24 Julai 2009

Kembara Dokumentasi Korea

Alhamdulillah, aku selamat sampai di Lapangan Terbang Incheon, Seoul, Korea Selatan. Pemeriksaan imigresen dan kastam dah dilepasi. Risau juga kalau-kalau ditahan sebab tiada visa. Memang betul pesan sahabat aku, Malaysia tak perlu visa.

Tapi memang aku tak rasa takut datang ke Korea. Nak tahu kenapa? Sebabnya terasa macam sedang tengok drama Korea. Sudahlah pegawai-pegawai imigresen dan kastam hensem dan comel. Hehe. Bila mereka cakap Korea, terasa sopan dan lembut. Sangat jauh berbeza dengan orang Cina bercakap.

Di sini, blogger tak disekat. Jadi inilah peluang untuk aku gunakan sebaiknya. Tapi aku agak susah rasanya nak selalu online sebab projek kali ini ialah KEMBARA DOKUMENTASI KOREA. Kami akan menjelajah beberapa tempat sambil membuat dokumentasi untuk pedoman Muslim yang ingin ke Korea.

Siapa kami? Hah, biar aku cerita. Setibanya di lapangan terbang, aku disambut oleh Kamil. Kamil bawa aku ke motel berdekatan Masjid Itaewon. Di sini sudah semacam perkampungan Pakistan. Ramai Muslim di sini.

Aku juga sudah dapat menukar wang RMB ke Won. Dan agak untung tukar di sini sebab duitnya dijual murah (tapi jangan tukar di lapangan terbang). Selepas itu, aku ke masjid. Berjumpa ustaz Rashid, imam dua masjid ini yang berasal dari Pattani. Sudah 28 tahun tinggal di sini.

Malam hari aku dibawa makan di sebuah restoran Muslim. Makan nasi briyani. Di sini aku dipertemukan pula dengan Afif dan Syamim. Sekarang sudah 4 orang. Dan kami sedang menunggu ketibaan Hakim dari Malaysia yang akan tiba esok.

Sebaik saja semua ahli delegasi sampai, kami akan meneruskan perjalanan ke beberapa tempat antaranya Seoul, Busan, Daegu, Jonju, dan Daejon. InsyaAllah jika berkesempatan, aku akan kemaskini lagi.

3 ulasan:

Najm berkata...

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah selamat sampai. Tahniah! Nanti boleh la buat buku mcm Globetrotter tu.

Sahalfikri berkata...

Najm: Moga-moga semuanya dapat berjalan lancar. Hari ini pengalaman sgt bermakna. Akan diceritakan kelak.

Najm berkata...

Ok. Saya tunggu. Kangen dah ni. Hehehe.... :D

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular