, terkadang kita terjerit memekik pada anak bila dia main-main ganggu kita buat kerja. Lagi dijerit, lagi dia suka. Jerit yang kemudian boleh bertukar menjadi marah. Tapi kalau difikirkan semula, siapa yang sebenarnya sukar dikawal? Anak atau kita? Yang dikira mumaiyiz, bukan si kecil. Apatah lagi digelar baligh. Jadi, tiada istilah dia buat salah.

Memang anakku suka memanjat meja sewaktu kami makan, cukup menguji kesabaran
p/s: Pernah ditanya dalam ceramah, bagaimana menangani kerenah anak bising di masjid? Aku jawab, tangani kerenah kita yang rimaskan anak. Sifu aku juga kata begitu dengan penambahan, masalah kita ialah konsentrasi (khusyuk).

3 ulasan:

nadmin berkata...

suhail,
ada yg marah anak bila memanjat-manjat badan ketika solat.

Tapi aku x sanggup nak marah anak aku bila dia panjat2 badan aku waktu tgh sujud sbb aku pernah dgr hadis yg bgtau Rasulullah memanjangkan sujudnya sebab Hasan dan Husin menunggang badan baginda semasa sujud.Solat berjemaah lagi.

Baby U berkata...

Suhail waktu kecil pun suka panjat2 ayah waktu sujud.sabar je ayah..hehee

Sahalfikri berkata...

Nadmin: Betul tu. Aku pun layankan anak bila dok main waktu solat. Sekarang pun dia dah dok ikut angkat takbir, lepas tu dok golek2 atas sejadah.

Apalah budak faham kalau dimarahkan begitu. Mungkin tak tahu pasal hadis Nabi tu kot.

Baby U: Patutla suhail pula yang kena bersabar tapi tak apa, rasa seronok bila kita solat, anak dok ada dekat sejadah.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular