Ramai bertanya kepada aku tentang keselamatan diri. Maklumlah sekarang sedang hangat diperkata tentang rusuhan di barat laut China. Jangan risau sangat tentang kami di sini. Mungkin disebabkan kurang info tentang China membuatkan ramai ibu bapa dan saudara risaukan anak mereka yang merantau ini.
Mari kita kenal China serba sedikit. China mempunyai 22 provinsi dan aku kini berada di Guangzhou iaitu bandar provinsi Guangdong. Guangdong saja mempunyai populasi sebanyak 3 kali ganda jumlah populasi Malaysia iaitu seramai 94.4 juta penduduk.
Kepadatan penduduk Malaysia hanya 86 orang per km persegi berbanding 476 orang per km persegi. Keluasan tanah pun Malaysia kalah iaitu 177,900 km persegi berbanding 330,000 km persegi.
Boleh bayangkan tak betapa jauhnya wilayah barat laut China dari tempat aku ni? Dulu pernah berlaku rusuhan di Baling bukan? Agak-agak waktu itu orang JB takut tak? Aku rasa macam depa tak takut apa pun sebab jauh.
Begitulah di sini. Semuanya aman damai. Bahkan tiada langsung isu barat laut China menjadi tumpuan. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Walau bagaimanapun minggu lepas pihak polis diarah menjaga kawasan masjid bagi mengelakkan sebarang kekecohan.
Sememangnya Muslim China banyak yang berasal dari tanah itu. Mereka jugalah yang berniaga kedai makan di sini. Mereka jugalah yang berani mengenakan pemakaian Muslim (berkopiah dan bertudung). Jadi, pihak polis bimbang sentimen untuk bergaduh merebak sehingga ke sini walaupun jarak antara dua tempat ini memakan masa 2 hari perjalanan menaiki kereta (5000 km).
Terima kasih pihak polis kerana dapat memastikan keamanan warga tempatan dan asing terjaga daripada sebarang ancaman dan tindakan kekerasan. Maka, dengan ini aku mengesahkan bahawa kami di sini SELAMAT.
Gambar: Pihak polis berkawal di depan pintu masuk masjid
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...
3 ulasan:
apaapapun keadaan... jaga diri bebaik kat tempat orang....
Kat London pun polis-polis (Metropolitan Police) akan berkawal di depan Masjid especially pada waktu Solat Jumaat..Bukan aper..polis2 tu sbnrynyer nak kawal lalulintas utk memudahkan pergerakan para jemaah di luar kawasan masjid sebelum solat bermula dan selepas selesainya solat...Kat sini jemaahnyer terlalu ramai sehingga banyak masjid di sekitar London terpaksa buat 2 kali solat jumaat utk memudahkan para jemaah yg hadir utk bersolat...
AlizaReesya: betul tu kak.. apapun kena hati-hati.
Wasunni: Sini pun sama Salleh. Polis nak menyenangkan jemaah keluar masjid. Cuma kali ini banyak sikit jumlahnya. Yalah, risau juga kan. Manalah tahu apa-apa terjadi.
Catat Ulasan