27 Julai 2009

Gula-gula dakwah


Sepatutnya kami sudah bertolak ke Daejeon pagi kelmarin. Tapi kami terpaksa menangguhkan masa untuk bertolak sebab mufti Korea sungguh-sungguh mengundangkan kami untuk turut serta dalam majlis perpisahan Dr Nasir selepas Maghrib.

IMG_7797
Pagi ini kami diundang bersarapan dengan Saudara Muttaq (berasal dari Kashmir) di rumah sewanya. Dia sangat berpegang teguh pada ajaran Islam. Banyak pesanan yang diberikan selain perkongsian rasa sedih atas nasib Muslim di Kashmir.

Setakat ini kami hanya berjumpa dengan expatriat dan pelajar Masters dan PhD saja. Masih belum temui Muslim warga Korea yang memenuhi ruang solat di masjid-masjid.

Bak kata Kamil yang sudah 3 tahun belajar di sini, masyarakat Korea 'bertuhankan' duit. Mereka tak pentingkan agama. Mereka kuat bekerja untuk dapatkan duit. Sehari 12 jam bekerja (sama macam di China). Jadi, sebab itulah susah untuk kembangkan agama di sini.

Duit yang dijadikan gula-gula kepada mereka oleh pihak mubaligh Kristian pun belum cukup berjaya. Kukuhnya ekonomi para mubaligh membolehkan mereka membayar sesiapa yang sanggup meletakkan tanda salib sebagai mercu tanda bumbung syarikat mereka.

IMG_7823
Sepanjang perjalanan aku ke sini, banyak betul tanda salib yang aku temui. Awalnya aku anggap semua itu gereja. Tapi selepas diberitahu Kamil, baru aku faham bukan semuanya gereja.Bukan bermakna mereka kuat beragama Kristian.



IMG_7740
Setelah majlis perpisahan diadakan, kami pun berjalan kaki ke stesen keretapi Jeonju untuk menaiki keretapi ke Daejeon pada pukul 1.18 pagi. Kami rasa sayu untuk meninggalkan masjid yang dipenuhi ruh ukhuwwah dan mahabbah ini.

IMG_7821
IMG_7819

Duit dijadikan gula-gula dakwah? Boleh ke? Siapa yang nak bagi duit tu?


6 ulasan:

Najm berkata...

Duit utk gula-gula dakwah? Hmm... rasanya perlukan duit utk selesaikan kebajikan pendakwah terlebih dahulu. Heheeee... iktibar dari situasi semasa. ;)

Sahalfikri berkata...

Najm: setuju2!

3p4h berkata...

Makin byk kita merantau, makin byk bnda yg kita tau ya!

Truskn pjuangan abg Suhail!


p/s: Pnh tgk dokumentari 'The Arrival"?

Serambi Maya Blog berkata...

epah: tak pernah tgk plak.. camana nak tgk?

3p4h berkata...

Actly dokumentari tu pnjg sgt, try cr kt youtube. Ak dpt dr sorg kwn.

Dokumentari tu dia jelaskan ttg 'secret society' yg wujud, mcm ap yg En. Azam terang dlm SAKTI.

Ada lbih 30 siri, perlukan msa utk habis tonton.

Sahalfikri berkata...

epah: mmg pun.. kamil dah cite kat aku. nntila kat mesia aku tgk. kat korea ni tak smpat. kat china kena blocked.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular