Elok rupanya kumbang jati,
Dibawa itik pulang petang;
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
Entri yang aku biasa tulis di sini selalunya datang secara spontan. Semuanya berdasarkan pengalaman harian. Tersepak batu pun boleh mendatangkan idea menulis.
Hari-hari yang aku lalui selalu membuatkan aku berfikir. Patutlah agaknya rambut aku sedikit putih (baca: perang). Hehe. Dan aku curahkan di sini sebagai perkongsian.
Kali ini tentang Ibu. Di China, tidak langsung aku terdengar tentang Hari Ibu. Sememangnya mereka tidak gemar mengikut budaya Barat. Mereka bangga dengan diri mereka. Tanpa Bahasa Inggeris pun mereka boleh maju.
Malah ada yang menganggap masyarakat dunia semuanya bercakap Cina. Jadi, tidak hairanlah pelancong China akan bertanyakan arah kepada anda dengan petahnya dalam bahasa Cina apabila sesat di Malaysia. Jika anda tak dapat jawab, mereka akan berasa pelik...
Hanya selepas aku membuka laman web TV3 barulah aku tahu adanya sambutan Hari Ibu. Oh, Malaysia terikut budaya Barat. Jika ada yang ingin menjustifikasi sambutan ini silakan. Bagi aku sekeluarga, kami tak pernah menyambutnya.
Namun, 'peringatan' oleh media Malaysia tadi menyebabkan aku ingin menulis tentang ibu.Ibu sangat istimewa buat aku. Dan aku juga punya hubungan istimewa dengan ibu.
Bagi sesiapa yang rapat dengan aku, biasanya 3 kisah berikut pasti sudah didengar. Aku acapkali berkongsi 3 kisah ini bagi menerangkan hubungan istimewa ini.
1) Umur 10 tahun : Salahkah aku nak ikut Nek Cot dan Babah (ibubapa mamida) berkelah di tepi laut? Kenapa ibu tak benarkan? Aku dan abang senyap-senyap melarikan diri ke rumah mereka (hanya 2 km saja). Akibatnya aku lemas. Babah dari tepi pantai bergegas menyelamatkan aku.
2) Umur 11 tahun : Aku nak ke rumah Nek Cot ikut abang. Saja nak main-main. Ibu tak benarkan aku. Abang boleh. Disebabkan ayah tak ada di rumah, aku pun melarikan diri lagi. Aku bonceng basikal yang ditunggang abang dengan lajunya. Skreeeet!!! Kaki kiriku tersepit dalam rim belakang basikal. Aku melaung dan kebetulan ayah muncul di depan mata dan membawaku pulang.
3) Umur 12 tahun : Nak pergi belajar di rumah kawan baik. Dekat saja. Tapi rumahnya terletak di bukit Peringgit. Sangat tinggi. Aku kan ada basikal LeRun, ada gear, boleh daki. Ibu tak benarkan. Alaaaa.. Aku melawan dan terus ke sana. Pergi selamat. Bila pulang, basikalku meluru laju, tapi masih boleh kawal. Ternampak seorang budak kecil panjat pagar dan hampir terjatuh. Aku menoleh dan jerit suruh dia turun sambil basikalku terus menuruni bukit. Debummmmm!!! Aduh, sakitnya. Aku terlanggar kereta yang diparkir tepi jalan.
Hah, tengok tu. Apa saja yang aku lakukan jika tidak diizin ibu, pasti mendatangkan malang. Walaupun untuk berbuat baik. Redha ibu sangat penting dalam kehidupan aku.
"Suhail, jangan keluar. Lesen takde tu. Karang ada polis"
"Ibu, janganlah cakap pasal polis!"
Memang betul, aku berjumpa polis waktu itu. Bukan buat apa pun, nak ke kedai sekejap saja naik motor.
Setelah aku sedar hubungan istimewa ini, terlalu banyak keputusan dalam hidup dirujuk kepada ibu terlebih dahulu. Apatah lagi dalam memilih pasangan hidup. Oppss. Hehe.
Keizinan ibu telah banyak menjadikan setiap yang aku lakukan itu mudah dan senang. Contohnya keluar negara. Maka, kepada ibu-ibu yang mempunyai anak seperti aku yang selalu keluar negara, izinkanlah anakmu itu kerana perjalanannya akan lebih dibantu nanti.
Terima kasih Allah atas pemberian hubungan istimewa ini. Ibu, terima kasih atas naluri ibu yang banyak membantu Suhail menjalani hidup dengan baik.
Suhail selalu ingat ibu, ayah dan abang adik. Adakala termenung. Mungkin saat itu ibu juga teringatkan Suhail. Seperti ibu pernah ke asrama Sultan Muhammad dengan membawa satu bucket ayam KFC kala Suhail sedang lapar (tanpa aku minta pun..hmm..)
Juga seperti ibu rasa tak sedap hati sewaktu Suhail telefon ibu sebelum Suhail ke Bahrain kerana perasaan hati Suhail kala itu yang tidak tenang mengingatkan seseorang.
Atau seperti perasaan ibu yang sangat ingin mengenali seseorang waktu ibu berada di Klang dulu sedangkan episod itu masih belum bermula.
Atau.. mm, banyak lagi.
Suhail saaaaayang ibu!

2 ulasan:
Sayang ibu juga!!! =)
~Da ada dgn ibu, br smpai mlm td kul 11pm wktu msia. He5...
doa dan semangat yang ibu berikan...
rindu sentiasa ;-)
Catat Ulasan