09 Jun 2009

Melayu yang mekar di China: Budaya Satu Hati (Entri 2)

"Ada sekali tu, kami pelajar Malaysia saja yang shopping kat Carrefour," Harith bercerita dengan ekspresi seronok bukan kepalang.

 

Bukan apa, mereka sangat susah nak ke sana disebabkan tempat itu biasanya penuh sesak dengan rakyat Cina. Hanya kali ini mereka berpeluang disebabkan tiada seorang pun pelanggan Cina yang membeli-belah.

 

Pelik bukan? Beijing yang mempunyai 13 juta orang penduduk telah akur kepada protes aktivis agar produk Perancis diboikot.

 

Ini disebabkan protes pro-Tibet sewaktu larian obor Olimpik 2009 di Paris dan dakwaan bahawa Perancis menyalurkan dana bantuan kepada Dalai Lama.

 

Kami pelajar Malaysia sangat hairan bagaimana rakyat Cina boleh satu hati dalam sebarang gerakan yang dilancarkan oleh kerajaan.

 

Mereka tak berdengki dalam berniaga walaupun kedai-kedai sepanjang 2 km menjual barangan yang sama. Jika barang jualannya habis, jiran sebelahnya pula tolong berikan barangnya dahulu. Tidak pernah kami nampak mereka 'curi' pelanggan.

 

Semangat inilah yang perlu kita contohi. Aku masih ingat lagi boikot anti-US atas sebab yang sama seperti kes China tadi. Ramai bermentaliti kita kecil, masakan boleh beri kesan kepada US. Hmmm..

 

Kalian juga perlu tahu, sewaktu Olimpik di Beijing menjelang, China dihina kerana pencemaran udara yang teruk. Namun, tindakan mereka tak sampai setahun sangat memberikan kesan.

 

Masyarakat Beijing sangat satu hati dalam menjaga kebersihan. Sewaktu aku ke sana tempohari, Beijing benar-benar indah dan tenang. Langitnya cerah, tiada lagi jerebu. Persekitaran kemas dan bersih.

 

Kata pensyarah salah seorang temanku di Guangzhou, masyarakat Beijing dulu tidaklah 'bertamadun' seperti sekarang. Namun, disebabkan Olimpik, terlalu banyak perubahan berlaku.

 

Aku bagaikan tak percaya masyarakat Cina Beijing lebih beradab daripada di Guangzhou. Pemanduan yang berhemah dan pertuturan yang tidak 'terjerit-jerit'. Jarang dengar bunyi orang berkahak dan berludah.

 

Apabila menaiki subway, kebanyakan penumpang suka membaca. Sepanjang 5 hari aku di sana, tak pernah aku nampak pasangan melekap dua 'belangkas'. Jika di Guangzhou, ia bagaikan latarbelakang pemandangan alam yang biasa.

 

Begitulah hebatnya perubahan yang digerakkan oleh satu hati sesama anggota masyarakat. Aku yakin perjuangan Bahasa Melayu akan dapat berjaya jika kita satu hati. Tak cukup hanya Satu Malaysia. Marilah kita juga berSatu Hati.

7 ulasan:

Marliza Radzi berkata...

apa kata ko buat kajian macam mana mereka boleh (1) bersatu-padu, (2) tak ada hasad dengki, (3) suka membaca, (4) berhemah dan bermoral.

buat buku, aku janji aku beli!

Sahalfikri berkata...

AM: aku berminat tapi kena tambah lagi tempoh masa kat sini.. kalau sekadar perkongsian pengalaman ko nak beli tak? haha..

Marliza Radzi berkata...

nak :D

aku ada bagi award untuk ko kat blog aku :)

Sahalfikri berkata...

AM: oh, iye ke? terima kasih byk..harap2 aku dpt amek award tu sbb ko faham la kan sekatan aku
(biasanya blog bole dibaca tanpa paparan gambar/video melalui web proxy)

nadmin berkata...

Suhail..terlepas dan melepas..haha..kalo nak keja miti, ko kena apply kot spa juga la..memang sesiapa yang menguasai banyak bahasa mempunyai kelebihan untuk bekerja di miti dan wisma putra..

oh, lagi satu, pegawai yang kursus di China tu beli i-phone dgn harga yang sgt murah di sana..dan dia menceritakan cara tawar menawar dengan hanya menggunakan mesin kira(calculator)..mcm di pertama complex..bezanya dia tak fhm apa yang penjual tu cakap..dia cuma faham nombor di mesin kira..haha

Sahalfikri berkata...

nadmin: tgkla kalo aku rasa bosan jadi 'independent', aku try la apply SPA lagi sekali.hehe.

pasal I-phone tu, kau cuba survey balik drp dia dlm tempoh 2 - 3 bulan nanti. samada masih elok atau tak. mmg btl mereka jual murah sbb mereka pandai ciplak. ttg cara tawar menawar sini mmg menarik. hanya main kalkulator kalau tak tahu bicara Mandarin.

ahmad berkata...

Salam anakanda Suhail,

Masyarakat China di Malaysia juga bersatu hati, lihat saja persatuan dari sekecil-kecil perniagaan hinggalah yang besar-brsar. Disini mungkin sbb mereka dulunya dtg sehelai sepinggang maka mestilah bersatu hati, bersungguh berusaha dlm apa jua bidang.

Kita lihat juga anak-anak mereka walau pun didepan tv masih boleh belajar, membantu ibu bapa berniaga masa terluang mereka belajar/membaca.

Orang Melayu rasa selesa ditanah air sendiri. Apatah lagi orang Melayu warga subsidi, semuanya mesti subsidi. Kerajaan mendidik org Melayu mengharap bantuan tidak banyak atas usaha sendiri.

PHD dikalangan orang Melayu kita kena kaji latar belakang sejarah bangsa Melayu sendiri. Walau pun dah Islam masih ada sikap PHD.

Oleh kerana sikap demikianlah org Melayu susah bersatu hati.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular