Najla lemah hanya turutkan saja ayah untuk duduk atas kuda |
Anakku sakit Jumaat lepas, muntah-muntah. Sebaik pulang dari
pejabat, aku tidak lagi disambut dengan senyum tawa dan ceria si manja. Dia
nampak lemah terbaring di sisi ibunya. Ingin didakap dan didampingi.
Segera aku bawa ke klinik, tapi anakku tak mahu makan ubat
cair. Malamnya ke klinik lain, ubat dimasukkan ke dubur tapi masih tak
berkesan. Dia tak lagi mahu makan atau minum.
Pagi Sabtu terus ke
klinik homeopati, dia kembali ceria dan aktif. Tiada lagi muntah-muntah. Dalam
perjalanan sekitar Gua Musang, suhu badan anakku naik mendadak. Cuba diredakan
dengan kain basahan di kepala, tak berkesan. Gunakan Cool Fever juga tak
berkesan.
Lantas keesokan hari, aku ke Hospital Pakar KPJ di Kota
Bharu. Masih lagi diberi ubat minum selain dimasukkan paracetamol melalui
dubur. Maka, terpaksa ‘berlawan’ dengan anak untuk beri dia makan ubat.
Alhamdulillah, suhu 39.9°C telah turun ke paras normal.
Isnin petang kami pulang ke KL. Dalam perjalanan, anakku
nampak baik cuma masih lemah kerana selera makannya masih tiada. Sekali lagi di
Gua Musang, anakku terjerit-jerit bagaikan orang yang sedang sakit
memulas-mulas di perut. Kemudian, dia elok semula dan tertidur.
Sesampainya di KL sudah tengah malam. Anakku masih tidur dan
lemah. Sesekali dalam tidur, dia terjerit lagi. Kami cuba berikan ubat yang ada
dengan harapan ada perubahan lain. Memang dia ada terkincit sedikit.
Menjelang malam,
keadaan masih tak banyak berubah. Anakku masih lemah dan tak bermaya. Walaupun
adakala dia tiba-tiba senyum dan ceria tunjukkan sesuatu pada kita, kemudian
lemah kembali.
Untuk kali yang kelima, kami ke Hospital Pakar al-Islam
pula. Doktor masih berikan ubat minum. Katanya kalau nak masuk wad pun boleh
tapi doktor pakar hanya ada waktu pejabat. Jadi, kami ambil risiko untuk
bawanya pulang dan paksa makan ubat.
Alhamdulillah..Najla dah berak td..byk, cair dan berbuih.. Perut dh lmbut.. Mkn bubur pn ok td, dh stat ckp byk.. Huhu
SMS isteriku sewaktu aku sedang sibuk di pejabat pagi ini menghilangkan
resah di hati. Syukur sangat atas kehendak Allah ini. Kepada siapa yang belum
bergelar ibu atau bapa, mereka mungkin tak faham perasaan yang dialami seorang
ibu atau bapa apabila sesuatu berlaku kepada anak-anak mereka.
Inilah gaya Najla yang sebenar dapat duduk atas kuda setelah dia kembali segar |
Macam-macam yang kita fikir. Teringat pula pesan orang yang
macam-macam apabila anak demam panas. Doktor pun tak tahu nak agak apa punca
sakitnya sebab anak kecil begini tak boleh bercerita lagi. Bila dia menjerit,
meraung.. ia seolah ingin beritahu sesuatu. Tapi kita tak faham.
Inilah kali pertama aku melihat anakku hanya ingin didakap.
Tidak lagi senyum dan ceria. Tidak lagi berlari-lari menyambut kepulanganku.
Tidak lagi membuat sepah. Tidak lagi membawa buku untuk dibacakan. Tidak lagi
meluru ke arah laptop minta dimainkan lagu Barney. Tidak lagi meminta setiap
apa yang kita makan.
p/s: Entri ini tak ikut peraturan 100. Ketika entri ini dipaparkan, Najla sudah kembali ceria..Alhamdulillah..
2 ulasan:
mmg le kalau anak tak sihat mak pak tak lena tdo.. kalau bole kita nak bertukar tempat dengan dia.. baru ni bb hyder kena tahan wad sbb jaundice.. kita kat rumah tak senang duduk..asek berlinang air mata tingat kat bb..
mmg sedey..
seb bek najla dah sihat.. cumil tol dia naik atas kuda tu..hihi..
First time kan lagi la risau.. kat kelantan pun hampir2 ditahan wad tp ayah ibunya tak sanggup. hehe.. fikirkan plak yg Najla ni lasak, karang camana plak jarum dripping tu kat tgn dia.. macam2 la dok fikir.
Pastu dgn nangis yg smpai x keluar suara lagi. ya Allah.. risau2.
Kuda tu atok dan mami dia belikan sebab teringatkan Abg Ammar dulu main kuda camtu lasak dan tahan. Kenangan lama la tu..
Catat Ulasan