25 Februari 2009

Fasa permulaan di Guangzhou

Ketika baru tiba di Lapangan Terbang Baiyun

Alhamdulillah, aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou pada 18.2.2009 bersama-sama beberapa pelajar lain yang aku temui di LCCT. Penerbangan mengambil masa 5 jam dari Malaysia ke sini (Waktu Malaysia sama dengan sini).

Sebaik tiba, kami terus menuju ke rumah En Zainuddin, attache Imigresen di Kedutaan Malaysia. Semua pelajar Malaysia secara tak langsung akan menjadi anak angkat kepadanya sekeluarga.

Bergambar di hadapan kolej kediaman di Universiti Jinan

Hari-hari seterusnya banyak dihabiskan untuk urusan pendaftaran. Walaupun pihak universiti ingin menjadikan urusan pendaftaran sistematik, ia masih tak berkesan. Ini disebabkan kerenah orang Cina yang sangat 'Cina'.

Apa yang aku maksudkan ialah mereka sangat inginkan segala-galanya dari Cina. Gambar pasport sedia ada tak diterima. Mereka inginkan gambar yang diproses oleh syarikat lantikan universiti.

Bergambar di hadapan Hospital

Sama juga dengan pemeriksaan kesihatan di hospital Malaysia. Kami terpaksa membayar ratusan ringgit lagi untuk pemeriksaan yang sama di hospital sini.

Hospital juga kelam kabut kerana kerenah jururawat. Mereka nampak rajin dan bersemangat dalam bekerja. Tapi suka terjerit-jerit memanggil pelanggan. Tak ikut sistem nombor. Kalau yang menjerit itu seorang tak apa, kita fahamlah itu tugasnya. Tapi yang menjerit ramai, keliru kita dibuatnya. Sudahlah mereka tak boleh membaca tulisan Inggeris.

Tidak seperti di Malaysia, Kita mementingkan konsep 'Mesra Pelanggan'. Ada seorang pelajar Pakistan mengalami pendarahan akibat bekas suntikan jarum pada tangannya tak ditekap kuat.

Dia berjumpa dengan jururawat yang menyuntiknya sebelum itu tapi tak diendahkan. Darah semakin mengalir dan tiada seorang jururawat pun membantu. Mereka perasan tapi tiada reaksi empati kepadanya. Hanya beberapa ketika, setelah ditanya berkali-kali, barulah dia dilayan.

Susah juga nak makan nasi menggunakan chopstick

Hari-hari yang aku lalui setakat ini sudah menampakkan budaya Cina yang tidak mementingkan adab. Ini termasuk Cina Muslim yang dipandang rendah oleh orang kebanyakan.

Meludah merata-rata. Tidak menjaga kebersihan. Cakap terjerit-jerit. Anak memekik kepada ibu bapa. Memasak hanya dengan bersinglet. Menyimpan bulu ketiak dengan kepercayaan kononnya membawa tuah (termasuk perempuan). Dan banyak lagi..

Alangkah indahnya andai Cina yang bersemangat waja dan sangat rajin bekerja ini dapat ilmu adab seperti kita. Islam mengajar semua perkara ini.

Bersama rakan-rakan di taman dalam universiti

Inilah tanggungjawab kita untuk menyebarkan rahmat ke seluruh alam. Doakan aku dapat mempertemukan mereka dan diriku sendiri dengan pintu rahmatNya.

Aku masih belum mendapat akses internet di asrama. Hanya dapat akses di rumah En Din. Maaf jika jarang kemaskini. Aku perlu lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana ianya setiap perkara adalah baru bagi aku.

1 ulasan:

Marliza Radzi berkata...

rambut ko panjang!

tak relevan kan komen aku? ngeee.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular