Aku sangat suka menderma. Kalau ada sesiapa bersama aku sewaktu aku berhajat untuk ke Pusat Darah Negara (PDN), aku akan ajak dia sekali. Dulu, Nadmin selalu terpaksa ikut walaupun dia selalu rasa nak pitam lepas menderma.
Aku tak puas bila terpaksa tunggu 4 bulan untuk derma darah. Jadi, aku pilih untuk buat Aferesis. Supaya aku dapat derma setiap 2 minggu. Aku sudah 2 kali buat Aferesis Plasma dan sekali Aferesis Platlet.
Beza Aferesis dengan derma darah biasa ialah Aferesis hanya mengambil komponen darah tertentu seperti plasma atau platlet sahaja. Kalau derma darah biasa, darah akan diambil sepenuhnya.
Dah lama aku tunggu nak buat Aferesis. Baru-baru ni saja boleh sebab berat kena 55kg ke atas. Dan perlu merupakan seorang yang kerap derma darah (sekurang-kurangnya 3 kali).
Semalam aku buat Aferesis Plasma. Darah diambil dan diasingkan melalui mesin. Baki komponen darah dikembalikan ke badan. Akhir proses, air dimasukkan dalam badan. Sejuk betul bila air masuk. Seronok..
Dapatlah aku bantu orang yang alami pendarahan tak berhenti, pesakit buah pinggang, pesakit hati, mangsa lecuran dan pesakit hemofilia.
Marilah kawan-kawan kita menderma. Darah kita takkan habis. Stok darah PDN masih tak cukup ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan