Keretapi dari Jeonju ke Daejeon baru saja tiba untuk kami naiki meneruskan kembara ke destinasi seterusnya
Setibanya di stesen Daejeon, jam menunjukkan jam 3.30 pagi. Bagi menjimatkan kos, kami terpaksa tidur di CC untuk tidur 2 jam sebelum meneruskan perjalanan. Di sini sudah menjadi kebiasaan pelanggan tidur di CC.
Kami pun tiba ke destinasi yang dituju. Pusat Islam Daejeon. Terperanjat aku bila Kamil beritahu inilah tempatnya. Korang tengoklah sendiri. Kan tertera tulisan BAR. Rupa-rupanya papan tandanya di dalam (tengok gambar bawah)
Di sinilah tempat kami menginap satu malam. Ruang solat wanita. Mujur di sini hanya aktif pada hujung minggu. Jadi, dapatlah kami duduk sini menumpang.
Siang hari kami keluar. Perut lapar dan kami makan makanan tradisi Korea. Nanti ada masa aku ceritakan pasal makanannya saja.
Pada malam hari, kami dijamu dengan manisan Pakistan oleh AJK Pusat Islam. Mereka muda-muda lagi (sebaya aku) sudah sambung Masters dan PhD engineering.
Masa terluang malam ini kami gunakan untuk belajar bahasa Korea. Asas Bahasa Korea tidaklah sesukar mana. Mujur ada Kamil.
Keesokan harinya, sebelum meninggalkan masjid. Kami kemas-kemas tempat yang kami tumpang. Ini Afif sedang sapu sampah.
13 ulasan:
seronoknya ke Korea!
suka gambar pertama :D
Hebat Org Pakistan dan Muslim India..ke mana mereka pergi, akan ada pengaruh dan kesan kehadiran mereka di situ..
Cayalah! Baru la nampak macam 'backpack travellers'!
(p/s: Terkenang pengalaman 30 jam atas bas dari Istanbul ke Dimasyq)
AM: mujur aku sempat waktu tu. tak sengaja pun. tq :)
nadmin: setakat ni semua masjid pasti ada Pakistan. Mereka jugalah yang hidupkan masjid.
Najm: 30 jam? Wah, bosannya. Keretapi oklah sikit berbanding bas. Sini siap ada CC, karaoke booth, arked game dan kerusi urut.
salam..
abg suhail!!! tak sakit ke tido ats krusi mcm tu???
sdap tak mknan org korea???
selamat menjalankan misi dakwah semoga d berkati oleh ALLAH..
atiqa: bukannya boleh tido pun.. kejap2 terjaga. mmg letih badan dibuatnya. sampai je masjid terus rebah
makan sedap. semuanya sayur.. nnti tgkla gamba makanan abg tgkap.
patot le orang korea kulit santek..makan sayur aje.. huhu..
weh.. amek le gambo kat tempat penggambaran drama korea tu.. aiyaa..aku tak ingat le nama tempat itew..
anyway.. happy in what u are doing.. sat g aku salah sakap, ko marah plak..kuikuikui
30 jam atas bas turki, tak bukak air-cond, xde cc, tp 2 jam sekali dia ada bg air free. boleh mntk nescafe ke, jus ke, ok la. dlm 5 jam sekali dia berenti. mmg bosan pun. sampai tido pon bosan. hahaha..
tp alhamdulillah, pengalaman menarik!
salute to all bacpackers! ;)
Sedang mencari inspirasi.... All da besh!!!
mamida: mmg santek pun org2 sini tp 75% perempuan jalani plastic surgery utk cantik..mm, mcm xcaya kan!
pgambaran winter sonata tu kat satu pulau tu. mmg tak dpt la beb sbb arini je pun gua da abes duit.org tpaksa belanja utk mkn n pgangkutan.tunggu gua kaya la..
bkn marah..tegas! hehe..
Najm: itulah pengalaman yang takde pada org lain. bagus2. backpackers kali ni pun mcabar. berkali-kali sesat gak. pikulla beg ke hulu ke hilir.pengalaman baru.
Epah: inspirasi apa? tanya faizal tahir :)
salam kenal...satu kembara yang amat menarik la....
arsaili: macam kenal je siapa.. mmg la menarik!
Catat Ulasan