18 Jun 2009

Sorotan seminggu

Maaflah sebab lama tak kemaskini blog. Sibuk sikit. Berikut adalah sorotan seminggu lalu:

 

1) Ada respon daripada beberapa pemblog kritik tentang paparan dan isi blog aku

 

Butiran : Maaflah layout blog langsung tak dapat dikemaskini dari China. Entri pun aku pos dari emel. Isi blog aku nampak serius? Oh, ye ke?

 

2) Dapat panggilan dari Pulau Kokos

 

Butiran : Mereka inginkan aku ke sana lagi. Katanya sukarelawan GPTD yang sekarang berada di sana akan tamat tempoh. Aku kata belum boleh. Wak Udin (orang tua berusia 70-an) asyik cakap rindu kat aku. Waduh.. bagaimana ya?

 

- Buat pengetahuan semua, Wak Udin ni orang yang sangat susah nak dengar taklimat agama sejak tuan gurunya meninggal lebih 20 tahun. Alhamdulillah kedatangan aku dulu diterimanya dengan hati terbuka. Walaupun buta huruf dan kurang sihat, dia tetap bersemangat datang ke kelas. Gelak ketawanya selalu menghiburkan. Soalan yang biasa ditanya sedang aku asyik mengajar ialah:

 

"Pak ustad, apa pak ustad tak rindu sama mambang?"

 

Hehe..

 

3) Hujan setiap hari

 

Butiran : Saban hari hujan turun renyai dan lama. Pakaian yang disidai pun ambil masa 3 hari untuk kering. Moga Malaysia juga diturunkan hujan bagi mengurangkan bahang panas yang melanda.

 

4) Aku perlukan SEORANG sukarelawan di sini

 

Butiran : Aku telah memikirkan betapa pentingnya penguasaan Bahasa Mandarin dari segi pertuturan, penulisan dan pembacaan. Terdapat sumber-sumber tulen berkenaan perkaitan Tanah Melayu dan China sewaktu zaman terdahulu dan banyak lagi. Tahukah anda sebelum zaman Cheng Ho pun sudah ada kamus BM - Cina yang dikarang orang Cina sendiri?

 

- Lepasan SPM yang berminat untuk kuasai Bahasa Mandarin dengan semangat kesukarelawanan yang tinggi dan berwawasan tinggi demi menyebarluas rahmat Ilahi diperlukan (untuk ambilan bulan FEB 2010) :: Sila emelkan ke muhdsuhail.ahmad@gmail.com

 

- Namun untuk itu, aku juga perlukan sesiapa yang berkesanggupan menaja kos pembelajaran sukarelawan ini selama 4 tahun di sini bawah pemantauan aku secara peribadi.

 

[Temuduga akan dikendalikan GPTD terlebih dahulu]

 

5) Peperiksaan akhir semester menjelang tiba

 

Butiran : 30,31 Jun dan 1 Julai 2009 adalah tarikh peperiksaan akan diadakan.. doakan ya!

8 ulasan:

ainShahajar berkata...

laksamana cheng ho.. dia islam ek?

rindu sama mambang? mambang apa..tanah langit

haa cite pramlee..hehe

Sahalfikri berkata...

ainShahajar: Ya, Cheng Ho berketurunan Muslim sejak dilahirkan. Mambang tanah la..hehe

nadmin berkata...

Wah, menarik tawaran ke China..tapi aku takde adik yang lepas SPM la..hummm (termenung panjang...)

Aliza berkata...

salam.. wah, makin sibuk sekarang ya...

Sahalfikri berkata...

Nadmin: kalau takde calon takpe.. sponsor jela. utk tahun pertama pun takpe..tak payah 4 tahun.. amacam? ngee

AlizaReesya: salam kak.. begitulah nampaknya. tapi sy suka sibuk berbanding sepi..hmm.

arin berkata...

oops! pemblog kritik-terasa..haha!

weh.. apsal bunyi mcm nk dok lama kt china tue..? x mau balik ka?

nadmin berkata...

boleh yang termampu.. maklumkan saja ya..
dan semoga berjaya peperiksaan nanti..

Sahalfikri berkata...

arin: kritikan membina baguslah!.. rasanya mcm semakin lama.. samada pergi-balik atau duduk sini terus. ngeee..

nadmin: aku nak offer sesi fotografi fad sedang ngandung ni? nak tak? sbg training utk SM crew n free saje.. ko hanya perlu byr kalo nak print je. amacam? kalau menarik, ko call hakem. dia abes exam isnin ni...
pastu nanti bila anak kau dah keluar, kitorg tangkap lg..

sape lg yg nak angkat tangan!!!

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular