header-photo

Mari sebarkan rahmat Ilahi


Dalam kesempatan melayari internet di rumah konsulat, aku terserempak dengan komen dalam entri adik aku bertajuk 'Selamat Tinggal'.

Menjadi tanggungjawab aku menjelaskan konsep dakwah yang disalaherti oleh beberapa orang kebanyakan. Mungkin ada di kalangan pembaca blog ini juga tertanya-tanya kenapa aku (dihantar oleh GPTD) berdakwah di luar sedang di dalam masih belum selesai.

Berikut adalah jawapan aku:

1- EKSKLUSIF. Dr MAZA acapkali memperingatkan kita agar tidak menjadikan Islam sebagai agama eksklusif. Maksudnya, kita menghadkan pemahaman dan penyebaran pada batas tertentu. Aku setuju dengan saranannya.

Sewaktu aku di Bahrain, Dr Syed Ali juga sering memarahi kami. Beliau kata kita KEDEKUT. Rahmat yang diberikan Allah kita guna hanya untuk diri sendiri. Kita tak kongsi kepada lain. Kita hanya fikir kelompok kita.

Kita menjadi Muslim di Tanah Melayu ini bukankah dengan asbab kedatangan pedagang Muslim dari luar negara?

2- SELESAI. Tun Mahathir pun masih mengatakan perjuangan [Melayu] masih belum selesai. Bila agaknya akan selesai? 10 tahun lagi? 50 tahun lagi? Sedangkan memperjuangkan Melayu tak selesai, adakah kemelut masalah umat Islam boleh selesai?

Mari kita selami persoalan skeptikal ini [iaitu: Pergi luar negara buat apa sedangkan dalam negara pun tak selesai..] dalam sudut pandang yang lebih kecil. Pernahkah kita bertanya begini :

Buat apa berdakwah kat luar daripada negeri kita sedang negeri sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat negeri sendiri sedang daerah sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat daerah kita sedang kampung sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat kampung kita sedang jiran sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat jiran kita sedang keluarga sendiri pun tak selesai?
Buat apa berdakwah kat keluarga kita sedang diri sendiri pun tak selesai?

Jika pernah, aku nak tanyalah, bila pula agak-agaknya diri sendiri itu akan selesai? Andai mentaliti begini berleluasa, agak-agaknya bila pula Islam akan berkembang?

3- PENJAJAHAN. Benar kita masih dijajah. Bukan secara zahir tapi pemikiran. Sempadan geografi yang dicipta penjajah hasil perebutan kuasa telah melupakan kita tentang Khilafah Islamiyah yang cukup gah suatu ketika dulu.

Khilafah Uthmaniyyah yang terakhir membuktikan negara Islam itu tiada sempadan geografi dengan berpegang kepada seorang pemimpin dunia. Apakah kita merasakan tidak mungkin perkara ini berulang lagi?

Islam di China pernah berkembang pesat di Canton (kini dikenali sebagai Guangzhou) pada era Kublai Khan yang dibantu kerajaan Uthmaniyyah sewaktu Dinasti Yuan (1271-1368). Hubungan baik Dinasti Yuan dengan kerajaan Uthmaniyyah telah membenarkan ramai Muslim berhijrah ke sini. Akhirnya Muslim semakin dipercayai dan diberi jawatan tinggi dalam era Dinasti Ming. Rasa takut terhadap golongan Muslim kemudiannya menyebabkan penindasan dan halangan dikenakan ke atas Muslim dalam era Dinasti Qing. [ Baca fakta penuh ]

Maka, dasar Pecah dan Perintah akhirnya berjaya menundukkan golongan Muslim di China. Penduduk Muslim yang ramai di Canton dipecah-pecahkan penempatan mereka bagi mengelakkan kesatuan. Akibatnya kini Muslim di China sangat ketinggalan dalam pemahaman dan perkembangan Islam berbanding kita di Malaysia.

Bukankah Islam akan kembali hebat sebelum kiamat menjelma? Jika ya, apakah kita tak mahu terlibat sama dalam sejarah hidup ini membangkitkan semula kehebatan Islam? Jika tak mahu terlibat, benarlah kita ini EKSKLUSIF.

4- KUASA BESAR DUNIA. Tahukah anda China mensasarkan 2015 sebagai tahun negaranya menjadi kuasa besar dunia? Bukankah ini peluang kepada kita selaku Muslim mengambil kesempatan dalam sisa berbaki ini untuk melebarkan jaringan Islam? Tidak mahukah kuasa besar dunia ini nanti turut memberi kesan kepada keagungan Islam?

"Alah, mengarut jelah kau ni. Setakat setahun, apa yang boleh kau buat? Sorang pulak tu..Ahh"

Ini semangat menyerah kalah sebelum berlawan ke? Tidakkah bodoh burung yang kecil cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim dengan menggunakan air yang diangkut menggunakan paruh? Atau berbaloi ke dakwah Nabi Nuh selama 950 tahun hanya dapat mengislamkan lebih kurang 80 orang?

Sekurang-kurangnya kita ada usaha walaupun sedikit. Puak-puak berfikiran beginilah juga yang menggagalkan usaha boikot baru-baru ini.

5- RAHMAT. Islam adalah satu cara hidup. Ia meliputi semua aspek kehidupan. Dari sudut pandang global, Malaysia adalah negara Islam idola dunia. Mengapa? Kerana kita telah banyak menyerapkan nilai Islam dalam sistem-sistem kehidupan duniawi.

Namun, tahukah anda Hong Kong dan Singapura sedang menjuarai sistem perbankan Islam? Malaysia mendapat tempat ketiga dalam dunia. Tahukah anda siapa pelopor kejuaraan mereka? Orang Islam. Dan mungkin mengejutkan anda, mereka adalah orang Malaysia.

Dr Aznan, ustaz aku di UIAM merupakan penasihat sistem perbankan Islam nombor 2 dunia selepas Dr Daud Bakar, mantan timbalan rektor UIAM. [Fakta ini diperoleh daripada sumber lisan pegawai tinggi BSKL dalam pertemuan di Bahrain sewaktu dia mengikuti Konvensyen Perbankan Islam Dunia].

Persoalannya kenapa mereka tak jadikan Malaysia nombor satu? Jawapannya mereka lebih pentingkan Islam itu ke hadapan berbanding populariti daerah geografi. Islam itu merentasi faktor geografi.

6- STATISTIK. Mengambil kira hujah-hujah di atas, persoalan seterusnya ialah berapa banyak persatuan Islam di Malaysia yang berdakwah di Malaysia? Beginilah, kita lihat berapa banyak persatuan belia di Malaysia. Lebih 400 persatuan belia (termasuk kelompok pecahan daripada induk) wujud di Malaysia mengajak masyarakat ke arah kebaikan. Masih tak cukup. Gejala sosial masih tak selesai.

Berapa pula daripada 400 itu yang berkhidmat untuk ke luar negara seperti GPTD? Mungkin tiada. Jika ada 10 pun, adakah akan memberi kesan kepada bertambah teruknya gejala sosial di Malaysia sedangkan latihan persediaan ke luar negara semuanya dibuat di dalam negara?

Inilah isu yang terpaksa aku hadapi sebelum ke Guangzhou. Hampir setahun aku cuba meyakinkan ramai masyarakat Malaysia tentang misi aku. Dan rata-rata penyumbang kepada usaha aku adalah daripada golongan profesional yang lebih mengerti maksud dakwah dalam sudut pandang global.

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling berbakti dan bertakwa di antara kamu. (Al-Hujurat: 13)


Moga Islam menjadi rahmat kepada seluruh alam dengan bertambahnya golongan celik dakwah di kalangan kita. Ameen..

Fasa permulaan di Guangzhou

Ketika baru tiba di Lapangan Terbang Baiyun

Alhamdulillah, aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou pada 18.2.2009 bersama-sama beberapa pelajar lain yang aku temui di LCCT. Penerbangan mengambil masa 5 jam dari Malaysia ke sini (Waktu Malaysia sama dengan sini).

Sebaik tiba, kami terus menuju ke rumah En Zainuddin, attache Imigresen di Kedutaan Malaysia. Semua pelajar Malaysia secara tak langsung akan menjadi anak angkat kepadanya sekeluarga.

Bergambar di hadapan kolej kediaman di Universiti Jinan

Hari-hari seterusnya banyak dihabiskan untuk urusan pendaftaran. Walaupun pihak universiti ingin menjadikan urusan pendaftaran sistematik, ia masih tak berkesan. Ini disebabkan kerenah orang Cina yang sangat 'Cina'.

Apa yang aku maksudkan ialah mereka sangat inginkan segala-galanya dari Cina. Gambar pasport sedia ada tak diterima. Mereka inginkan gambar yang diproses oleh syarikat lantikan universiti.

Bergambar di hadapan Hospital

Sama juga dengan pemeriksaan kesihatan di hospital Malaysia. Kami terpaksa membayar ratusan ringgit lagi untuk pemeriksaan yang sama di hospital sini.

Hospital juga kelam kabut kerana kerenah jururawat. Mereka nampak rajin dan bersemangat dalam bekerja. Tapi suka terjerit-jerit memanggil pelanggan. Tak ikut sistem nombor. Kalau yang menjerit itu seorang tak apa, kita fahamlah itu tugasnya. Tapi yang menjerit ramai, keliru kita dibuatnya. Sudahlah mereka tak boleh membaca tulisan Inggeris.

Tidak seperti di Malaysia, Kita mementingkan konsep 'Mesra Pelanggan'. Ada seorang pelajar Pakistan mengalami pendarahan akibat bekas suntikan jarum pada tangannya tak ditekap kuat.

Dia berjumpa dengan jururawat yang menyuntiknya sebelum itu tapi tak diendahkan. Darah semakin mengalir dan tiada seorang jururawat pun membantu. Mereka perasan tapi tiada reaksi empati kepadanya. Hanya beberapa ketika, setelah ditanya berkali-kali, barulah dia dilayan.

Susah juga nak makan nasi menggunakan chopstick

Hari-hari yang aku lalui setakat ini sudah menampakkan budaya Cina yang tidak mementingkan adab. Ini termasuk Cina Muslim yang dipandang rendah oleh orang kebanyakan.

Meludah merata-rata. Tidak menjaga kebersihan. Cakap terjerit-jerit. Anak memekik kepada ibu bapa. Memasak hanya dengan bersinglet. Menyimpan bulu ketiak dengan kepercayaan kononnya membawa tuah (termasuk perempuan). Dan banyak lagi..

Alangkah indahnya andai Cina yang bersemangat waja dan sangat rajin bekerja ini dapat ilmu adab seperti kita. Islam mengajar semua perkara ini.

Bersama rakan-rakan di taman dalam universiti

Inilah tanggungjawab kita untuk menyebarkan rahmat ke seluruh alam. Doakan aku dapat mempertemukan mereka dan diriku sendiri dengan pintu rahmatNya.

Aku masih belum mendapat akses internet di asrama. Hanya dapat akses di rumah En Din. Maaf jika jarang kemaskini. Aku perlu lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana ianya setiap perkara adalah baru bagi aku.

Doakan agar projek ini berjaya

Bersegeralah kamu melakukan amal kebaikan sebelum menemui tujuh perkara yang kamu tidak nantikan datangnya iaitu kefakiran yang melalaikan, kekayaan yang menyebabkan kamu zalim, sakit yang merosakkan badan, tua yang menggagapkan percakapan, mati yang melenyapkan segala sesuatu, atau tibanya dajjal atau datangnya kiamat yang lebih dahsyat dan lebih pahit dugaannya.
(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)


Kelmarin, aku dan rakan-rakan GPTD baru kehilangan seorang penggerak utama GPTD buat sementara waktu.

Dia telah meninggalkan bumi Malaysia untuk meneruskan pengajian di Jordan selama 4 tahun. Dalam masa yang sama, pasti peranannya sebagai daie tetap diteruskan.

Kami mendoakan agar saudari Putri Nur Azwa binti Megat Yusof berjaya dalam bidang yang diceburinya di samping ditetapkan berada dalam landasan dakwah penyebar rahmat ke seluruh alam.
(Berita lanjut, sila klik di sini)

***

Begitu jugalah aku. Tanggal 18 Februari 2009, aku akan berangkat ke Guangzhou, China untuk penyebaran rahmat Ilahi.

Berbekalkan semangat yang dijana mentor aku, sokongan dan dorongan ahli keluarga dan teman-teman, sumbangan dari badan-badan tertentu dan individu yang ikhlas membantu, azam yang tinggi untuk melihat Islam berkembang seluruh alam, dan keinginan menguasai bahasa Mandarin juga meneladani budaya masyarakat Cina, aku korbankan usia mudaku selama setahun demi Allah Rabbul Jalal.

Untuk itu, aku sediakan ucapan khas berikut untuk semua sebagai akhir kata daripada aku sebelum kita kembali bersua dari Guangzhou, China.


*maaf atas kualiti video yang kurang baik

FLIGHT DETAILS

Departure : KUL LCCT(KL) to GUANGZHOU (CAN) at 4.20 pm
Arrival : KUL LCCT (KL) to GUANGZHOU (CAN) at 8.15 pm


Orang tua-tua dan bijak berkata; ketika zaman kanak-kanak ilmu tiada, tenaga tiada pengalaman pun tiada; ketika muda tenaga banyak pengalaman kurang; sudah tua pengalaman banyak, ilmu banyak tetapi sayang tenaga pula sudah habis; itulah sebabnya manusia selalu tersadung dalam hidup ini.

Destinasi unik Melawat Melaka

Aku terpaksa balik Melaka semalam sebab Mamida bawa satu bas ke rumah Nek Cot untuk makan tengahari. Nek Cot pesan suruh aku tolong memasak.

Seawal jam 8 pagi, Nek Cot, Nek Kiah , ibu dan aku bertungkus lumus menyediakan makanan masakan Melayu Melaka.

Mamida bila ditanya rakan-rakan cikgunya di mana tempat makan paling sedap di Melaka, dia jawab rumah maknya.

Mujurlah rumah Nek Cot itu besar. Mari kita tengok gambar-gambar sekitar sesi orang-orang Kedah melancong ke rumah Nek Cot di Melaka. Hehe.

PENYEDIAAN

Membasuh cawan-cawan yang sudah lama terperap

Ibu sedang menggoreng sayur kacang panjang.. sedapnyaaa..

Nek Cot sedang siang ikan untuk masak asam Melaka

Nek Kiah sedang memotong telur asin

MAKANAN SIAP


Lauk pauk sudah tersedia untuk dijamah

Sudah siap ikan kembung masak asam

Masak lemak perut cili padi

Sambal belacan mangga

Paceri mangga

Kacang panjang goreng

Telur asin la.. takkan tak kenal

SESUDAH KENYANG

Pembahagian dahan pokok bunga untuk dihijrahkan ke Kedah (harap-harap hiduplah)

Babah (pesara guru) terharu mendapat tanda ingatan daripada para guru dari Jitra

Nek Cot gembira pula sebab pengetua sekolah tu ceria sakan


Doa dibaca sebagai penutup acara bagi memberkati keluarga dan semua

Gambar kenangan beramai-ramai di destinasi baru Melawat Melaka

Mamida ketawa bukan main bila bersalaman untuk berpisah.. (dia memang gitu.. bagi meriah sikit)

Lambaian akhir kepada rombongan dari Kedah


Daripada hadis Sharih RA, katanya: “Telah didengar oleh dua telingaku dan telah dilihat oleh dua mataku waktu Nabi berkata: ‘Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tetamunya akan pemberiannya’.

“Berkata Sharih: Dan apakah pemberiannya, ya Rasulullah? Sabda Baginda: Selama sehari dan semalam. Dan jamuan itu tiga hari, maka lebih daripada itu menjadi sedekah atasnya. Dan, barang siapa yang beriman pada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Aku kena ke KL esok, hantar ahli GPTD ke Jordan

Hebatnya Cina

Hanya tinggal ENAM hari untuk aku ke Guangzhou, China. Baru-baru ini banyak urusan perlu aku selesaikan. Sedikit sebanyak aku nampak cara kerja orang Cina.

Hospital Tung Shin berdekatan Puduraya

Pegawai 1 : Encik pergi Hospital Tung Shin ya
Pegawai 2 : Encik buat copy report ni ya.. pergi dekat kedai fotostat tepi sana

Aku kagum dengan semangat 'kekitaan' orang-orang Cina. Laporan pemeriksaan kesihatan yang diterima Universiti Jinan hanyalah dari Hospital Tung Shin. Hospital lain tak diterima.

Memang mereka dibudayakan dengan kerjasama sesama mereka. Mereka suka syorkan saudara sebangsa untuk perkhidmatan yang dia tiada. Melayu pula ramai yang mengaitkan dengan hasad dengki sesama Melayu. Jauh beza.

Mereka juga sangat bersemangat dalam setiap apa mereka lakukan. Kalau ke sana, boleh nampak rajinnya orang Cina bekerja dari kedai dibuka hingga kedai tutup. Tak pudar pun.

Melayu? Tak boleh ke jadi macam Cina? Boleh.. kata orang kita akan bersatu bila dah kacau bilau nanti. Macam 13 Mei. Ish.. Nauzubillahi min zalik.

Mungkin kesatuan kita tak boleh berasaskan Melayu semata-mata. Islam perlu jadi asas utama kita. Bayangkan kalau Cina Muslim juga bersatu dengan Melayu Muslim yang sedia erat dengan India Muslim.

Pasti kita dapat jadi lebih hebat daripada orang Cina. Boleh tak?

Aku bersedia wujudkan kerjasama Cina Muslim di China

Tak boleh derma duit, dermalah darah

Sedang tunggu proses siap selama 45 minit

Aku sangat suka menderma. Kalau ada sesiapa bersama aku sewaktu aku berhajat untuk ke Pusat Darah Negara (PDN), aku akan ajak dia sekali. Dulu, Nadmin selalu terpaksa ikut walaupun dia selalu rasa nak pitam lepas menderma.

Aku tak puas bila terpaksa tunggu 4 bulan untuk derma darah. Jadi, aku pilih untuk buat Aferesis. Supaya aku dapat derma setiap 2 minggu. Aku sudah 2 kali buat Aferesis Plasma dan sekali Aferesis Platlet.

Salur plastik berwarna merah - darah diambil dan dimasukkan semula

Beza Aferesis dengan derma darah biasa ialah Aferesis hanya mengambil komponen darah tertentu seperti plasma atau platlet sahaja. Kalau derma darah biasa, darah akan diambil sepenuhnya.

Dah lama aku tunggu nak buat Aferesis. Baru-baru ni saja boleh sebab berat kena 55kg ke atas. Dan perlu merupakan seorang yang kerap derma darah (sekurang-kurangnya 3 kali).

Beg berisi komponen darah plasma yang berwarna kekuningan

Lihat salur plastik sudah berwarna putih, air dimasukkan dalam badan

Semalam aku buat Aferesis Plasma. Darah diambil dan diasingkan melalui mesin. Baki komponen darah dikembalikan ke badan. Akhir proses, air dimasukkan dalam badan. Sejuk betul bila air masuk. Seronok..

Dapatlah aku bantu orang yang alami pendarahan tak berhenti, pesakit buah pinggang, pesakit hati, mangsa lecuran dan pesakit hemofilia.

Marilah kawan-kawan kita menderma. Darah kita takkan habis. Stok darah PDN masih tak cukup ni.

Jangan bodohkan kami

Aku geram. Sudah lama aku tak mengajar adikku. Cuti yang lalu, aku luangkan masa mengajar Matematik Moden, Perdagangan dan Bahasa Malaysia.

Convert these numbers into base two numbers

Seingat aku tak pernah belajar perkara ini dalam subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Paling awal aku jumpa, waktu matrikulasi dalam subjek IT.

Numbers we normally refer to are base ten numbers
Do you know that 2 base 10 equals to 1 base 2?

Apa ni? Aku tak sukalah. Sudahlah dia kurang mahir Bahasa Inggeris. Inikan pula nak memahami konsep matematik yang bagi aku tinggi tahapnya. (Ini baru satu contoh)

y= 2(2x) - 7

"Hah, cuba buat.. ambil kertas kotor buat kira-kira. Masukkan sebarang nombor pada x untuk dapatkan nilai y"
"Tak payah, kalkulator kan ada"
"Eh, jangan pakai kalkulator.. macam mana nak tahu jalan kerja"
"Cikgu bagi.."


Wah, pengiraan mudah pun guna kalkulator? Apa ni? Sistem apa yang ada sekarang ni? Kerajaan nak membodohkan kita ke? Ini generasi anak-anak pelapis kepemimpinan negara.

Ahhh, aku tak kira. Aku terpaksa luahkan ketidakpuasan hati aku kepada kerajaan. PPSMI perlu dihapuskan.

Kan pakar motivasi suka suruh ibubapa pantau anak-anak belajar. Bagaimana ibubapa lulusan SRP/SPM nak mengajar anak-anak ni? Bayangkanlah aku lulusan universiti mengajar adikku pun perlu 'belajar' dulu.

Tak hairanlah panelis dalam rancangan Di Luar Lingkungan RTM1 membidas betul kerajaan yang merosakkan rakyatnya sendiri.

Sekilas pandang


Keberanian yang harus disegani. Aku berharap pemimpin kita berpendirian tegas begini. Dalam hal berkaitan KITA. [Sila tonton video ini]


Aku antara pengagum AA Gym, empunya Pesantren Daruttauhid. Secara kebetulan, aku nampak kelibat beliau di TV3 rancangan al-Kuliyyah. Esoknya di TV9 pula beliau dijemput. Rupa-rupanya bengkel Manajemen Qalbu akan dibuat di Malaysia. [Walaupun AA Gym tak disukai Khalid Jaafar, aku kagum dengan AA Gym kerana dia turun padang dan pendekatannya berbahasa rakyat. Mungkin KJ perlu berdebat dengan dia untuk tahu tahap ilmunya]


Alhamdulillah, aku tidak perlu dibedah. Hidungku seperti terkena jangkitan kuman. Aku terasa semacam dan sangat gatal. Aku nampak seperti ada ketulan daging pada bahagian kanan hidung. Sangat menakutkan. Kunjungan ke klinik 2 minggu lalu tak memuaskan hati.

Ibu ayah ajak ke Hospital Putra berjumpa pakar ENT. Dr Zaki, cukup baik. Hidung aku diperiksa dengan macam-macam alat. Terakhir kamera dimasukkan ke dalam hidung. Rupa-rupanya middle turbinate aku mengembang [sila perhatikan gambar] dan ia normal. Kegatalan yang berlaku berkemungkinan alahan dan hidung aku bebas daripada sebarang masalah.

Epah, kita orang buat kerepek pisang tadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...