08 Mei 2009

Sidang DUN Perak seharusnya ditangguhkan


Apa nak jadi dengan Sidang DUN Perak? Jujur aku katakan, sebaik saja aku menonton video kekecohan tersebut dan membaca berita dari kedua-dua aliran pemikiran, aku spontan mengeluarkan kata B***H.

Bergenang airmata aku mengenangkan nasib rakyat Perak. Hatiku sebak memikirkan situasi yang berlaku. Ini antara liputan yang aku baca/tonton:

1) Berita Harian
2) Tvantara
3) Bernama
4) Utusan Malaysia

Seharusnya sidang tersebut ditangguhkan sehingga keputusan Isnin depan berkenaan Menteri Besar diumumkan. Inilah isu besar yang mungkin boleh meredakan keadaan nanti.

Namun, semuanya nampak seolah-olah dirancang. Kekecohan yang berlaku juga dirancang. Kelibat-kelibat asing dalam dewan pun. Mereka pastinya diarah.

Aku jadi bingung. Kalau undang-undang tak dihormati, apa lagi adab yang mungkin ada pada para politikus ini?

Sebagai pengamal undang-undang, kami tidak berpaksi pada mana-mana barisan pemikiran melainkan atas dasar kebenaran yang dipacu oleh undang-undang.

Prof Dr Aziz Bari dan Prof Madya Dr Sharahayu Abd Aziz, kedua-duanya adalah pensyarah aku yang dikenali lantang memperjuangkan kebenaran. Malangnya mereka juga dilabel sebagai pembangkang sedang hakikatnya apa yang berlaku banyak yang sudah mempersendakan undang-undang. Dan ini pastinya selari dengan perjuangan pembangkang yang terhimpit.

Kita tunggu saja jawapan hakim minggu depan. Moga-moga rakyat Perak dapat hidup lebih aman. Biarlah siapa pun jadi MB, yang penting dia adalah yang sah. Aku pasti rakyat gelisah, dan kalau mereka tak suka nanti, tahulah mereka apa nak buat.

“Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.
-Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8 ulasan:

Unknown berkata...

Aku gelak sahaja! ha ha

Sahalfikri berkata...

Anuar: Kau boleh gelak ya.. Aku emosional pula, sedih rasanya. Mm..

KiMi berkata...

aku rakyat perak rileks aja.
tiada kesan pon di taiping ini. bisnes macam biasa.balik kerja pukul 5, tiada jem.

Sahalfikri berkata...

Kimi: kau tak risau ke masa depan negeri kau? bukan kau slalu gak sakit ati?

Ticer Syah berkata...

hmmm.. mmg stupido la depa ni..pakat giler koser.. rasanye kalau PAS memerintah tak jadi mcm ni.. hoho

lihat aje negeri we all.. no problemo deii.. wakakkaa

idop ostad jijannnn

ainShahajar berkata...

bukan rakyat perak je risau

org lain pun risau gak

a ah..bagaikan dirancang..betul tu..

sumenye terjadi tibe2..sebuk betol dgn pindah kuasa...time2 ekonomi gawat..time2 tgh takde keje (jap lagi aku nk grad..risau)

sebuk sangat2..takot sangat jatuh..

arin berkata...

aku pon mcm kimi..

kdg2 bila sakit ati sgt, sakit tu dh tak rasa dah..

Sahalfikri berkata...

mama cute: bukan sebab PAS yang memerintah, sebab pemimpin yang bagus yang memerintah.. tu pasal jadi bagus. yang memerintah bukan parti tapi org dalam parti tu.. kalau ada gak yang teruk, punah juga kepemimpinan negeri. PEACE :)

ainShahajar: nak grad? jgn risau, kerja ada tapi tak boleh memilih sangat la ya. Hehe..

arin: aku bukan sakit hati, tapi risau masa depan negara dan umat.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular