17 Februari 2009

Doakan agar projek ini berjaya

Bersegeralah kamu melakukan amal kebaikan sebelum menemui tujuh perkara yang kamu tidak nantikan datangnya iaitu kefakiran yang melalaikan, kekayaan yang menyebabkan kamu zalim, sakit yang merosakkan badan, tua yang menggagapkan percakapan, mati yang melenyapkan segala sesuatu, atau tibanya dajjal atau datangnya kiamat yang lebih dahsyat dan lebih pahit dugaannya.
(Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)


Kelmarin, aku dan rakan-rakan GPTD baru kehilangan seorang penggerak utama GPTD buat sementara waktu.

Dia telah meninggalkan bumi Malaysia untuk meneruskan pengajian di Jordan selama 4 tahun. Dalam masa yang sama, pasti peranannya sebagai daie tetap diteruskan.

Kami mendoakan agar saudari Putri Nur Azwa binti Megat Yusof berjaya dalam bidang yang diceburinya di samping ditetapkan berada dalam landasan dakwah penyebar rahmat ke seluruh alam.
(Berita lanjut, sila klik di sini)

***

Begitu jugalah aku. Tanggal 18 Februari 2009, aku akan berangkat ke Guangzhou, China untuk penyebaran rahmat Ilahi.

Berbekalkan semangat yang dijana mentor aku, sokongan dan dorongan ahli keluarga dan teman-teman, sumbangan dari badan-badan tertentu dan individu yang ikhlas membantu, azam yang tinggi untuk melihat Islam berkembang seluruh alam, dan keinginan menguasai bahasa Mandarin juga meneladani budaya masyarakat Cina, aku korbankan usia mudaku selama setahun demi Allah Rabbul Jalal.

Untuk itu, aku sediakan ucapan khas berikut untuk semua sebagai akhir kata daripada aku sebelum kita kembali bersua dari Guangzhou, China.


*maaf atas kualiti video yang kurang baik

FLIGHT DETAILS

Departure : KUL LCCT(KL) to GUANGZHOU (CAN) at 4.20 pm
Arrival : KUL LCCT (KL) to GUANGZHOU (CAN) at 8.15 pm


Orang tua-tua dan bijak berkata; ketika zaman kanak-kanak ilmu tiada, tenaga tiada pengalaman pun tiada; ketika muda tenaga banyak pengalaman kurang; sudah tua pengalaman banyak, ilmu banyak tetapi sayang tenaga pula sudah habis; itulah sebabnya manusia selalu tersadung dalam hidup ini.

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular